Sungai manila – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Apr 2026 00:16:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sungai manila – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Kerajaan disaran perkasa hab pendidikan di Sungai Manila https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-kerajaan-disaran-perkasa-hab-pendidikan-di-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-kerajaan-disaran-perkasa-hab-pendidikan-di-sungai-manila/#respond Wed, 29 Apr 2026 00:16:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95751
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah disaran memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan industri negeri, khususnya melalui pemerkasaan hab pendidikan di Sungai Manila.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Datuk Hazem Mubarak Musa berkata, langkah itu penting bagi memastikan tenaga kerja tempatan mampu mengisi keperluan teknikal bernilai tinggi susulan pertumbuhan pesat kawasan perindustrian seperti Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

Menurutnya, hab pendidikan di kawasan itu yang menempatkan institusi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Politeknik Kota Kinabalu serta kolej vokasional perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi melahirkan tenaga mahir tempatan.

“Kita tidak mahu belia Sabah hanya menjadi penonton atau mengisi jawatan bawahan dalam sektor industri negeri sendiri,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau turut mencadangkan rombakan kurikulum TVET agar lebih selari dengan keperluan industri semasa, termasuk memperkenalkan bidang seperti robotik industri, penyelenggaraan kenderaan elektrik (EV), teknologi dron dan automasi kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, beliau menekankan kepentingan kerjasama strategik antara institusi TVET dan pelabur multinasional melalui memorandum persefahaman bagi memastikan latihan yang ditawarkan relevan dengan keperluan pasaran kerja.

Katanya, pelabur juga wajar memainkan peranan dengan menyediakan kemudahan latihan moden serta menawarkan jaminan pekerjaan kepada graduan sebagai insentif.

“Pendekatan ini mampu memastikan sistem TVET Sabah lebih berdaya saing dan menjadi tulang belakang kepada pembangunan industri negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-kerajaan-disaran-perkasa-hab-pendidikan-di-sungai-manila/feed/ 0 95751
375 murid di Sungai Manila terima manfaat program kembali ke sekolah https://sabahmedia.com/2026/01/18/375-murid-di-sungai-manila-terima-manfaat-program-kembali-ke-sekolah/ https://sabahmedia.com/2026/01/18/375-murid-di-sungai-manila-terima-manfaat-program-kembali-ke-sekolah/#respond Sun, 18 Jan 2026 00:38:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89927
Read Time:1 Minute, 22 Second

SANDAKAN : Seramai 375 murid Tahun Satu daripada enam buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila menerima manfaat menerusi program Kembali Ke Sekolah yang berlangsung di Dewan Taman Cahaya, di sini, pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada ibu bapa dan murid.

Beliau berkata, ini sekali gus membuktikan keperluan inisiatif kebajikan seperti itu wajar diteruskan secara konsisten.

Menurutnya, program tersebut merupakan aktiviti kedua dalam rangkaian program kemasyarakatan yang dirancang sepanjang tahun ini selepas pihaknya menganjurkan program potong rambut percuma pada minggu lalu sebagai persediaan awal sesi persekolahan baharu.

“Pada hari ini, kita mengagihkan perlengkapan sekolah kepada murid-murid yang terlibat selain turut menyediakan kek sempena sambutan ulang tahun sebagai tanda penghargaan dan untuk memeriahkan suasana,” katanya ketika ditemui media selepas program itu.

Beliau menambah, pelbagai lagi program kebajikan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk inisiatif khas sempena bulan Ramadan selaras dengan usaha mendekati rakyat dan meringankan beban golongan memerlukan.

Dalam perkembangan lain, Hazem turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Sawit Kinabalu.

Katanya, jawatan tersebut lazimnya disandang oleh Ketua Menteri sendiri justeru pelantikan berkenaan merupakan satu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Memandangkan Sungai Manila merupakan kawasan penempatan transmigrasi yang majoritinya bergantung kepada industri kelapa sawit saya berharap peranan ini dapat dimanfaatkan untuk membantu masyarakat setempat,” katanya.

Beliau memaklumkan akan memulakan tugas rasmi minggu hadapan dengan fokus memastikan Sawit Kinabalu terus kekal sebagai aset strategik negeri yang diurus secara berintegriti dan berdaya saing sekali gus memberi manfaat kepada kerajaan serta rakyat Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/18/375-murid-di-sungai-manila-terima-manfaat-program-kembali-ke-sekolah/feed/ 0 89927
Hazem mahu tumpu usaha bela nasib rakyat di DUN Sungai Manila https://sabahmedia.com/2025/11/30/hazem-mahu-tumpu-usaha-bela-nasib-rakyat-di-dun-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/hazem-mahu-tumpu-usaha-bela-nasib-rakyat-di-dun-sungai-manila/#respond Sat, 29 Nov 2025 17:14:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87469
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hazem Mubarak Musa menzahirkan rasa bersyukur atas kemenangan yang diperolehi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) atas sokongan rakyat Sungai Manila.

Hazem memperolehi 4,349 undi dengan majoriti 1,260 undi dalam persaingan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

Ketika ditemui, Hazem berkata, kemenangan itu bukan miliknya sendiri, tetapi seluruh jentera yang bekerja keras, kepimpinan GRS serta rakyat di Sungai Manila.

Katanya, masa politik sudah berakhir dan beliau mahu menumpukan usaha membela nasib rakyat di kawasan itu.

“Saya ingin memanjatkan kesyukuran atas kemenangan ini kerana ia sokongan rakyat.

“Selepas ini, saya mahu membela dan bekerja menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRN17 di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Libaran, di sini.

Kerusi DUN Sungai Manila menyaksikan persaingan enam penjuru antara Hazem, calon Barisan Nasional (BN, Zaini Tiksun, Yusri Abu dari Perikatan Nasional (PN), Faizal Wahab dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Sittinara Sakah dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sebelum ini kerusi itu disandang wakil rakyat BN, Mokran Ingkat.

Bagi kerusi DUN Gum-Gum dan Sungai Sibuga menyaksikan kedua-dua kerusi itu dimenangi calon WARISAN.

Arunarnsin Taib memperolehi 2,997 undi sekali gus mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan majoriti 1,103 menewaskan lapan calon lain di kerusi itu.

Bagi kerusi DUN Sungai Sibuga menyaksikan calon wanita, Nurulalsah Hassan Alban memenangi kerusi itu sebanyak 6,619 undi dengan majoriti 88 undi.

Nurulalsah menewaskan calon BN, Datuk Suhaimi Nasir; calon GRS, Datuk Amir Shah Yaakub; calon PN, Noraini Asmatil dan calon Parti Impian Sabah (PIS), Ismail Md Said.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/hazem-mahu-tumpu-usaha-bela-nasib-rakyat-di-dun-sungai-manila/feed/ 0 87469
50 Ahli Warisan Sungai Manila sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/11/20/50-ahli-warisan-sungai-manila-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/50-ahli-warisan-sungai-manila-sertai-gagasan-rakyat/#respond Thu, 20 Nov 2025 00:48:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86440
Read Time:49 Second

SANDAKAN: Seramai 50 ahli Parti Warisan dari Cawangan Kampung Peringkat Dua, Sungai Manila, mengumumkan keputusan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), salah satu komponen utama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Peralihan sokongan secara beramai-ramai itu dijangka memberi impak kepada kempen Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, terutamanya dalam tempoh kempen politik yang semakin memuncak.

Kumpulan tersebut diketuai bekas Ketua Cawangan Warisan kampung berkenaan, Asmat Omar, yang menyerahkan borang keahlian mereka kepada calon GRS bagi DUN Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, dalam satu majlis ringkas.

Menurut Asmat, keputusan itu dibuat selepas menilai kesungguhan dan komitmen Hazem dalam merancang pembangunan kawasan tersebut.

“Keputusan kami keluar Warisan dan sertai GRS adalah keputusan yang tepat. Kami sudah lama menyertai Warisan… kali ini kami sertai GRS dan yakin GRS mampu bangunkan kawasan ini,” katanya.

Tindakan ini turut dilihat sebagai suntikan semangat baharu kepada kempen GRS di Sungai Manila, sekali gus menunjukkan perubahan arus sokongan di peringkat akar umbi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/50-ahli-warisan-sungai-manila-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 86440
Calon GRS Hazem Mubarak antara 6 calon bertanding di kerusi DUN Sungai Manila https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-grs-hazem-mubarak-antara-6-calon-bertanding-di-kerusi-dun-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-grs-hazem-mubarak-antara-6-calon-bertanding-di-kerusi-dun-sungai-manila/#respond Sat, 15 Nov 2025 08:12:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85909
Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN : Hazem Mubarak Tun Musa, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, berikrar untuk membawa pembangunan berterusan kepada kawasannya sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum Dean Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17.

Beliau, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian PGRS kawasan itu sejak tiga tahun lalu, berkata pengalaman tersebut telah membuatkannya dikenali ramai dan yakin dengan kemampuan diri.

Hazem Mubarak mengulas desas-desus yang mengatakan pencalonannya adalah berpunca daripada pengaruh ayahnya, bekas Ketua Menteri Sabah Tun Musa Aman, yang pernah berkhidmat di kawasan berhampiran, DUN Sungai Sibuga.

“Perkara itu tidak sewajarnya dibahaskan. Yang penting adalah pembangunan berterusan untuk Sungai Manila, yang juga dekat dengan kawasan Sungai Sibuga,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas demikian sejurus menyerahkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon PRN Sabah Ke-17 bagi DUN Sungai Manila, yang diadakan di Dewan Serbaguna Libaran, pada Sabtu.

Pencalonannya diterima oleh Pegawai Pengurus Kawasan Pilihan Raya itu, dan beliau akan berdepan saingan lima calon lain.

Senarai penuh calon DUN Sungai Manila: Hazem Mubarak Tun Musa (Gabungan Rakyat Sabah – GRS), Zaini Tiksun (Barisan Nasional – BN), Yusri Abu (Perikatan Nasional – PN), Sittinara (Parti Warisan), Irian Nanang (Parti Impian Sabah) dan Faizal Wahab (Parti Perpaduan Rakyat Sabah – PPRS)

Bagi kerusi DUN Sungai Manila, penyandangnya, Datuk Mokran Ingkat dari Barisan Nasional, telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-grs-hazem-mubarak-antara-6-calon-bertanding-di-kerusi-dun-sungai-manila/feed/ 0 85909
MID Melalui SEDCO Wujudkan Arked Perniagaan Sungai Manila https://sabahmedia.com/2021/08/20/mid-melalui-sedco-wujudkan-arked-perniagaan-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/mid-melalui-sedco-wujudkan-arked-perniagaan-sungai-manila/#respond Fri, 20 Aug 2021 07:50:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4932
Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) telah mewujudkan sebuah Arked Perniagaan Sungai Manila di Pekan Muhibbah dekat sini.

Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Jochim Gunsalam berkata, bangunan arked perniagaan ini terbahagi kepada beberapa jenis lot iaitu gerai makan, pelbagai barangan, pasar mini, pasar ikan dan daging serta lot untuk sayur dan buah-buahan.

“Arked perniagaan ini mempunyai keluasan sejumlah 3.55 ekar manakala jarak pekan ini daripada bandar Sandakan ialah 28 kilometer dan kos projek ialah sebanyak RM6 juta,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr. Joachim berkata, ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk terus memajukan kawasan luar bandar. Arked baharu ini lebih menjamin keselesaan dan keselamatan peniaga yang berniaga di sini.

“Kedai baharu ini akan memberikan kemudahan kepada semua penduduk sekitar dan pada masa yang sama ia akan menggantikan gerai-gerai lama. Selain itu, perwujudan arked perniagaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk di sini,” tambahnya.

Menurutnya, lot kedai tersebut masih belum dibuka untuk permohonan penyewaan kerana ia masih berada dalam proses perbincangan di antara pihak SEDCO dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Bagaimanapun beliau meminta mereka yang berminat untuk berniaga di arked perniagaan ini agar menunggu pengumuman yang akan dibuat tidak lama lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/mid-melalui-sedco-wujudkan-arked-perniagaan-sungai-manila/feed/ 0 4932