sungai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 24 Jan 2023 13:08:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sungai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di anak sungai tepi jalan Beringis-kawang https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/ https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/#respond Tue, 24 Jan 2023 13:08:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28408
Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas semasa mandi di anak sungai di tepi jalan Beringis-kawang selepas mengikuti ibu dan nenek mereka mencari lokan di sungai tersebut dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. (21 Jan)

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon pada 21 Jan 2023, jam 3.02 petang mengatakan terdapat dua orang kanak-kanak lemas di anak sungai Jalan Beringis -Kawang Papar .

“Kedua-dua mangsa berumur 12 dan 13 tahun itu dikatakan telah dihantar ke Hospital Papar oleh orang awam. Namun kedua-dua mangsa dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut siasatan awal, Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa telah mengikuti ibu dan neneknya untuk mencari lokan di tepi jalan Beringis -Kawang iaitu tempat kejadian.

“Kedua – dua mereka kemudiannya telah mandi di satu anak sungai yang ada di kawasan tersebut. Sementara itu ibu serta nenek mereka mencari lokan di kawasan berhampiran.

“Mangsa disedari lemas oleh ibu dan neneknya di anak sungai tadi. Melihat kejadian itu ibu mangsa telah meminta bantuan orang awam yang lalu di kawasan tersebut sementara nenek mangsa balik ke kediamannya di Kg. Kawang dan memaklumkan kejadian itu bagi meminta bantuan.

“Dengan bantuan penduduk kampung kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari anak sungai tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya terus dikejarkan ke Hospital namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelajar sekolah di SK Kawang Papar dan merupakan murid tahun 5 dan tahun 6 di sekolah tersebut.

“Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/feed/ 0 28408
Mangsa Banjir Beluran: Warga Emas Lemas Cuba Menyeberang Sungai https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-warga-emas-lemas-cuba-menyeberang-sungai/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-warga-emas-lemas-cuba-menyeberang-sungai/#respond Sun, 02 Jan 2022 15:10:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10618
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BELURAN: Seorang lelaki warga emas ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai dalam satu kejadian di sungai Liningkung Telupid dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supritendan Kasim Muda
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda mengesahkan kejadian, katanya pihak polis menerima laporan mangsa berusia 60 tahun, seorang petani cuba menyeberangi sungai pada jam 9.00 pagi Ahad menuju ke sebuah rumah yang hampir ditenggelami air namun penduduk kampung telah menemui mangsa tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 2.00 petang tadi.

Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.

“Mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Telupid dan telah disahkan meninggal dunia, ” kata Kasim dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kasim berkata, keadaan hujan yang berterusan dan jangkaan air pasang besar dipercayai boleh memburukkan lagi keadaan.

“Setakat pukul 8.00 malam hari ini sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) diaktifkan iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Dewan Kg Binsulong, Dewan Kg Balaban, Dewan Kg Bakong-bakong, Dewan Rancangan Nangoh dan Dewan Kg Bauto yang menempatkan 137 mangsa daripada 31 keluarga.

“Kawasan yang terjejas semakin bertambah terutama di kawasan-kawasan Tagas-tagas, Pamol, Paitan, Sugut dan Telupid mendapati paras air sungai di kawasan ini dilaporkan semakin meningkat.

“Begitu juga dengan beberapa laluan utama turut dilaporkan telah dinaiki air iaitu Jalan Utama Pinangkau, Jalan Utama Kg Sokoon dan Jalan Utama Estate Meridian Kg Tangkarason namun masih boleh di lalui. Sebuah jalan tidak dapat di lalui iaitu Jalan Utama Batangon Darat akibat air melimpah diatas jalan,” jelasnya.

Kasim turut menyatakan, seramai 192 orang petugas terdiri daripada perbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM),, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Pejabat Daerah Beluran, Telupid dan Paitan.

Katanya, kesemua agensi tersebut dalam keadaan siap siaga dengan kelengkapan fasiliti masing-masing untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Selain itu menasihatkan agar semua penduduk supaya sentiasa berhati-hati dan memaklumkan sebarang perkembangan banjir ataupun sebarang masalah berkait dengan banjir kepada Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di tiga lokasi Beluran, Telupid dan Paitan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-warga-emas-lemas-cuba-menyeberang-sungai/feed/ 0 10618
Sembilan Sungai Di Kuala Penyu Perlu Penyelenggaraan Segera https://sabahmedia.com/2021/06/10/sembilan-sungai-di-kuala-penyu-perlu-penyelenggaraan-segera/ https://sabahmedia.com/2021/06/10/sembilan-sungai-di-kuala-penyu-perlu-penyelenggaraan-segera/#respond Thu, 10 Jun 2021 06:56:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=920
Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA PENYU: Sembilan sungai di daerah ini dikenalpasti memerlukan penyelenggaraan segera bagi mengelak berlaku banjir kilat di beberapa buah kampung di sini.

Antara sungai terlibat ialah Sungai Kerukan, Sungai Menunggang, Sungai Kasugira; Sungai Melampai; Sungai Kilugus; Sungai Kelampung; Sungai Papas dan Sungai Ruyut.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kuala Penyu Jonas Sunggim berkata, pihaknya meminta kerajaan untuk melaksanakan penyelenggaraan segera bagi membaik pulih keadaan sungai yang kini menjadi cetek akibat hakisan tanah.

“Saya bersama Penguasa Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Kuala Penyu, Patrick Vitalis telah membuat tinjaun ke beberapa sungai yang dikenalpasti perlu penyelenggaraan.

“Keadaan sungai yang terbiar itu mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa buah kampung baru-baru ini,”katanya.

Jonas berkata, pihaknya sudah berbincang bersama JPS daerah agar mengemukakan cadangan terbaik kepada kerajaan agar keadaan sungai terlibat dapat diselenggara termasuk melebarkannya dan kerja pembersihan.

“Kita mencadangkan supaya kerajaan negeri dan persekutuan menyediakan peruntukan khas kepada jabatan berkenaan agar sungai terbabit dapat dipulihkan dan dapat berfungsi serta tidak menjadi punca bencana berlaku seperti banjir,”katanya.

Baru-baru ini, beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir menyebabkan rumah penduduk ditenggalami air dan menimbulkan pelbagai kesulitan kepada mereka termasuk kerosakan dan kehilangan harta benda.

Jonas berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berulang lagi dan ia boleh dielakkan sekiranya keadaan sungai-sungai yang ada dapat dipulihkan semula bagi mengelak limpahan air dari kawasan sungai.

Katanya, beliau juga sudah memaklumkan masalah berkenaan kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Guandee Kohoi supaya ia dapat diambil tindakan kerajaan negeri dan persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/10/sembilan-sungai-di-kuala-penyu-perlu-penyelenggaraan-segera/feed/ 0 920