Sulaman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Nov 2025 06:23:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sulaman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji kecam dakwaan tiada keperluan jalin kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan https://sabahmedia.com/2025/11/24/hajiji-kecam-dakwaan-tiada-keperluan-jalin-kerjasama-dengan-kerajaan-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/hajiji-kecam-dakwaan-tiada-keperluan-jalin-kerjasama-dengan-kerajaan-persekutuan/#respond Mon, 24 Nov 2025 06:23:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86883
Read Time:2 Minute, 40 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengecam dakwaan pihak yang menyatakan kerajaan negeri tidak perlu menjalin kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu menegaskan bahawa pandangan sedemikian merupakan pendekatan politik yang tidak tepat dan tidak wajar diterima rakyat.

Menurutnya, hubungan baik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan adalah asas penting untuk memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Kestabilan politik memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat. Kestabilan politik, kita mesti bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Ada rakyat mempersoalkan ‘kenapa tidak solo?’ (gabungan parti tempat Sabah) Kita mesti ingat sejarah perjuangan di Sabah ini, politiknya.

“Kita dalam satu negara Malaysia, kita mesti ada kerjasama yang erat dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Pekan Kiulu.

Pada masa sama, Hajiji turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Tuaran pada Khamis ini, sebagai komitmen berterusan dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya ada bercakap dengan beliau.. (Anwar), tujuan utama bukan sahaja kempen, tetapi menunjukkan kepada Malaysia dan rakyat Sabah, Kerajaan Persekutuan menyokong kerajaan negeri Sabah yang kita pimpin menerusi GRS.

“Gaduh-gaduh buat apa? Ini negara kita. Kita jaga negeri kita, kita juga jaga negara kita. Jangan kita jaga kepentingan negeri, tetapi negara kita tidak peduli.

“Itu tidak boleh. Kita mesti mahu jaga kedua-duanya. Ini negara kita, negara Malaysia,” katanya.

“Apa yang penting, kita dominan. Parti tempatan GRS menjadi peneraju kerajaan negeri Sabah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Hajiji turut mempersoalkan slogan ‘Selamatkan Sabah’ yang digunakan oleh Parti Warisan dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Hajiji mendakwa, slogan yang digunakan oleh Warisan itu hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka.

“Saya nampak di jalan raya (poster) ‘Selamatkan Sabah’. Apa yang (mahu) diselamatkan Sabah? Saya setuju selamatkan Sabah daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada masuk ke Sabah.

“Kita mahu selamatkan Sabah daripada ancaman luar, daripada negara jiran kita yang masih ada tuntutan kepada negeri Sabah.

“Sebenarnya mereka gunakan slogan ini untuk menyelamat diri mereka. Mereka ternyata gagal dalam perjuangan mereka atau semasa memerintah negeri Sabah. Dua tahun setengah, gagal. Apa dia buat dua tahun setengah? Tiada..”

Selain itu, hajiji juga mengulas isu kemajuan yang dibawa oleh Mohd Shafie di Sabah ketika menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini.

“Ada dia buat jalan raya luar bandar di Sabah yang boleh kita banggakan? Bekalan elektrik luar bandar? Bekalan air luar bandar Sabah? Tiada..” dakwanya.

Pada sidang media itu, Hajiji turut menjelaskan bahawa cadangan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal, seperti digariskan dalam manifesto GRS, merupakan langkah terbaik bagi memastikan pentadbiran negeri sentiasa telus dan berintegriti.

“Kita setuju had untuk seseorang Ketua Menteri hanya dua penggal… bagi kita itu yang terbaik. Tak perlu lama-lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas manifesto Warisan yang tidak menyentuh langsung mengenai had penggal jawatan Ketua Menteri, berbeza dengan pendirian jelas GRS yang telah mengumumkan dasar berkenaan lebih awal.

Selain GRS, Barisan Nasional (BN) juga menawarkan aku janji had tempoh maksimum dua penggal bagi jawatan ketua pentadbiran negeri jika parti itu diberi mandat pada PRN ke-17.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/hajiji-kecam-dakwaan-tiada-keperluan-jalin-kerjasama-dengan-kerajaan-persekutuan/feed/ 0 86883
Hajiji tolak dakwaan pembangkang, tiada perubahan dilaksanakan di Sulaman https://sabahmedia.com/2025/11/22/hajiji-tolak-dakwaan-pembangkang-tiada-perubahan-dilaksanakan-di-sulaman/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/hajiji-tolak-dakwaan-pembangkang-tiada-perubahan-dilaksanakan-di-sulaman/#respond Sat, 22 Nov 2025 12:11:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86741
Read Time:2 Minute, 10 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menolak dakwaan pembangkang yang menyatakan tiada sebarang perubahan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

Beliau yang juga calon kerusi bagi DUN Sulaman itu berkata, pelbagai perubahan dimanfaatkan rakyat selama lapan penggal mewakili kawasan terbabit.

“Penduduk Sulaman tahu apa yang dilaksanakan dan kekal menyokong saya selama lapan penggal,

“Jadi, saya yakin mereka sekali lagi akan memberi kemenangan sama di Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Sabah (PRU DUN Sabah) Ke-17 pada 29 November ini,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Sesi Ceramah Bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Indai, DUN Sulaman di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak pembangkang tidak menyedari perubahan yang dilaksanakan di Sulaman.

“Antaranya, perumahan besar di Sulaman, Pekan Tuaran cukup untuk rakyat selain kemudahan asas jalan raya ke setiap kampung hampir 100 peratus.

“Malahan, Pantai Dalit yang juga kawasan saya sebelum ini, penduduk di Mengkabong menyokong saya sejak dahulu.

“Di sana, rumah atas air kita gantikan dengan rumah di atas tanah, sekarang sudah selesa berumah (tinggal) di atas tanah,” ujarnya.

Tambah beliau, pembinaan rumah tersusun di Mengkabong berkenaan merupakan pencapaian besar hasil usahanya dalam membantu rakyat, selain projek sama di Kampung Penimbawan.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, ketika itu, masyarakat nelayan di kedua kampung berkenaan diberi rumah percuma setiap keluarga.

“Kita buat (laksanakan) kerana mahu bantu nelayan yang tinggal di rumah atas air, beri mereka keselesaan, rakyat yang memerlukan. Sekarang kita ada Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) lagi, walaupun ramai belum dapat, tapi ini satu usaha yang baik.

“Untuk belia pula, kita bina Kompleks Sukan Tuaran, bantu persatuan belia setiap tahun, bagi peruntukan. Jadi, siapa kata kita tidak peduli orang muda Sulaman? sedangkan kita bagi pelbagai bantuan termasuklah bantuan perniagaan kecil-kecilan.

Ujar beliau lagi, pembinaan astaka di kompleks sukan sedang dilaksanakan membabitkan kos sebanyak RM15 juta dengan keluasan 100 ekar.

Turut dicadangkan, adalah litar kereta drag sebagai salah satu usaha mengubah Tuaran menjadi lebih maju dengan pelbagai keperluan asas.

Selain itu, laluan di Jalan Tuaran – Tenghilan antara Bulatan Berungis sehingga ke Batangan turut dinaik taraf ke jalan dua hala membabitkan empat lorong.

Manakala Projek Lebuhraya Pan Borneo dari Serusup, Tuaran ke Binturu, Kota Belud juga sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam dua tahun lagi.

“Apabila siap kelak, penduduk di Penimbawan dan Kampung Baru-Baru tidak perlu lagi melalui kawasan Ambong, Kota Belud,” katanya.

Sementara itu, beliau menyatakan keyakinan memperolehi jumlah majoriti daripada seramai 1,918 pengundi berdaftar di PDM Indai yang akan memilihnya pada 29 November ini, untuk mencapai kemenangan PRN Sabah Ke-17 di DUN Sulaman. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/hajiji-tolak-dakwaan-pembangkang-tiada-perubahan-dilaksanakan-di-sulaman/feed/ 0 86741
Hajiji yakin GRS – PH mampu bentuk kerajaan https://sabahmedia.com/2025/11/15/hajiji-yakin-grs-ph-mampu-bentuk-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/hajiji-yakin-grs-ph-mampu-bentuk-kerajaan/#respond Sat, 15 Nov 2025 09:20:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85938
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Raul G

TUARAN: “Saya yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan memperoleh mandat kukuh untuk membentuk kerajaan,” demikian kata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Ketua Menteri itu berkata, mereka akan mengekalkan kedudukan dalam mentadbir kerajaan negeri, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 selesai dijalankan.

“Keputusannya jelas, saya yakin GRS dan PH akan membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas memfailkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini.

Hajiji, yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, tiba di pusat penamaan calon pada jam 9 pagi, diiringi kepimpinan GRS serta ribuan penyokong.

Turut bersama beliau adalah penyandang DUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; penyandang DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; serta calon baharu bagi DUN Tamparuli, Dr. Bonaventure Boniface.

Bagi kerusi Sulaman, Hajiji berdepan saingan lima penjuru. Jasnih pula menghadapi tujuh penjuru di Pantai Dalit.

Joniston mwmpertahankan kerusi disandangnya dalam persaingan lapan penjuru di Kiulu manakala Dr Bonaventure bakal bertanding dalam pertandingan 13 penjuru di Tamparuli.

Mengulas situasi di Sulaman, Hajiji berkata beliau optimis GRS mampu meraih kemenangan besar di kawasan itu.

“Kita sudah mengetahui calon-calon yang bertanding di kawasan Sulaman. Inilah demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding.

Tetapi saya amat yakin calon GRS akan menang dengan majoriti yang besar di kawasan Sulaman,” katanya.

Hajiji turut menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana ahli Gagasan Rakyat dan GRS yang memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.

“Bagi parti-parti lain yang bertanding, kita boleh terima namun ahli-ahli Gagasan Rakyat dan GRS yang bertanding sebagai calon Bebas, kita akan mengambil tindakan untuk memecat mereka daripada parti,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/hajiji-yakin-grs-ph-mampu-bentuk-kerajaan/feed/ 0 85938