sumbangan anak yatim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Apr 2024 09:03:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sumbangan anak yatim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan https://sabahmedia.com/2024/04/29/20-anak-yatim-rumah-amal-kasih-kingfisher-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2024/04/29/20-anak-yatim-rumah-amal-kasih-kingfisher-terima-sumbangan/#respond Mon, 29 Apr 2024 09:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53693
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 anak yatim dari Rumah Amal Kasih Kingfisher menerima sumbangan duit raya yang disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Pada acara penyampaian sumbangan tersebut, Toh Puan Norlidah diiringi Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag dan Isteri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datin Roslaini Mohd Nazar.

Semasa Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Bersama Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin itu, seramai 5,000 penjawat awam hadir memeriahkan majlis.

Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin berkata program tahunan tersebut diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan penjawat awam dengan pengurusan tertinggi di peringkat negeri.

“Pada pagi ini kita ada 68 gerai daripada jabatan dan agensi persekutuan yang terlibat dalam penyediaan gerai dengan pelbagai juadah,” katanya ketika ditemui media di  Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Hadir menyerikan majlis, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kazim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri,  Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.  

Selain itu, persembahan tarian dan nyanyian artis Pentarama Jabatan Penerangan Sabah juga memeriahkan sambutan majlis tahunan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/29/20-anak-yatim-rumah-amal-kasih-kingfisher-terima-sumbangan/feed/ 0 53693