Supaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Dec 2021 13:38:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Supaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penduduk Dinasihatkan Supaya Berwaspada Apabila Hujan Lebat Melanda – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2021/12/27/penduduk-dinasihatkan-supaya-berwaspada-apabila-hujan-lebat-melanda-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/penduduk-dinasihatkan-supaya-berwaspada-apabila-hujan-lebat-melanda-jeffrey-kitingan/#respond Mon, 27 Dec 2021 13:38:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10353
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diarah supaya memastikan semua longkang monsun di Pantai Timur Sabah tidak tersumbat dan mampu menyalurkan air hujan dengan lancar dari kawasan bandar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ini sebagai persediaan menghadapi hujan lebih lebat daripada biasa yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi (MET).

“Hampir selalu, air hujan tidak dapat keluar dengan cepat di kawasan bandar kerana longkang tersumbat.

“Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, kebiasaannya ialah longkang yang dibina dengan teruk dan sentiasa menjadi tempat pembuangan sampah.

“Tetapi sekarang bukan masanya untuk menuding jari, apa yang lebih penting ialah kita bersedia untuk menghadapi keadaan yang terburuk,” tegasnya.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di beberapa negeri semenanjung Malaysia, di mana kawasan jarang banjir ditenggelami air sehingga 12 kaki.

“Jika boleh, buat perancangan sekarang untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir. Ingat bahawa walaupun harta boleh diganti, nyawa tidak,” ujar Jeffrey lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/penduduk-dinasihatkan-supaya-berwaspada-apabila-hujan-lebat-melanda-jeffrey-kitingan/feed/ 0 10353
‘Spiderman’ Ranau Beri Galakan Individu Yang Layak Supaya Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/#respond Mon, 23 Aug 2021 12:10:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5135
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU : Tampil dengan kostum unik sebagai adiwira ‘Spiderman’ berjaya mencuri perhatian petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau disini hari ini.

Steve Joseph,35, yang datang ke PPV lengkap mengenakan kostum itu membuatkan ramai mata memandang dan seterusnya mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama ‘Spiderman’.

‘Spiderman’ yang berasal dari Kampung Kigiok itu berkata, dia tampil dengan kelainan sebegitu sebagai simbolik kepada orang ramai bahawa orang yang kuat dan kebal juga perlu divaksin bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu memberi jaminan bahawa semua orang akan merasa selamat sekiranya diberi vaksin COVID-19.

“Hari ini saya datang ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima vaksin dos pertama selain ingin memberi sokongan dan galakan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin COVID-19.

“Kita tidak perlu risau kerana vaksin yang disediakan ini akan dapat membantu kita terhindar dari risiko jangkitan yang lebih teruk,” katanya ketika ditemubual disini hari ini.

Seorang lagi penerima vaksin, Sylvia Joanis,35, dari Kampung Nampasan Baru turut mengenakan pakaian ala tradisional suku kaum Dusun Ranau.

Katanya, sebagai penduduk daerah ini, dia mahu menampilkan kelainan dengan mempamerkan kepelbagaian suku kaum di Sabah menerusi pemakaian pakaian tradisional.

“Hari ini saya mengenakan baju t-shirt bercorakkan suku kaum Dusun Ranau, saya ingin mempamerkan kepelbagaian dalam suasana pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, sermaai 703 penerima vaksin hadir ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima suntikan dos pertama dan dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/feed/ 0 5135