sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Apr 2024 14:26:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 17 pegawai dan kakitangan KePKAS, enam jabatan, agensi terima sumbangan https://sabahmedia.com/2024/04/04/17-pegawai-dan-kakitangan-kepkas-enam-jabatan-agensi-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2024/04/04/17-pegawai-dan-kakitangan-kepkas-enam-jabatan-agensi-terima-sumbangan/#respond Thu, 04 Apr 2024 14:26:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52170
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Seramai 17 pegawai dan kakitangan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), serta enam jabatan dan agensinya yang memerlukan bantuan, menerima sumbangan daripada kementerian itu.

Sumbangan diterima pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Menteri Datuk Christina Liew di Hotel Pacific Sutera, di sini, pada Rabu.

Antara jabatan dan agensi menerima sumbangan itu ialah Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Taman Sabah, Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Hidupan Liar (JHL), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), dan Lembaga Kebudayaan Sabah (LKNS).

Penerima sumbangan diwakili ketua-ketua jabatan dan agensi masing-masing antaranya Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, Pengarah Muzium Sabah Arif Abdul Hamid, Timbalan Pengarah II JHL Mohd Soffian Abu Bakar, Pengarah JPAS Vitalis Moduying, dan Pengurus Besar LKNS Mackey Apison.

Antara yang menyaksikan majlis penyampaian itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Josie Lai Mei Sing,
Timbalan Setiausaha Tetap I Mary Malangking dan Timbalan Setiausaha Tetap II Alesia Sion.

“Beramal bermula di rumah, tetapi tidak sepatutnya berakhir di situ, seperti kata pepatah. Sebab itu kami juga telah memperluaskan keprihatinan kami kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada majlis yang sama sebelum ini,” kata Liew.

Pada majlis itu, Christina turut menyampaikan surat pelantikan Watikah kepada Joniston sebagai Pengerusi STB dan kepada Presiden Persekutuan Pelancongan Malaysia Datuk Tan Kok Liang sebagai Timbalan Pengerusi STB.

Penerima lain termasuk Peter Lintar (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah), Dikin Musah (Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah), dan Stanis Buandih (Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah).

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Tay Shu Lan yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Julinus Jeffery Jimit, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pelancongan Sabah Thonny Chee, dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabapak Eco Remysta Taylor.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/04/17-pegawai-dan-kakitangan-kepkas-enam-jabatan-agensi-terima-sumbangan/feed/ 0 52170
186 kanak-kanak, 40 pemimpin masyarakat Tempasuk terima sumbangan https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/#respond Sun, 31 Mar 2024 09:06:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51944
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA BELUD: Seramai 186 kanak-kanak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz sekitar Tempasuk menerima sumbangan wang tunai ketika Majlis Iftar Kasih Ramadan, anjuran Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud (Perkasih) baru-baru ini.

Pengerusi Perkasih, Datin Nursyahirah Abdullah berkata, seramai 40 ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat juga menerima sumbangan menunaikan umrah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari ketika majlis tersebut.

“Majlis Iftar Kasih Ramadan ini adalah acara kemuncak program Jelajah Kasih Ramadan yang telah berjalan sejak awal Ramadan lalu dan seterusnya menyampaikan sumbangan tunai kepada penerima-penerima sasaran sambil meraikan anak-anak yatim dan golongan asnaf
dengan berbuka bersama mereka.

“Persatuan akan terus komited dan berbakti dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan demi memberi manafaat kepada masyarakat.

“Terima kasih dan penghargaan kepada ahli-ahli persatuan yang bersama-sama menjayakan
majlis ini, dan juga kesungguhan semua dalam menerbitkan tiga buah buku masakan tradisional Tempasuk untuk mengumpul dana aktiviti kebajikan melalui jualan buku,” kata Nursyahirah.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Perkasih
dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Pusat Khidmat Rakyat
Tempasuk.

Dalam program ini, Perkasih mengadakan aktiviti berbuka puasa, bersahur sambil
mengagihkan sumbangan bakul makanan ke beberapa masjid di kampung-kampung sasaran sejak awal bermulanya Ramadan.

“Sebanyak RM5,000 sumbangan daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Perkasih untuk disalurkan kepada anak-anak yatim dan asnaf Tempasuk, manakala Arsad memberikan sumbangan RM50,000 kepada 40 ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat yang akan berangkat menunaikan umrah pada April.

“Sebanyak RM10,000 daripada tabung Perkasih telah digunakan pada majlis ini,” tambah Nursyahirah.

Kanak-kanak yatim, asnaf dan pelajar tafiz yang menerima sumbangan tersebut adalah dari Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Pusat Pendidikan Tahfiz Muhammad Al-Fateh, SMK Taun Gusi, SMK Taun Gusi 2 dan beberapa kampung sekitar Tempasuk.

Turut hadir ketika majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Ismail Mohd Adnan; Timb Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Mohd Arif Hairal; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek dan Pemimpin Pembangunan
Masyarakat Sigam Angor.

Arsad, ketika merasmikan majlis mengucapkan tahniah kepada Perkasih atas kejayaan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang empat tahun lepas yang memberikan manfaat kepada ramai masyarakat Tampasuk.

Arsad juga menghargai usaha persatuan itu dalam menerbitkan buku resipi tradisional yang bukan sahaja memelihara warisan nenek moyang malah menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/feed/ 0 51944
Tabung Haji Negeri Sabah anjur program hargai sumbangan pengamal media https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/ https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/#respond Sat, 18 Nov 2023 08:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45369
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Lebih 50 orang pengamal media Sabah hadir memeriahkan perlawanan Boling Persahabatan Media 2023 anjuran Tabung Haji Negeri Sabah di Marina Golf Club di sini, hari ini.

Program ini adalah bertujuan menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu membuat liputan mengenai peranan Tabung Haji di negeri ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji, Ahmad Shahriman Johari, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said, Yang Di Pertua pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad , Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, Yusdi Nasip dan President Persatuan Tadika Islamic Swasta Sabah (PERTIS), Farizah Jimy.

Pada program sama, turut disampaikan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih.

Antaranya RTM Sabah menerima sumbangan berjumlah RM38,000 bagi menjayakan Program Jejak Masyarakat Keningau FM, PERTIS RM40,000 bagi menjayakan Program Pertis Bersama Asnaf manakala USIA menerima sebanyak RM85,600 untuk menjayakan Program Sentuhan Kasih.

Jumlah keseluruhan bantuan CSR diberikan kepada agensi dan NGO Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak RM164,400.

Seterusnya majlis makan tengah hari bersama media dan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perlawanan boling persahabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/feed/ 0 45369
Badan berkanun negeri, GLC bayar RM138.7 juta dividen dan sumbangan https://sabahmedia.com/2023/10/31/badan-berkanun-negeri-glc-bayar-rm138-7-juta-dividen-dan-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2023/10/31/badan-berkanun-negeri-glc-bayar-rm138-7-juta-dividen-dan-sumbangan/#respond Tue, 31 Oct 2023 11:14:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44474
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah membayar sejumlah RM138.7 juta dividen dan sumbangan kepada kerajaan negeri pada 30 Oktober tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memuji badan berkanun dan GLC negeri yang telah mencatatkan keuntungan dan boleh membayar dividen semasa dan pada masa yang sama memberi sumbangan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu adalah 8.8 peratus lebih rendah daripada jumlah yang diterima tahun lepas.

“Ia agak mengecewakan. Semua badan berkanun dan GLC perlu meningkatkan usaha untuk menjana lebih banyak pendapatan pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada majlis penutupan Kursus Lembaga Pengarah dan Penyampaian Dividen dan Sumbangan di sini, hari ini.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Antara yang membayar dividen kepada kerajaan negeri ialah GLC negeri “termuda”, SMJ Sdn Bhd (SMJSB), yang membayar RM50 juta.

Agensi lain yang membayar dividen ialah Sabah Credit Corporation (RM17 juta), KKIP Sdn Bhd (12 juta), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM12 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM3.568 juta), Desa Plus Sdn Bhd (RM2 juta), Sabah International Dairies Sdn Bhd (RM1 juta), Borneo Development Corporation (RM355,320), Sabah Air Aviation Sdn Bhd (RM305,210) dan Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM500,000).

Enam agensi menyumbang kepada kerajaan negeri ialah Lembaga Perindustrian Getah Sabah
(RM1.5 juta), Lembaga Pelabuhan Sabah, Lembaga Kemajuan Hutan Sabah (Safoda), Perbadanan Kemajuan Luar Bandar (KPD), dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB), masing-masing menyumbang RM1 juta, dan Ko-Nelayan, menyumbang RM500,000.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata badan berkanun dan lembaga pengarah GLC mesti melaksanakan tadbir urus korporat yang baik dari perspektif pentadbiran dan penilaian untuk memastikan keselamatan syarikat dan badan berkanun terjamin.

Ahli lembaga pengarah yang mempunyai etika dan moral yang baik akan dapat mengemudi syarikat mereka untuk memacu pertumbuhan ekonomi disamping mempertingkatkan perancangan strategik, katanya.

Dalam hal ini, Hajiji memilih Sawit Kinabalu sebagai penanda aras bagi seluruh GLC negeri dan badan berkanun untuk dicontohi, kerana ia telah menunjukkan daya tahan yang kukuh dan daya saing dalam industri walaupun berdepan harga komoditi kelapa sawit yang tidak menentu.

“Pada masa sama, setiap agensi mesti bijak dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka juga
mengutamakan pulangan yang baik untuk melindungi kebajikan syarikat, mengekalkan prestasi dan
menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli lembaga pengarah agensi negeri supaya sentiasa membuat keputusan berdasarkan Akta Syarikat, enakmen atau pekeliling kewangan semasa.

“Ahli lembaga mesti secara kolektif memastikan agensi mereka beroperasi dengan cekap dan kemampanan fiskal dan boleh merangka strategi terbaik untuk kepentingan negeri,” katanya.

Hajiji berkata, beliau menyokong inisiatif Kementerian Kewangan Negeri untuk mengadakan kursus tersebut adalah sesuai untuk ahli lembaga baru dan sedia ada untuk meningkatkan pengetahuan mereka dan kemahiran mengurus agensi masing-masing.

Beliau berkata badan berkanun dan GLC Negeri mesti menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi Sabah secara holistik dan menyokong usaha kerajaan negeri mengurangkan pergantungan kepada makanan import dan untuk
menghapuskan kemiskinan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/31/badan-berkanun-negeri-glc-bayar-rm138-7-juta-dividen-dan-sumbangan/feed/ 0 44474