sumbangan yayasan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Nov 2023 08:25:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sumbangan yayasan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 100 murid SK Kawang terima SBK Kumpulan Yayasan Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/21/100-murid-sk-kawang-terima-sbk-kumpulan-yayasan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/21/100-murid-sk-kawang-terima-sbk-kumpulan-yayasan-sabah/#respond Tue, 21 Nov 2023 08:25:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45541
Read Time:51 Second

Papar : Seramai 100 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang di sini menerima Sumbangan Bantuan Khas (SBK) yang disalurkan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar di sini pagi tadi.

Gulamhaidar berkata, setiap murid akan mendapat satu set barangan peralatan sekolah iaitu beg sekolah, buku latihan dan alat-tulis.

“SBK merupakan satu usaha KYS untuk menokok tambah usaha kerajaan dalam membantu mengurangkan beban keluarga pelajar daripada golongan B40 serta ibu bapa penerima bantuan e-kasih menerusi pemberian bantuan sokongan pembelajaran.

“Saya juga berharap murid-murid khusunya di SK Kawang ini dapat terus belajar bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan cemerlang bagi membantu mereka memohon pelbagai tajaan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan KYS,” katanya.

Beliau berkata, sehingga tahun lalu, KYS telah membelanjakan RM122 juta bagi memberikan 79,221 orang pelajar tajaan  di peringkat sekolah menengah.

Sehingga kini, seramai 900 orang murid telah mendapat SBK dan SK Kawang, Papar merupakan sekolah yang terakhir menerima SBK untuk tahun 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/21/100-murid-sk-kawang-terima-sbk-kumpulan-yayasan-sabah/feed/ 0 45541