sulu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Nov 2024 04:54:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sulu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tuntutan Kumpulan Sulu yang mahu ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal – Azalina https://sabahmedia.com/2024/11/13/tuntutan-kumpulan-sulu-yang-mahu-ambil-tindakan-terhadap-sabah-tidak-masuk-akal-azalina/ https://sabahmedia.com/2024/11/13/tuntutan-kumpulan-sulu-yang-mahu-ambil-tindakan-terhadap-sabah-tidak-masuk-akal-azalina/#respond Wed, 13 Nov 2024 04:54:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63688
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan menyewakannya kepada negara lain seperti China atau Filipina, disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sebagai negara berdaulat dan mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia akan melawan tuntutan itu memandangkan Sabah adalah sebahagian dari negara ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita semalam mengenai peguam utama yang mewakili Kumpulan Sulu Paul Cohen yang mendakwa kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis sebagai keputusan yang ‘makan diri sendiri’ dan kliennya kini bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah.

“Kita ada Cobbold Commission dan Referendum, jadi beliau (Cohen) cakap benda-benda yang pada saya tidak masuk akal, tetapi sebagai peguam, beliau ada hak. Kalau beliau rasa anak guamnya ada hak, itu percakapan dia.

“Jawapan saya – cubalah, kita akan lawan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kuala Lumpur Forum on International Arbitration 2024 di sini, hari ini.

Azalina berkata kerajaan akan membuat keputusan nanti sama ada mahu menuntut semula segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membayar kos guaman, perjalanan ke mahkamah dan lain-lain selepas keseluruhan kes berkaitan tuntutan Kumpulan Sulu dinoktahkan.

Media sebelum ini melaporkan Cohen berkata anak guamnya kini dalam proses mengambil tindakan terhadap Sabah termasuk kemungkinan menyewakan kepada China mahupun Filipina.

Cohen berkata keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa sebelum ini sepatutnya memberikan pampasan kepada waris Sulu untuk menyerahkan “hak” mereka ke atas Sabah, dengan nilai hampir USD15 bilion.

Namun dengan pembatalan keputusan itu, Cohen mendakwa Kumpulan Sulu kini bebas untuk bertindak ke atas Sabah, sama ada dengan menyewakannya kepada negara lain atau menguruskan hak mereka tanpa sebarang halangan. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/13/tuntutan-kumpulan-sulu-yang-mahu-ambil-tindakan-terhadap-sabah-tidak-masuk-akal-azalina/feed/ 0 63688
Tuntutan Sulu : Kemenangan buat Malaysia, bukti Sabah berdaulat https://sabahmedia.com/2024/09/09/tuntutan-sulu-kemenangan-buat-malaysia-bukti-sabah-berdaulat/ https://sabahmedia.com/2024/09/09/tuntutan-sulu-kemenangan-buat-malaysia-bukti-sabah-berdaulat/#respond Mon, 09 Sep 2024 06:22:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60374
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung  Belanda ke atas rayuan kumpulan Sulu baru-baru ini adalah saty berita baik buat seluruh rakyat Sabah. 

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan itu membuktikan bahawa negeri Sabah berdaulat dalam Malaysia. 

Katanya, ia sekali gus menamatkan tuntutan dari Kumpulan Sulu yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi.  

“PBRS menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan atas komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang begitu serius untuk memastikan segala tuntutan oleh pihak luar ke atas Sabah dapat dinoktahkan segera.  

“Kejayaan ini merupakan hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Sambutan Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, PBRS akan terus menyokong segala usaha daripada kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa. 

“Terima kasih kerana sentiasa mempertahankan kedaulatan Sabah dalam Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/09/tuntutan-sulu-kemenangan-buat-malaysia-bukti-sabah-berdaulat/feed/ 0 60374
Tuntutan Kumpulan Sulu : Kemenangan akhir kukuhkan kedaulatan Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/07/tuntutan-kumpulan-sulu-kemenangan-akhir-kukuhkan-kedaulatan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/07/tuntutan-kumpulan-sulu-kemenangan-akhir-kukuhkan-kedaulatan-sabah/#respond Sat, 07 Sep 2024 06:33:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60285
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Keputusan muktamad oleh Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan yang difailkan oleh pihak tuntutan Sulu adalah berita baik untuk Sabah dan Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Mahkamah Agung telah memutuskan keputusan itu memihak kepada Malaysia dan sekali gus menamatkan tuntutan yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi.

Beliau  menegaskan bahawa kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya diragui dan dicabar oleh sesiapa.  

Hajiji berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa keputusan Mahkamah Agung Belanda telah menutup bab berhubung usaha pihak tuntutan untuk menguatkuasakan tuntutan yang tidak sah ke atas Malaysia.  

Semalam, Azalina berkata, Kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda hari ini, yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu, 

Menerusi akaun X beliau semalam, Azalina berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Feb 2022,” kata Azalina. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/07/tuntutan-kumpulan-sulu-kemenangan-akhir-kukuhkan-kedaulatan-sabah/feed/ 0 60285
Tuntutan Kumpulan Sulu : Malaysia peroleh kemenangan penting terakhir – Azalina https://sabahmedia.com/2024/09/07/tuntutan-kumpulan-sulu-malaysia-peroleh-kemenangan-penting-terakhir-azalina/ https://sabahmedia.com/2024/09/07/tuntutan-kumpulan-sulu-malaysia-peroleh-kemenangan-penting-terakhir-azalina/#respond Sat, 07 Sep 2024 00:28:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60262
Read Time:1 Minute, 50 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda hari ini, yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Menerusi akaun X beliau semalam, Azalina berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Feb 2022,” kata Azalina.

Pada 27 Jun 2023, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Award Akhir timbang tara yang dikatakan berjumlah US14.9 bilion (RM62.59 bilion), yang akan dikuatkuasakan di Belanda.

Sebelum ini, lapan warga Filipina memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion-bilion dolar daripada Malaysia berhubung isu Sabah dan sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019 telah melantik Stampa sebagai penimbang tara dalam kes itu.

Stampa pada 28 Feb 2022 telah membuat keputusan untuk memihak kepada mereka dan Award Akhir sebanyak US$14.9 bilion hasil daripada timbang tara palsu telah dikeluarkan secara haram oleh Stampa kepada lapan penuntut itu, walaupun pelantikannya sebagai penimbang tara sebelum ini dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan anugerah akhir US$14.9 bilion, kumpulan Sulu itu dilaporkan telah cuba merampas aset Petronas milik Malaysia di Luxembourg, aset di Belanda dan menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya).

Sementara itu, pada 17 Mei tahun ini Malaysia dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Madrid yang menolak rayuan Stampa dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan dan larangan satu tahun daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara.

Kerajaan Perpaduan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara agresifnya menentang dakwaan lapan individu itu.

Malaysia telah memperoleh kemenangan muktamad dalam pertikaian yang telah berlarutan sejak sekian lama, hasil keputusan yang berpihak kepada negara oleh Mahkamah di Luxembourg, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan juga di Mahkamah Sepanyol. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/07/tuntutan-kumpulan-sulu-malaysia-peroleh-kemenangan-penting-terakhir-azalina/feed/ 0 60262
Arahan bayar pampasan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu tidak sah  https://sabahmedia.com/2022/03/10/arahan-bayar-pampasan-rm62-59-bilion-waris-sultan-sulu-tidak-sah/ https://sabahmedia.com/2022/03/10/arahan-bayar-pampasan-rm62-59-bilion-waris-sultan-sulu-tidak-sah/#respond Thu, 10 Mar 2022 13:17:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12871
Read Time:4 Minute, 11 Second

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, adalah tidak sah kerana ia tidak berlandaskan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

“Malaysia juga tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara itu kerana tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara.

“Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat, tambahan pula identiti penuntut diragui serta belum disahkan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Hassan (WARISAN-Papar) mengenai arahan pembayaran pampasan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan Mahkamah Arbitrasi Paris, dan sama ada Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Peguam Negara sudah menghantar wakil atau melantik peguam di Perancis bagi tujuan bantahan.

https://fb.watch/bFIWB6Aiep/

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol, mengarahkan Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo 

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menjelaskan, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar, sudah melantik peguam di Sepanyol serta Perancis untuk menangani segala tuntutan berkenaan.

Malah, beliau mengulangi penegasan bahawa kerajaan tidak berdiam diri, sebaliknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol, dan Paris itu. 

“Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan ‘Final Award’ yang tidak sah itu mengikut Konvensyen New York jika penuntut pada bila-bila masa dan di mana jua membuat tuntutan, bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara,” katanya.

Wan Junaidi menjelaskan, tuntutan dikemukakan itu adalah susulan tindakan Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan berikutan kes pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 12 Februari 2013.

Susulan itu, beliau berkata, firma guaman yang mewakili warga Filipina mengaku waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878.

“Mereka memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018, dan Mahkamah Madrid memutuskan untuk melantik penimbang tara dengan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

“Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan tidak berdiam diri walaupun tidak mengiktiraf tuntutan itu, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Sabah.

“Waris Sultan Sulu tidak hadir prosiding itu, dan Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu dibawa ke Mahkamah Madrid untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol,” katanya.

Susulan itu, Wan Junaidi berkata, arahan bayaran pampasan yang dikeluarkan penimbang tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan.

Dengan permohonan Malaysia, beliau memaklumkan pada 29 Jun 2021, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan semua tindakan serta keputusan yang dibuat olehnya terbatal.

“Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa ‘Partial Award on Jurisdiction’ yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.

“Namun, penuntut (waris Sultan Sulu) membawa keputusan berkenaan ke Perancis sebelum 13 Oktober 2021 bagi memintas keputusan Mahkamah Madrid itu. 

“Pada 29 September 2021, Mahkamah Perancis, tanpa mengetahui keputusan Mahkamah Madrid yang telah membatalkan pelantikan dan keputusan Dr Stampa, sudah mengeluarkan ‘Exequatur Order’ yang mengiktiraf ‘Partial Award on Jurisdiction’ bertarikh 25 Mei 2020 itu. 

“Berdasarkan Exequatur Order itu, Dr Stampa telah memindahkan tempat timbang tara dari Madrid ke Paris bagi meneruskan prosiding timbang tara berkenaan,” katanya.

Beliau menjelaskan pada 5 November 2021, penuntut memfailkan permohonan Rayuan Perlembagaan ke Mahkamah Perlembagaan di Sepanyol untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia memfailkan aduan jenayah terhadap Dr Stampa, kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Disember 2021 sebagai bantahan kepada tindakan penimbang tara terhadap ketidakpatuhan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, ketidakaturan proses, ketidakadilan serta penghinaan kepada kedaulatan undang-undang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan rayuan untuk membatalkan ‘Exequatur Order’ bertarikh 29 September 2021 dan permohonan menggantung pelaksanaan arahan itu.

“Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia bagi penggantungan ‘Exequatur Order’ yang dikeluarkan pada 29 September 2021.

“Namun, rayuan yang difailkan Malaysia belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Paris,” katanya.

Menjawab soalan itu, Wan Junaidi berkata, kerajaan tidak mengiktiraf keputusan timbang tara di Sepanyol dan Perancis berhubung tuntutan berkenaan.

“Kita tidak mengiktiraf keputusan itu dan tidak mengambil bahagian dalam timbang tara berkenaan, namun beberapa tindakan undang-undang sudah diambil,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/10/arahan-bayar-pampasan-rm62-59-bilion-waris-sultan-sulu-tidak-sah/feed/ 0 12871
Perjumpaan 19 ‘Datuk Bandar’ berkaitan usaha jaga keselamatan – Polis https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/#respond Fri, 10 Dec 2021 07:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9688
Read Time:1 Minute, 44 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU ~~ Perjumpaan 19 ‘datuk bandar’ dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan, bukan merancang plot baharu untuk menawan Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata berita palsu berkenaan telah dimanipulasi individu tertentu yang cemburu dengan keamanan dan keselamatan dikecapi negeri ini serta Malaysia keseluruhannya.

“Maklumat itu tidak sahih, kita dapat maklumat perjumpaan itu fokus untuk keselamatan di sana bagi mempertahankan diri mereka daripada elemen pengganas, lawless elements dan sebagainya, kemudian mereka hendak menjemput lebih ramai pelabur masuk (ke kawasan itu).

“Maklumat ini dimanipulasi, ini bukan perlakuan daripada negeri tapi lebih kepada individu. Walau apapun kita di pihak keselamatan sentiasa bersedia, Sabah dan seluruh Malaysia kita sentiasa bersedia, ini bumi kita tetap kita akan pertahankan,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Komander Eastern Command daripada Datuk Ahmad Fuad Othman kepada Hamzah Ahmad, disaksikan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang juga hadir.

Baru-baru ini, media melaporkan satu mesyuarat bagi membincangkan rancangan menyerang Sabah dipercayai diadakan di selatan Filipina, yang mana kononnya terdapat rancangan bagi merekrut 600 individu untuk menyerang negeri itu serta menghantar pengintip.

Hazani berkata pihak keselamatan di negara ini mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara jiran melibatkan pertukaran maklumat dan pelbagai elemen bersama.

“Setiap kali ada acara besar di sana seperti pilihan raya akan timbul perkara seperti ini…kita ada kerjasama, jika ada ancaman pasukan keselamatan negara jiran akan salur maklumat kepada kita, seperti kumpulan Abu Sayyaf masuk Sabah kita terima maklumat dari mereka,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata beliau akan memastikan kerjasama erat terjalin dengan semua pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah bagi menjaga keamanan serta keselamatan di kawasan tersebut terutama di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

“Saya akan semak semula apa perlu diberi penambahbaikan dan kita buat pembaharuan dalam usaha penugasan keselamatan ini bagi memastikan kita berada dalam keadaan selamat dan baik sentiasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/feed/ 0 9688
Polis Ambil Serius Laporan Pencerobohan Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/09/polis-ambil-serius-laporan-pencerobohan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/polis-ambil-serius-laporan-pencerobohan-sabah/#respond Thu, 09 Dec 2021 13:38:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9652
Read Time:1 Minute, 25 Second

CYBERJAYA ~~ Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius laporan media bahawa terdapat pihak dari Filipina yang sedang merancang untuk menceroboh Sabah ujar Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani malam ini.

Katanya PDRM akan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan / ancaman pencerobohan.

Beliau yang megulas mengenai laporan media hari ini bahawa terdapat pihak dari filipina sedang merancang untuk menceroboh sabah itu berkata komitmen dalam perkara ini akan diberikan demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di sabah katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi

Menurut Acryl lagi PDRM turut mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan mengenai sebarang aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan kedua-dua negara.

“ setakat ini, tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ianya dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara negeri sabah dengan wilayah selatan filipina”

“ PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di sabah adalah terkawal dan elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman.

Tambah Acryl lagi, PDRM akan mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir yang berkemungkinan terlibat di dalam komplot berkenaan dan katanya sebarang usaha untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan tegas

Sebelum ini kami turut melaporkan Seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.

Laporan itu menyatakan terdapat satu pertemuan rahsia dalam kalangan 19 Datuk Bandar di Filipina bagi membincangkan pengambilan 600 tentera bersenjata untuk melakukan serangan yang dijangka pada sekitar Februari 2022, sebagai memperingati peristiwa Lahad Datu 2013.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/polis-ambil-serius-laporan-pencerobohan-sabah/feed/ 0 9652
Polis Rangka Operasi Besar-Besaran Musnahkan Persembunyian Pengganas https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/ https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/#respond Wed, 19 May 2021 05:39:57 +0000 http://sabahmedia.com/?p=405
Read Time:1 Minute, 45 Second

Polis akan melipatgandakan usaha mengatasi kehadiran kumpulan pengganas di negeri ini dengan meningkatkan kawalan keselamatan selain menjalankan pemantauan di kawasan setinggan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan ini adalah bagi memastikan kawasan setinggan yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini diawasi setiap masa.

“Kita sudah ada perancangan sedia ada berkenaan isu kawasan setinggan termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk merobohkan serta-merta kawasan penempatan setinggan membabitkan pengganas.

“Kita sudah merangka operasi besar-besaran selepas ini untuk memburu dan memusnahkan kawasan yang dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata operasi di kawasan setinggan agak terbatas buat masa ini berikutan keadaan pandemik COVID-19 dan sebaik tiba masa sesuai operasi itu akan dilancarkan serta merta.

Terdahulu Hazani memaklumkan bahawa arahan sudah disampaikan kepada semua ketua polis daerah di negeri ini supaya terus menjalankan pemantauan ketat di kawasan masing-masing terutama setinggan haram.

Katanya, masyarakat juga terutamanya Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut digesa untuk bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan dengan menyalurkan sebarang maklumat di kawasan masing-masing.

“Ketua kampung dan JPKK lebih mengenali setiap individu di kampung mereka. Sekiranya mereka ada mengesyaki sesuatu atau perkara luar biasa di kawasan mereka laporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Begitu juga dengan syarikat kontraktor atau pengurusan kilang-kilang supaya lebih berhati-hati dengan individu yang diambil bekerja bagi memastikan tiada kaitan dengan kegiatan pengganas,” katanya.

Hazani berkata, masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, Sabah mempunyai ordinan khas untuk ketua kampung mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, seramai lapan individu termasuk dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.

Susulan daripada itu, siasatan terus giat dijalankan polis sebelum lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit berjaya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama, kelmarin.

Katanya pihaknya tidak menolak kemungkinan masih ada saki baki ahli kumpulan ini serta penyokongnya yang masih bersembunyi di sini dan usaha pemantauan serta siasatan rapi giat dijalankan di lokasi dikenalpasti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/feed/ 0 405