sup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Oct 2024 02:48:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pejabat SUP selaras kekuatan, tambah baik jabatan Persekutuan di Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/08/pejabat-sup-selaras-kekuatan-tambah-baik-jabatan-persekutuan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/08/pejabat-sup-selaras-kekuatan-tambah-baik-jabatan-persekutuan-di-sabah/#respond Tue, 08 Oct 2024 02:48:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61870
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) akan menyelaraskan kekuatan (sumber) yang ada bagi membuat anjakan dan penambahbaikan jabatan-jabatan persekutuan di negeri ini.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata, pihaknya mengakui bahawa beberapa jabatan persekutuan di peringkat daerah di negeri ini sebenarnya kemudahannya masih lagi agak ketinggalan dan memerlukan perhatian yang serius.

“Penambahbaikan ini perlu supaya pegawai kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab secara lebih berkesan dan efisien.

“Jabatan ataupun agensi persekutuan seperti Jabatan Penerangan Sabah termasuklah di semua daerah mempunyai peranan yang amat besar dalam menyampaikan aspek dasar-dasar kerajaan kepada rakyat sepanjang tahun melalui program-program yang diadakan secara berterusan.

“SUP Sabah akan terus memenangi satu kolaborasi melibatkan 160 jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan yang mana saya akan memastikan apa yang ditumpukan terhadap jabatan persekutuan di Sabah tidak ketinggalan dan mendapat perhatian yang serius daripada Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, pada Isnin.

Rosli berkata, kerjasama dengan agensi pusat akan diperkasakan untuk menghasilkan koordinasi kerja yang lebih mapan demi kepentingan perkhidmatan awam di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, saya mengharapkan agar Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia memberi perhatian lebih berhubung penambahbaikan dari segi perjawatan, kemudahan pejabat dan aset-aset baharu terutamanya di daerah-daerah di Sabah yang masih ketinggalan,” katanya.

Beliau turut mengharapkan jabatan persekutuan di peringkat negeri bergerak seiring misi Kerajaan Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Timbalannya, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) dan KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Dr. Diana Dominic.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/08/pejabat-sup-selaras-kekuatan-tambah-baik-jabatan-persekutuan-di-sabah/feed/ 0 61870
Polis temui kepala model dan selebriti hong Kong dalam periuk sup https://sabahmedia.com/2023/02/27/polis-temui-kepala-model-dan-selebriti-hong-kong-dalam-periuk-sup/ https://sabahmedia.com/2023/02/27/polis-temui-kepala-model-dan-selebriti-hong-kong-dalam-periuk-sup/#respond Mon, 27 Feb 2023 01:43:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30067
Read Time:1 Minute, 29 Second

HONG KONG: Polis berjaya menemui kepala model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi, dua hari selepas menjumpai sebahagian anggota badannya di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po.

Pakar forensik menemui kepala mangsa dalam salah satu periuk sup di rumah berkenaan. Bekas suami mangsa bersama abang dan ibu bapanya, sudah ditahan berkaitan dengan pembunuhan itu.

Menurut laporan portal berita HK01, kepala itu ditemui dalam salah satu daripada dua periuk sup yang berada di rumah berkenaan.

Polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan sebuah beg tangan milik Abby selain dua kaki wanita dalam peti sejuk.

Ketika polis menemui periuk sup itu, ia dilaporkan penuh dan terdapat daging cincang di dalamnya. 

Bagaimanapun, ketika itu pihak berkuasa hanya boleh mengesahkan bahawa terdapat tisu manusia dan periuk itu, sebelum menghantarnya untuk ujian lanjut.

Forensik hari ini dilaporkan menemui kepala mangsa bersama tulang rusuk, dalam salah satu periuk.

Menurut laporan, tengkorak itu masih sempurna, namun dipercayai bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya. 

Rambut mangsa tidak lagi melekat pada tengkorak yang sudah dimasak itu.

Forensik juga menemui sejumlah kecil daging cincang, bersama lobak merah dan lobak hijau.

Lengan dan anggota badan mangsa dilaporkan masih hilang dan polis meneruskan pencarian untuk anggota badan yang lain hari ini.

Selain melakukan pencarian di Tanah Perkuburan Tseung Kwan O sejak 25 Februari lalu, mereka turut memeriksa longkang di Kampung Lung Mei.

Saudara bekas suami melaporkan bahawa dua saudara kepada bekas suami mangsa, Alex Kwong, 28, didakwa atas tuduhan membunuh.

Bapa Kwong berusia 65 tahun dan abangnya berusia 31 tahun didakwa atas tuduhan membunuh manakala Ibu Kwong yang berusia 63 tahun didakwa kerana mengganggu proses keadilan.

Kes itu akan didengar di mahkamah esok.

Menurut HK01, Kwong berada di hospital selepas mengadu tidak sihat selepas ditahan. – AGENSI

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/27/polis-temui-kepala-model-dan-selebriti-hong-kong-dalam-periuk-sup/feed/ 0 30067