sumbangan Ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Apr 2023 03:56:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sumbangan Ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jetama serah sumbangan Ramadan sebanyak RM100,000 & 1,500 kotak kurma https://sabahmedia.com/2023/04/03/jetama-serah-sumbangan-ramadan-sebanyak-rm100000-1500-kotak-kurma/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/jetama-serah-sumbangan-ramadan-sebanyak-rm100000-1500-kotak-kurma/#respond Mon, 03 Apr 2023 03:56:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32067
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan RM100,000 Sumbangan Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jetama Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma.

Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi itu diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya.

Sebelum ini, Ketua Menteri turut membincangkan isu mengenai bekalan air. Jetama telah berkonsesi untuk mengendalikan pengagihan bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/jetama-serah-sumbangan-ramadan-sebanyak-rm100000-1500-kotak-kurma/feed/ 0 32067