sungai sibuga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 02:42:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sungai sibuga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Manifesto berasaskan suara rakyat jadi fokus kempen calon GRS di Sungai Sibuga https://sabahmedia.com/2025/11/26/manifesto-berasaskan-suara-rakyat-jadi-fokus-kempen-calon-grs-di-sungai-sibuga/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/manifesto-berasaskan-suara-rakyat-jadi-fokus-kempen-calon-grs-di-sungai-sibuga/#respond Wed, 26 Nov 2025 02:42:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87093
Read Time:1 Minute, 21 Second

SUNGAI SIBUGA : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Sungai Sibuga Datuk Amirshah Yaakub, terus menggalas komitmennya dengan melakukan siri jelajah dan pertemuan santai bersama penduduk di beberapa buah kampung sekitar kerusi DUN berkenaan.

Aktiviti kempen beliau merangkumi program Walkabout dan silaturahim untuk mendengar secara langsung keperluan serta permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk Kampung Sungai Obar, Kampung Batu Putih, PDM Merpati, dan Kampung Tinusa.

Di setiap lokasi, beliau disambut dengan mesra dan berkesempatan berinteraksi dengan pelbagai peringkat umur, termasuk pengundi muda yang menunjukkan sokongan padu.

“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk, terutamanya golongan belia, amat menggalakkan dan memberi semangat kepada kami untuk terus berkhidmat,” katanya.

Suasana kempen semakin rancak dengan pelancaran Manifesto Silaturahim yang berlangsung di PDM Tinusa.

Menurut Amirshah, manifesto tersebut dibentuk secara langsung daripada suara rakyat melalui pertemuan di kampung-kampung, perkongsian di lapangan, dan harapan masyarakat yang mahukan perubahan lebih baik.

“Manifesto ini lahir daripada suara rakyat. Ianya adalah cerminan hasrat dan keperluan sebenar penduduk Sungai Sibuga,” katanya.

Beliau berikrar untuk memastikan setiap suara rakyat didengar dan setiap isu diberi perhatian sewajarnya sekiranya beliau diberikan mandat.

Perancangan pembangunan yang berterusan dan tersusun untuk kesejahteraan semua penduduk menjadi teras utama manifesto tersebut.

Selain itu, Amirshah juga menzahirkan komitmennya terhadap penduduk di PPR Taman Murni dengan berjanji bahawa isu dan keperluan mereka akan diberikan perhatian yang serius.

Dalam setiap ucapan, beliau menekankan slogan “Untuk Masa Depan Sungai Sibuga Lebih Baik” dan mengajak semua penduduk memberikan sokongan dan undi mereka kepada calon mewakili GRS.

“Bersama kita jayakan manifesto ini demi sebuah Sungai Sibuga yang bersatu padu, makmur dan penuh kasih sayang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/manifesto-berasaskan-suara-rakyat-jadi-fokus-kempen-calon-grs-di-sungai-sibuga/feed/ 0 87093
Keakraban Amirshah dengan Warga Tinusa jadi teras kempen https://sabahmedia.com/2025/11/18/keakraban-amirshah-dengan-warga-tinusa-jadi-teras-kempen/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/keakraban-amirshah-dengan-warga-tinusa-jadi-teras-kempen/#respond Tue, 18 Nov 2025 04:47:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86253
Read Time:43 Second

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, meluangkan masa menziarahi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tinosa dalam usaha memperkukuh hubungan akrab dengan penduduk Kampung Tinusa 2.

Dalam program yang berlangsung penuh mesra itu, Amirshah turut bertemu seorang penduduk senior yang dianggapnya seperti bapa sendiri, mencerminkan eratnya hubungan beliau dengan masyarakat setempat.

Menurut Amirshah, keakraban antara beliau dan penduduk Kampung Tinusa 2 sentiasa mempunyai tempat istimewa di hatinya.

“Kekuatan dan sokongan tuan-tuan serta puan-puanlah yang menjadi pendorong semangat untuk saya terus berjuang membawa suara rakyat,” katanya ketika berucap di hadapan para penduduk.

Beliau turut menyampaikan rayuan agar penduduk di kawasan berkenaan bersatu hati dalam membuat pilihan pada hari pengundian nanti.

“Saya memohon sokongan daripada seluruh warga Tinusa. InshaAllah, saya akan terus berusaha sebaik mungkin demi kemajuan dan kesejahteraan kita bersama,” ujarnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/keakraban-amirshah-dengan-warga-tinusa-jadi-teras-kempen/feed/ 0 86253