surau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Feb 2026 14:58:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png surau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Aktiviti Masjid, Surau perlu patuh garis panduan JHEAINS https://sabahmedia.com/2026/02/11/aktiviti-masjid-surau-perlu-patuh-garis-panduan-jheains/ https://sabahmedia.com/2026/02/11/aktiviti-masjid-surau-perlu-patuh-garis-panduan-jheains/#respond Tue, 10 Feb 2026 17:56:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91410
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Aktiviti keagamaan di masjid dan surau diwajibkan mematuhi garis panduan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan hukum syarak dan keperluan tauliah.

Pengarah JHEAINS, Datuk Jumain Abdul Ghani berkata ketetapan itu diperkenalkan menerusi Garis Panduan Aktiviti Masjid dan Surau Negeri Sabah yang bertujuan menjamin ketertiban, keseragaman serta keharmonian pelaksanaan aktiviti keagamaan di negeri ini.

“Langkah berkenaan memberi kesan langsung kepada masyarakat Islam khususnya penganjur aktiviti agar setiap program yang dirancang mematuhi peraturan syarak serta dasar pentadbiran jabatan.

“Manakala Garis Panduan Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Sabah merangkumi hal pengurusan kewangan, pengurusan fail, kaedah mengimarahkan masjid dan surau secara lebih tersusun serta berintegriti.

“Ini termasuk pemberian kuasa eksekutif kepada Pengarah JHEAINS dalam pelantikan dan penamatan jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Manual Perancangan Pembangunan Aset Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama.

Selain itu, Jumain berkata, orang awam juga menerima manfaat melalui pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPR) Orang Islam Negeri Sabah yang diterbitkan sebagai buku panduan rasmi dan seragam.

“Garis panduan PPR ini memastikan prosedur dilaksanakan dengan jelas dan tersusun selaras dengan peruntukan undang-undang dan hukum syarak, sekali gus mengurangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kecekapan perkhidmatan turut dipertingkatkan melalui pendigitalan urusan PPR menggunakan sistem eKahwin, ePerkahwinan dan Sijil Nikah Digital sejajar dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO, seterusnya mempercepatkan urusan dan memudahkan akses orang awam,” katanya.

Di samping itu, Garis Panduan Pengurusan Taman Perkuburan Islam Negeri Sabah memastikan urusan pengebumian jenazah dilaksanakan secara lebih teratur, kemas dan berpandukan hukum syarak.

“Perkara yang diperincikan termasuk ukuran liang lahad serta susun atur kubur bagi memastikan kawasan perkuburan Islam lebih tersusun dan mudah diurus,” katanya.

Pelaksanaan garis panduan berkenaan dilaksanakan JHEAINS untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi memastikan kebajikan dan kepentingan umat Islam di Sabah terus terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/11/aktiviti-masjid-surau-perlu-patuh-garis-panduan-jheains/feed/ 0 91410
Surau berinspirasikan Songkok Recca, tarikan baharu di Tuaran https://sabahmedia.com/2025/09/22/surau-berinspirasikan-songkok-recca-tarikan-baharu-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2025/09/22/surau-berinspirasikan-songkok-recca-tarikan-baharu-di-tuaran/#respond Mon, 22 Sep 2025 01:31:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81766
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

TUARAN : Sebuah surau yang membawa identiti unik komuniti Bugis di Sabah, Surau Abu Hassan Ar-Raudhah kini siap sepenuhnya dibina dan menjadi mercu tanda baharu yang bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadah, tetapi juga pusat tarikan budaya dan komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perasmian Surau Abu Hassan Ar-Raudhah, Prof Dr Abdullah Bade berkata, rekabentuk kubah surau berkenaan diinspirasikan daripada ‘Songkok Recca’.

Katanya, songkok itu merupakan simbol kepada kebanggaan masyarakat Bugis Sabah dan struktur surau bukan sekadar tempat solat, tetapi juga lambang warisan dan jati diri.

“Kami mula merancang membina surau ini pada Julai 2023 dan Alhamdulillah, pembinaan fasa pertama siap pada 22 Mac 2024.

“Rekabentuk Songkok Recca ini adalah usaha kami untuk menonjolkan identiti komuniti Bugis di Sabah melalui seni bina Islamik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Surau Abu Hassan Ar-Raudhah di sini pada Ahad.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Abdullah berkata, projek pembinaan surau itu dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan orang ramai termasuk dari seluruh negara.

“Kos pembinaan bangunan surau sahaja adalah sekitar RM950,000, manakala kos keseluruhan kompleks dianggarkan RM1.4 juta,” katanya.

Menurutnya lagi, Kompleks Surau Abu Hassan Ar-Raudhah bukan hanya terdiri daripada surau utama, tetapi turut merangkumi homestay, bangunan kedai, dan dewan serbaguna

Katanya, pembinaan itu kini sedang giat disiapkan di bawah fasa kedua pembinaan.

“Setakat ini, komponen surau telah siap 100 peratus, manakala keseluruhan kompleks dianggarkan telah mencapai 70 peratus siap,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, Surau itu mampu menampung sehingga 850 jemaah pada satu-satu masa, menjadikannya antara surau terbaharu di kawasan Tuaran.

Katanya, dengan rekaan ikonik dan lokasi strategik, ia dijangka menjadi tarikan pelancongan budaya dan agama, seiring dengan kemunculan kompleks ini sebagai pusat komuniti.

“Kami jangkakan pelancong akan tertarik untuk datang melihat seni bina unik ini. Di kawasan kedai nanti, mereka boleh mencuba memakai pakaian tradisi dan songkok recak, menjadikan pengalaman mereka lebih bermakna,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus menyumbang agar fasa kedua dapat disiapkan menjelang awal tahun depan.

Tambahnya, pembinaan fasa kedua, yang melibatkan tiga lagi kubah dan keseluruhan fasiliti sokongan, masih bergantung kepada derma dan sokongan awam.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi jawatankuasa pembinaan atau menyalurkan bantuan melalui akaun rasmi yang akan diumumkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/22/surau-berinspirasikan-songkok-recca-tarikan-baharu-di-tuaran/feed/ 0 81766
Surau, Masjid berpotensi sebagai destinasi dakwah dan pelancongan https://sabahmedia.com/2025/09/21/surau-masjid-berpotensi-sebagai-destinasi-dakwah-dan-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2025/09/21/surau-masjid-berpotensi-sebagai-destinasi-dakwah-dan-pelancongan/#respond Sun, 21 Sep 2025 13:42:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81748
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

TUARAN : Pewujudan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah, di sini diyakini mampu memberi nilai tambah kepada daerah ini selain kewujudan tarikan budaya lain seperti Rumah Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masjid dan surau juga mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan agama, sebagaimana masjid-masjid utama di ibu negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong luar negara. 

“Sambil kita beribadah, kita juga berdakwah, mempromosi daerah dan memperkenalkan budaya bangsa yang selama ini menjadi teras perpaduan rakyat Sabah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah di Kampung Lok Batik Hujung, di sini pada Ahad.  

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mojd Arif.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Bugis yang memainkan peranan penting menjayakan pembinaan surau tersebut melalui kerjasama, gotong-royong serta sumbangan dana masyarakat. 

“Surau ini berdiri megah hasil semangat kebersamaan dan kerja keras masyarakat. Sikap rela berkorban demi agama Allah menjadi teladan terbaik kepada semua umat Islam,” katanya. 

Sementara itu, Hajiji berkata, masjid dan surau bukan sekadar tempat menunaikan solat berjemaah, tetapi berfungsi lebih luas sebagai pusat penyatuan masyarakat, pengukuhan ukhuwah, penyebaran ilmu serta pembangunan sosial dan ekonomi. 

Katanya, Surau Abu Hassan Ar-Raudhah mampu menjadi nadi perpaduan setempat dan pusat dakwah yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. 

“Dengan terbinanya surau ini, kita bukan sahaja menambah infrastruktur keagamaan, tetapi juga memperkukuh identiti Islam di Negeri Di Bawah Bayu,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji berkata,  Sabah yang dihuni 35 kumpulan etnik dan 217 sub-etnik sentiasa menjadi contoh terbaik masyarakat majmuk di Malaysia. 

Katanya, selain masyarakat Bugis, semua kaum di Sabah memainkan peranan penting dalam arus pembangunan negeri, dengan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi kekuatan utama. 

Hajiji menegaskan kerajaan negeri sentiasa komited memperkukuh institusi Islam melalui pembinaan masjid dan surau baharu serta pengimarahan rumah ibadah sedia ada. 

Katanya, usaha itu seiring agenda kerajaan untuk memperkasakan nilai kerohanian, memastikan kesejahteraan sosial dan memelihara perpaduan ummah.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/21/surau-masjid-berpotensi-sebagai-destinasi-dakwah-dan-pelancongan/feed/ 0 81748
Surau Kg Pintas Asal ceria kembali selepas seminggu sepi akibat banjir https://sabahmedia.com/2025/03/15/surau-kg-pintas-lama-ceria-kembali-selepas-seminggu-sepi-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/15/surau-kg-pintas-lama-ceria-kembali-selepas-seminggu-sepi-akibat-banjir/#respond Sat, 15 Mar 2025 12:43:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70468
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Selepas hampir seminggu surau Kampung Pintas Asal dekat sini, sepi akibat banjir besar, malam ini suasana berubah sepenuhnya.

Jemaah berduyun-duyun hadir untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan majlis iftar dan solat tarawih.

Keadaan yang kembali normal ini membawa kelegaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa menangguhkan aktiviti ibadah mereka.

Menurut Setiausaha surau tersebut, Cikgu Muhammad Hussin Kamaruddin, banjir yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan banyak laluan ke surau terputus, menjadikan kehadiran jemaah berkurangan.

Malah, pada malam Selasa, katanya, hanya tiga orang sahaja yang sempat hadir untuk solat Maghrib kerana air masih tinggi.

“Itu adalah saat paling suram buat kami, ditambah lagi sempena bulan Ramadan, ini adalah sebahagian daripada ujian kami,” katanya kepada Sabah Media.

Namun, selepas air mula surut pada Rabu, suasana surau kembali hidup. Jemaah yang sebelum ini terkesan akibat banjir mula hadir semula, dan aktiviti surau dapat diteruskan seperti biasa.

Malam ini (15 Mac) menjadi detik istimewa apabila majlis iftar bersama penduduk diadakan, menandakan kembalinya kemeriahan yang dinanti-nantikan.

“Kami sangat gembira kerana keadaan kembali seperti biasa. Melihat surau penuh dengan jemaah malam ini benar-benar menyentuh hati,” tambah Hussin.

Majlis berbuka puasa yang dikelola oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Kg Pintas Asal itu turut menjadi wadah bagi penduduk kampung berkumpul, berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang menghadapi musibah banjir.

Menurut seorang lagi penduduk pesara guru, Salleh Tuah, meskipun surau itu bertiang tinggi dan tidak dinaiki air, jumlah jemaah tetap berkurangan sepanjang tempoh banjir.

“Alhamdulillah, aktiviti di surau dapat diteruskan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Kini, kami bersyukur kerana semuanya kembali normal,” katanya.

Banjir yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan banyak rumah penduduk terjejas dan mereka terpaksa berpindah sementara ke pusat pemindahan. Beberapa kawasan masih dalam proses pembersihan, tetapi semangat penduduk untuk kembali beribadah di surau tetap membara.

Dengan kehadiran semula jemaah yang ramai serta penganjuran aktiviti keagamaan seperti biasa, suasana surau Kg Pintas Asal kini kembali ceria.

Penduduk berharap agar tiada lagi musibah yang melanda dan mereka dapat meneruskan ibadah di bulan Ramadan ini dengan lebih tenang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/15/surau-kg-pintas-lama-ceria-kembali-selepas-seminggu-sepi-akibat-banjir/feed/ 0 70468
Umat Islam di dua kampung bakal terima surau lebih selesa https://sabahmedia.com/2024/09/07/umat-islam-di-dua-kampung-bakal-terima-surau-lebih-selesa/ https://sabahmedia.com/2024/09/07/umat-islam-di-dua-kampung-bakal-terima-surau-lebih-selesa/#respond Sat, 07 Sep 2024 09:19:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60295
Read Time:57 Second

Beaufort : Penduduk Kampung Berumbai dan Kampung Kangsa khususnya umat Islam di sini akan menerima masing-masing sebuah surau konkrit yang lebih selesa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, surau yang dijangka siap penghujung tahun ini mengambil kos perbelanjaan sebanyak RM250,000 bagi sebuah surau.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM150,000 diperuntukkan bagi tujuan pembinaan surau dan RM100,000 lagi digunakan bagu tujuan penimbusan tapak surau.

“Dengan terlaksananya surau baru yang konkrit dan kukuh itu nanti pastinya akan memberi keselesaan kepada penduduk khususnya umat Islam yang akan beribadah di surau itu nanti.

“Sudah tentu kita telah mendengar dan mengambil peduli hasrat rakyat kita khususnya di dua kampung ini yang begitu lama menanti surau baru. Surau lama terlalu usang,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, ia juga adalah sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya yang telah melihat atau mengenal pasti surau baru perlu dibina untuk kedua dua buah kampung ini.

“Semoga kerja-kerja pembinaan kedua dua buah surau ini berjalan dengan baik dan akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan agar masyarakat dapat melakukan ibadah dan juga aktiviti keagamaan di sini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/07/umat-islam-di-dua-kampung-bakal-terima-surau-lebih-selesa/feed/ 0 60295
Kebenaran Solat Tarawih Pada Bulan Ramadan Imarahkan Surau & Masjid – Yakub Khan https://sabahmedia.com/2022/04/14/kebenaran-solat-tarawih-pada-bulan-ramadan-imarahkan-surau-masjid-yakub-khan/ https://sabahmedia.com/2022/04/14/kebenaran-solat-tarawih-pada-bulan-ramadan-imarahkan-surau-masjid-yakub-khan/#respond Thu, 14 Apr 2022 01:25:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14229
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam perlu sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) meskipun dibenarkan menunaikan solat tarawih di semua surau serta masjid berkuat kuasa 1 April, selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata selepas dua tahun tidak dapat ke masjid, peluang seumpama ini sangat dinantikan sekali gus memberi ruang kepada mereka bagi menunaikan solat tanpa perlu penjarakkan saf.

Katanya, keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat itu.

“Kita sangat bersyukur dengan izin Allah rumah ibadah sudah mula dipenuhi dengan kehadiran umat Islam sekitar kawasan setempat.

“Marilah kita berazam untuk mengeratkan huhungan silaturahim diantara satu sama lain. Dalam masa sama pematuhan SOP tetap menjadi keutamaan agar semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Bulan Ramadan di Masjid Al-Jannah, Taman Sepanggar, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama Yakub yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata program ‘Jelajah Bulan Ramadan’ adalah acara dirancang oleh Umno Bahagian Sepanggar sempena bulan Ramadan disamping dapat menunaikan solat secara berjemaah sekali gus menghulurkan sumbangan bagi keperluan rumah ibadah.

“Peluang ziarah ini akan dimanfaatkan untuk melihat keperluan pembangunan yang perlu diambil tindakan dalam tempoh terdekat.

“Kita mengalu-alukan kunjungan mereka ke pejabat ADUN Karambunai sekiranya terdapat keperluan yang boleh disalurkan bagi memberi keselesaan kepada Masjid Al-Jannah, Taman Sepanggar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/14/kebenaran-solat-tarawih-pada-bulan-ramadan-imarahkan-surau-masjid-yakub-khan/feed/ 0 14229
‘Aura’ Ramadan kembali terasa selepas kebenaran tunai solat tarawih berjemaah https://sabahmedia.com/2022/04/02/aura-ramadan-kembali-terasa-selepas-kebenaran-tunai-solat-tarawih-berjemaah/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/aura-ramadan-kembali-terasa-selepas-kebenaran-tunai-solat-tarawih-berjemaah/#respond Sat, 02 Apr 2022 15:05:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13832
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : Kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau malam ini memberikan kelegaan kepada jemaah selepas hampir dua tahun tidak dapat melaksanakannya ekoran pandemik COVID-19.

Selain itu, kebenaran pelaksanaan solat berjemaah dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah lain yang dikuatkuasakan bermula semalam turut mengembalikan ‘aura’ Ramadan yang tidak dapat dirasai sebelum ini.

Bagi seorang jemaah Masjid Al-Hilal Putatan, Madzaral Sebalun berkata, beliau berasa syukur apabila umat Islam khususnya di Sabah dapat menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

“Syukur alhamdulillah, doa kita dimakbulkan.  Moga keadaan akan terus bertambah baik.  Ini juga adalah satu saat yang ditunggu dan satu kegembiraan bila mana kita dapat berjemaah dan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan berbanding sebelum ini.

Madzaral Sebalun

“Sebelum ini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya menunaikan solat tarawih dirumah bersama keluarga,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Seorang penduduk Kampung Tanjung Aru Lama Mohd Adam Arinin turut mengakui rasa bersyukur apabila dapat menunaikan solat tarawih di masjid bersama penduduk kampung berhampiran.

“Dua tahun lalu, saya hanya mampu mendengar bacaan solat tarawih dari rumah ekoran pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan solat berjemaah di masjid mahupun surau selain hanya jawatankuasa masjid sahaja dibenarkan.

“Ketika diumumkan kebenaran merapatkan sejadah, secara peribadi saya rasa terharu dan gembira.  Alhamdulillah tahun ini saya dan jemaah lain dapat menunaikan bersama,” katanya yang menunaikan solat di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru.

Kegembiraan sama turut dikongsi Mohd Shahrul Thani yang turut menzahir rasa syukur dapat melaksanakan tarawih di Masjid Jamek Kampung Ulu Putatan selepas dua tahun berdepan pandemik COVID-19.

Mohd Shahrul Thani

“Sebelum ini ketika PKP, saya hanya solat tarawih bersama keluarga namun tahun ini saya rasa teruja kerana telah diberi kebenaran berjemaah selain turut dapat merapatkan sejadah,” katanya.

Bagi Mohd Redzuan yang menunaikan solat tarawih di Masjid Nurul Iman Sabindo turut berasa lebih yakin dan selesa apabila dapat menunaikan secara berjemaah di masjid selepas kerajaan memberi kebenaran.

Mohd Redzuan

Sebelum ini, Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah di masjid atau surau dengan kapasiti penuh dan jarak di antara jemaah berdasarkan saiz sejadah, bermula semalam.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah memberi kebenaran itu..

Katanya, ketetapan itu juga terpakai untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat tarawih.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/aura-ramadan-kembali-terasa-selepas-kebenaran-tunai-solat-tarawih-berjemaah/feed/ 0 13832
50 masjid,surau di Parlimen Sepanggar terima sumbangan Ramadan https://sabahmedia.com/2022/04/02/50-masjidsurau-di-parlimen-sepanggar-terima-sumbangan-ramadan/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/50-masjidsurau-di-parlimen-sepanggar-terima-sumbangan-ramadan/#respond Sat, 02 Apr 2022 11:15:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13804
Read Time:52 Second

SEPANGGAR : Sebanyak 50 buah masjid dan surau di sekitar kawasan Parlimen Sepanggar hari ini menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan.

Sumbangan berupa wang tunai, kurma dan air mineral itu adalah bagi membantu mengimarahkan lagi ibadah puasa di masjid dan surau terlibat sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya berharap agar sumbangan yang disalurkan itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang Ramadan.

“Pada hari ini, kita akan menyampaikan sumbangan kepada 50 buah masjid dan Surau yang ada di Sepanggar. Ianya adalah berbentul wang tunai sebanyak RM1,000 kemudian kurma sebanyak 10 kilogram (kg) dan air mineral 10 kotak.

“Niat saya adalah ingin menyampaikan sumbangan kepada semua masjid dan surau di Sepanggar.  Jumlah semua sama, tiada beza dan tiada ‘double standard’,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kepada 50 masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Sepanggar disini hari ini.

Hadir sama Ketua Daerah Kota Kinabalu OKK Datuk Saidon Kadis dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Karambunai Matlan Taman.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/50-masjidsurau-di-parlimen-sepanggar-terima-sumbangan-ramadan/feed/ 0 13804
Kebenaran solat rapat sejadah di Sabah bermula esok https://sabahmedia.com/2022/03/31/kebenaran-solat-rapat-sejadah-di-sabah-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/kebenaran-solat-rapat-sejadah-di-sabah-bermula-esok/#respond Thu, 31 Mar 2022 12:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13713
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di Masjid dan Surau dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah yang lain berkuatkuasa esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah solat fardhu lima waktu berjemaah, solat Jumaat, Terawih dan solat-solat sunat selain jemaah perlu membawa sejadah sendiri.

“Semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti memakai pelitup muka, membawa sejadah, tidak bersalaman dan sebagainya.

“Aktiviti masjid dan surau adalah kekal sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini, seperti kuliah-kuliah selepas solat fardhu, dhuha, bengkel, kursus serta program keagamaan dengan mengambil kira penyesuaian waktu ibadat di bulan Ramadhan adalah termasuk dalam kebenaran ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jemaah yang hadir ke Masjid dan Surau hendaklah yang telah lengkap divaksin.

Katanya, pelaksanaan solat Terawih, mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh, sahur, tadarus al-Quran, qiamulail serta aktiviti sepanjang bulan Ramadhan adalah dibenarkan.

“Sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif COVID-19, Masjid atau Surau tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Azis Jaafar berkata, pelaksanaan solat berjemaah dengan kapasiti penuh turut dibenarkan di Masjid dan Surau di negeri ini bermula esok.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/kebenaran-solat-rapat-sejadah-di-sabah-bermula-esok/feed/ 0 13713
Sabah jangka muktamad SOP berhubung pelaksanaan ibadah di Masjid,Surau hari ini https://sabahmedia.com/2022/03/30/sabah-jangka-muktamad-sop-berhubung-pelaksanaan-ibadah-di-masjidsurau-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2022/03/30/sabah-jangka-muktamad-sop-berhubung-pelaksanaan-ibadah-di-masjidsurau-hari-ini/#respond Wed, 30 Mar 2022 04:21:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13653
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dijangka akan memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan ibadah di Masjid dan Surau di Sabah pada hari ini  berikutan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah kebenaran pelaksanaan solat sunat Tarawih dan penjarakkan fizikal (merapatkan saf).

“Pada hari ini kita ada mesyuarat Kabinet dan selepas itu kami akan berbincang bagi memutuskan berhubung dengan SOP dengan Masjid dan Surau, mudah-mudahan ada keputusan positif.

“Sekiranya pun diberi kebenaran untuk merapatkan saf, kita juga akan menetapkan beberapa SOP dibawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mufti bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Saudara Kita di Wisma MUIS disini hari ini.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata, majlis yang dilaksanakan anjuran JHEAINS dan MUIS itu melibatkan seramai 60 orang peserta dari golongan Mualaf.

Katanya, program itu telah dilaksanakan beberapa bulan lalu selain turut dibuat menerusi secara maya dan dibimbing oleh guru-guru dari JHEAINS dan MUIS.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada peserta dan semua yang terlibat.  InsyaAllah kita akan memperluaskan lagi program seumpama ini diperingkat bahagian.

“Kita akan memartabatkan lagi usaha membudayakan Al-Quran dikalangan masyarakat khususnya dikalangan saudara baru,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/30/sabah-jangka-muktamad-sop-berhubung-pelaksanaan-ibadah-di-masjidsurau-hari-ini/feed/ 0 13653