sumbangan kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Dec 2023 23:28:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sumbangan kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan RM100,000 https://sabahmedia.com/2023/12/09/dua-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-rm100000/ https://sabahmedia.com/2023/12/09/dua-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-rm100000/#respond Fri, 08 Dec 2023 23:28:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46288
Read Time:45 Second

Keningau: Dua buah keluarga mangsa kebakaran masing-masing menerima sumbangan RM50,000 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Dewan Pasisimpungan SIB Sabah, di sini baru-baru ini.

Para penerima ialah penduduk Kampung Melampoi, Nabawan iaitu Urin Andugut dan Ansuku Gimba’an dari Kampung Malilita Mukim Pementerian Nabawan. 

Kedua-dua keluarga itu kehilangan rumah  yang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran baru-baru ini dan kini menumpang di rumah saudara-mara terdekat. 

Shamsul yang mewakili Anwar turut merasmikan Program Outreach Paguguyuan XIII Pedalaman Atas Sabah 2023 Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) dan menyempurnakan gimik perasmian Persatuan Wanita Murut Sabah (PWMS). 

Antara yang hadir, Presiden (PKKMM) Raymond Ahuar, Timbalan Ketua Setiausaha KPM Wan Hashim Wan Rahim, Pengarah Bahagian Pembangunan, Pejabat Perdana Menteri Khairy Maamor, Pengarah Pendidikan JPN Sabah Datuk Raisin Saidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/09/dua-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-rm100000/feed/ 0 46288