sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Apr 2026 12:48:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Electricity hulur sumbangan mangsa kebakaran Kg Bahagia, Sandakan https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/#respond Wed, 29 Apr 2026 12:48:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95819
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti yang terlibat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Sabarudin Akibe, Head Distribution (Operation & Maintenance) Zon Timur kepada wakil mangsa dalam satu program ringkas yang diadakan di Pusat Penempatan Sementara pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diagihkan ke empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) iaitu PPS Batu Sapi, PPS SMK Batu Sapi, PPS SK Bahagia dan PPS Dewan Serbaguna Warga Tua bagi menyokong keperluan kebajikan mangsa yang terjejas, khususnya dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

Menurut beliau, Sabah Electricity sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu dan menyantuni komuniti yang memerlukan.

“Sabah Electricity amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terlibat dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan seharian serta proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 127 bakul makanan telah disampaikan bagi membantu 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas, sebagai usaha meringankan beban dan memastikan keperluan asas mereka terus terbela.

Selain bantuan segera, Sabah Electricity turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan bekalan elektrik di kawasan terjejas sentiasa terpelihara, termasuk pemeriksaan dan pemulihan infrastruktur yang terlibat.

Sabah Electricity akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat, stabil dan boleh dipercayai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/feed/ 0 95819
MFL sumbang RM20,000 kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan https://sabahmedia.com/2026/04/19/mfl-sumbang-rm20000-kepada-mangsa-kebakaran-kampung-bahagia-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/04/19/mfl-sumbang-rm20000-kepada-mangsa-kebakaran-kampung-bahagia-sandakan/#respond Sun, 19 Apr 2026 13:17:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95173
Read Time:50 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Malaysia Football League (MFL) menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan yang berlaku awal pagi tadi.

Penyerahan simbolik cek cura itu diadakan sebelum sepak mula aksi kedua perlawanan akhir Piala Cabaran melibatkan Sabah FC menentang Penang FC di Stadium Likas malam ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mustaza Ahmad dan turut serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd dan Iswandi Ali Hassan. 

Cek berkenaan diterima oleh Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hadir sama Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Kebakaran tersebut dilaporkan antara yang terbesar pernah berlaku di Sabah, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Sumbangan itu sebagai tanda solidariti dan keprihatinan MFL terhadap nasib mangsa yang terjejas akibat kebakaran besar yang memusnahkan ribuan kediaman di perkampungan atas air berkenaan. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/19/mfl-sumbang-rm20000-kepada-mangsa-kebakaran-kampung-bahagia-sandakan/feed/ 0 95173
DBKK santuni anak yatim, asnaf https://sabahmedia.com/2026/03/02/dbkk-santuni-anak-yatim-asnaf/ https://sabahmedia.com/2026/03/02/dbkk-santuni-anak-yatim-asnaf/#respond Mon, 02 Mar 2026 13:21:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92548
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Seramai 20 individu terdiri dari anak yatim dan asnaf menerima sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin di sini pada Isnin.

Majlis anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Hadir sama Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Tun Musa dan isteri tiba kira-kira 6 petang dan disambut pengurusan tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan.

Pada majlis itu, turut disampaikan sumbangan kepada lima masjid terpilih sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Terdahulu, kira-kira 1,000 kakitangan DBKK termasuk keluarga hadir pada majlis itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/02/dbkk-santuni-anak-yatim-asnaf/feed/ 0 92548
800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang https://sabahmedia.com/2025/09/21/800-bungkusan-makanan-disumbangkan-kepada-mangsa-banjir-petugas-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/09/21/800-bungkusan-makanan-disumbangkan-kepada-mangsa-banjir-petugas-di-penampang/#respond Sun, 21 Sep 2025 04:25:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81717
Read Time:50 Second

PENAMPANGSebanyak 800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh serta petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini pada Sabtu.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing yang mewakili Menteri, Datuk Seri Christina Liew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025.

Penyerahan dibuat kepada Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Noemi Dyena John Tren, sebagai wakil penerima pusat bencana.

Dalam satu kenyataan, Christina berkata, bantuan makanan itu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi meringankan beban komuniti yang terjejas akibat bencanam

Selain itu katanya, sumbangan itu juga bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

“Bantuan ini adalah tanda solidariti dan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana, di samping penghargaan kepada mereka yang berkorban masa dan tenaga untuk keselamatan rakyat,” katanya.

Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk bersama rakyat dalam menghadapi saat-saat sukar, selaras dengan semangat Sabah Maju Jaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/21/800-bungkusan-makanan-disumbangkan-kepada-mangsa-banjir-petugas-di-penampang/feed/ 0 81717
Pejabat SUP sumbang RM10,000 kepada Rumah Anak Yatim Al Aman https://sabahmedia.com/2025/07/28/pejabat-sup-sumbang-rm10000-kepada-rumah-anak-yatim-al-aman/ https://sabahmedia.com/2025/07/28/pejabat-sup-sumbang-rm10000-kepada-rumah-anak-yatim-al-aman/#respond Mon, 28 Jul 2025 07:56:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78098
Read Time:1 Minute, 21 Second

Tuaran: Sebanyak RM10,000 disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Al Aman sebagai salah satu usaha bagi membina hubungan erat dengan institusi kebajikan.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa berkata, sumbangan yang disalurkan pihaknya itu juga adalah bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Pada kali ini kita telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada badan amal iaitu Rumah Anak Yatim Al Aman diwakili oleh Pengerusinya Saupin Samintah.

“ini merupakan satu cara bagaimana kita membina hubungan kita dengan badan kebajikan seperti rumah-rumah anak yatim untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Golf Dwi Tahunan Jabatan Jabatan Persekutuan Sabah Tahun 2025 di sini, pada Ahad.

Mengulas mengenai kejohanan itu, Rosli berkata, ia merupakan platform bagi mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan penjawat awam persekutuan, di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

“Ini merupakan satu platform kita untuk membina satu hubungan yang erat dalam kalangan para penjawat awam Persekutuan di Sabah.

“Ini kerana apabila kita saling kenal mengenali maka hubungan kita akan lebih rapat dan mudah untuk melaksanakan tugas-tugas kita dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini memang kita galakkan supaya para penjawat awam bersukan untuk menjaga tahap kecergasan kita ketika bekerja.

“Kita juga perlukan badan yang sihat kerana dengan badan yang sihat maka fikiran kita juga akan menjadi cerdas untuk menjalankan tugas dan melakukan tindakan yang lebih baik untuk jabatan masing-masing,” katanya

Kejohanan yang disertai lebih 30 jabatan dan agensi persekutuan di Sabah itu menyaksikan pasukan PDRM yang diketuai oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menjuarai kategori berpasukan, manakala kategori individu dimenangi oleh Mohamad Faizal Tahir mewakili Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/28/pejabat-sup-sumbang-rm10000-kepada-rumah-anak-yatim-al-aman/feed/ 0 78098
60 asnaf, 10 masjid dan surau terima sumbangan https://sabahmedia.com/2025/03/30/60-asnaf-10-masjid-dan-surau-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/60-asnaf-10-masjid-dan-surau-terima-sumbangan/#respond Sun, 30 Mar 2025 00:25:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71307
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Seramai 60 orang asnaf dan 10 buah masjid serta surau di sekitar Pulau Gaya menerima sumbangan sempena menyambut ketibaan Syawal.

Sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Sabah itu disampaikan oleh TImbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya dalam Program Sahur dan Solat Subuh Bersama Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Sains Teknologi Inovasi Dengan Penduduk Kampung Pulau Gaya di Masjid Al-Aliff Kampung Pulau Gaya, di sini semalam.

Shahelmey ketika ditemui berkata, pihaknya berharap sumbangan tersebut dapat mengeratkan hubungan di antara kerajaan dan masyarakat, di samping memberi kelegaan kepada golongan tersebut dalam membuat persiapan menyambut Syawal dalam beberapa hari lagi.

“Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di samping pihak MUIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan juga Baitulmal menyerahkan sumbangan Ramadan dan juga persiapan menjelang ketibaan satu syawal.

“Jadi, kita berharap dengan adanya program seperti ini yang akan merapatkan lagi hubungan antara kerajaan dengan masyarakat setempat dan memberi kelegaan kepada masyarakat ataupun golongan asnaf untuk membuat persiapan menjelang ketibaan satu syawal,” katanya

Pada program itu, Shahelmy yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada golongan tersebut.

Beliau berharap bantuan kepada masjid dan surau tersebut dapat memudahkan ahli jawatankuasa menjalankan aktiviti untuk manfaat masyarakat.

“Kita berharap dengan adanya sumbangan tersebut masjid-masjid dan surau-surau boleh menggunakan sumbangan tersebut untuk aktiviti,” katanya.

Hadir sama Menteri Sains Teknologi Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif merangkap Exco Agama, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali, Pengerusi Baitulmal Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar, dan Timbalan Pengarah JHEAINS Awang Juri Ag. Tahir.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/60-asnaf-10-masjid-dan-surau-terima-sumbangan/feed/ 0 71307
Kerajaan sentiasa hargai pengorbanan, sumbangan penjawat awam – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/05/18/kerajaan-sentiasa-hargai-pengorbanan-sumbangan-penjawat-awam-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/05/18/kerajaan-sentiasa-hargai-pengorbanan-sumbangan-penjawat-awam-dr-joachim/#respond Thu, 18 May 2023 13:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34680
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam yang merupakan aset penting sebagai agen pengantara di antara rakyat dan kerajaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Katanya, kerajaan memberikan penganugerahan dan penghargaan yang merupakan manifestasi keprihatinanannya dalam menghargai para penjawat awam.

“Sebagai aset penting Kerajaan, para penjawat awam juga perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap tugas yang diamanahkan,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) di Hotel Hilton, di sini pada Khamis (18 Mei).

Dr. Joachim juga menyeru agar warga kerja memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah (character building) iaitu melalui penambahan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran (multitasking) seiring dengan rentak arus pemodenan dan amalan budaya baharu.

“Ini selain mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif termasuk mengutamakan aspek integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas yang telah diberikan.

“Aspek integriti dan pemantapan anti-rasuah haruslah sentiasa menjadi agenda utama sesebuah organisasi agar sentiasa kukuh dan telus,” tegasnya.

Beliau berharap penganugerahan dan penghargaan pada majlis ini menjadi sumber inspirasi serta motivasi semua warga kerja untuk membentuk budaya perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan berprestasi tinggi seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/18/kerajaan-sentiasa-hargai-pengorbanan-sumbangan-penjawat-awam-dr-joachim/feed/ 0 34680
KDCA Cawangan Kg. Mininsalu terima sumbangan set gong, pakaian tradisi https://sabahmedia.com/2023/02/11/kdca-cawangan-kg-mininsalu-terima-sumbangan-set-gong-pakaian-tradisi/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/kdca-cawangan-kg-mininsalu-terima-sumbangan-set-gong-pakaian-tradisi/#respond Sat, 11 Feb 2023 10:51:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29417
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Badan Penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Ranau menyerahkan sumbangan satu set gong dan sembilan set pakaian tradisi Dusun Liwan kepada Cawangan KDCA Kampung Mininsalu pada satu majlis yang diadakan di balai raya kampung tersebut hari ini.   

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Badan Penyelaras KDCA Ranau/Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam kepada Pengerusi Cawangan KDCA Kampung Mininsalu, Philip Lakadsi.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berharap sumbangan  tersebut dapat menyokong usaha untuk mengembangkan lagi kebudayaan etnik Dusun Liwan dan diturunkan kepada generasi muda agar mereka dapat membina jati diri dan meneruskan kelangsungan adat dan tradisi Dusun Liwan.

“Inilah masanya untuk memperkenalkan produk-produk tradisi etnik Dusun Liwan seperti pakaian, makanan, kraftangan, hasil tani dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan misi KDCA adalah  menjalinkan perpaduan yang harmoni dalam kepelbagaian sebagai asas penyatuan dan tempat menjalinkan kerjasama, penglibatan dan penyertaan multi-etnik Kadazandusun di dalam usaha kendiri bagi pengekalan dan pengembangan warisan kebudayaan sebagai asas pembangunan sosio-budaya, ekonomi dan politik yang berkekalan.

Aktiviti menderma darah turut dianjurkan oleh KDCA Kg. Mininsalu, Belia Kg. Mininsalu dan Tabung Darah Hospital Ranau sempena majlis penyerahan tersebut.

Mengucapkan syabas kepada semua kerana berjaya menganjurkan program ini dan tidak lupa kepada para penderma darah yang begitu prihatin dan bermurah hati menderma bagi membantu mereka yang memerlukan, Dr. Joachim berkata, menderma darah seharusnya menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

“Tanpa sokongan dari orang ramai adalah mustahil pihak tabung darah di seluruh negara dapat menyediakan darah yang secukupnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat setiap tahun,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/kdca-cawangan-kg-mininsalu-terima-sumbangan-set-gong-pakaian-tradisi/feed/ 0 29417
202 KIR, gereja-gereja terima sumbangan sempena sambutan Krismas di DUN Lumadan https://sabahmedia.com/2022/12/16/202-kir-gereja-gereja-terima-sumbangan-sempena-sambutan-krismas-di-dun-lumadan/ https://sabahmedia.com/2022/12/16/202-kir-gereja-gereja-terima-sumbangan-sempena-sambutan-krismas-di-dun-lumadan/#respond Fri, 16 Dec 2022 02:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26380
Read Time:51 Second

BEAUFORT: Seramai 202 ketua isi rumah (KIR) menerima sumbangan berbentuk hamper sempena majlis perasmian Dewan Terbuka Kampung Tinimungon, Limputong dan penyerahan sumbangan Hari Natal kepada gereja-gereja dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dekat sini, kelmarin.

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bersama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, sumbangan hamper itu melibatkan sembilan buah kampung dan ia adalah untuk membantu keluarga dalam kategori B40.

Dalam majlis itu, Ruslan turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada beberapa gereja di Lumadan iaitu Gereja Kg. Lumadan, Kg. Laboi dan Kg. Binunuk.

“Sekurang-kurangnya ini dapat membantu pihak gereja untuk menyambut perayaan Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Ruslan juga menyeru agar rakyat Lumadan dapat meraikan sambutan perayaan dengan penuh kesederhanaan dan meneruskan perpaduan sesama mereka.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pemimpin Pemaju Masyarakat Lumadan, Dioslin Agustine; ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua-kampung, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) serta para pemimpin gereja.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/16/202-kir-gereja-gereja-terima-sumbangan-sempena-sambutan-krismas-di-dun-lumadan/feed/ 0 26380
Perbaiki diri, banyakkan amalan di bulan Ramadan – Jafry https://sabahmedia.com/2022/04/02/perbaiki-diri-banyakkan-amalan-di-bulan-ramadan-jafry/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/perbaiki-diri-banyakkan-amalan-di-bulan-ramadan-jafry/#respond Sat, 02 Apr 2022 11:44:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13807
Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Sebanyak 207 buah masjid dan surau sekitar Sandakan dan Kinabatangan disini menerima sumbangan berupa wang tunai bagi melaksanakan pelbagai program sepanjang Ramadan.

Dari jumlah itu, sebanyak 108 buah masjid dan 99 surau masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM1,000 dan RM500.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Arifin berkata, sumbangan tahunan itu disalurkan pihaknya bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, sumbangan itu juga diyakini mengimarahkan lagi masjid dan surau pada Ramadan selepas hampir dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kita diberi ruang untuk melaksanakan ibadah puasa dengan baik selain dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah dalam bulan Ramadan berbanding tahun-tahun yang lalu.

“Meskipun jumlah agihan yang diberikan mungkin tidak seberapa, ia sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan masjid dan surau di kawasan ini untuk membuat persiapan menjelang Ramadan,” katanya.

Katanya, kemeriahan bulan puasa kali ini pastinya cukup berbeza berbanding dua tahun sebelum ini kerana negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk itu, beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar mengambil kesempatan terhadap peralihan kepada fasa endemik pada bulan Ramadan untuk memperbaiki diri dan perbanyak amalan ibadah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/perbaiki-diri-banyakkan-amalan-di-bulan-ramadan-jafry/feed/ 0 13807