Suruhanjaya tenaga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Feb 2022 07:52:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Suruhanjaya tenaga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 40 Pengusaha ‘Homestay’ Sertai Seminar Keselamatan Elektrik, Gas https://sabahmedia.com/2022/02/16/40-pengusaha-homestay-sertai-seminar-keselamatan-elektrik-gas/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/40-pengusaha-homestay-sertai-seminar-keselamatan-elektrik-gas/#respond Wed, 16 Feb 2022 07:52:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12261
Read Time:1 Minute, 9 Second

RANAU : Seramai 40 pengusaha inap desa (homestay) di daerah ini telah menyertai Seminar Keselamatan Elektrik dan Gas.

Seminar yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) itu diadakan di Walai Tokou Homestay Kundasang Ranau disini baru-baru ini.

Pengarah Kawasan ST Pantai Barat Sabah (STPBS), Jefrey Nuri berkata, seminar itu adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan elektrik dan gas di kalangan pengusaha inap desa.

Katanya, menerusi seminar itu, peserta diberikan pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan elektrik dan gas yang perlu diambil, serta akta dan peraturan yang berkait dengan keselamatan elektrik dan gas.

“Sebagai pengusaha inap desa, keselamatan elektrik dan gas perlu ditekankan dan diberi perhatian serius bagi menjamin keselamatan pelancong yang datang ke kawasan berkenaan.

“Ini termasuklah memastikan pemasangan alat perlindungan Peranti Arus Baki (PAB) yang bersesuaian dan berkesan bagi melindungi orang ramai daripada renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus atau litar pintas,” katanya.

Jefrey turut mengingatkan pengusaha inap desa serta pengguna secara amnya supaya sentiasa peka dengan aspek keselamatan elektrik dengan membeli kelengkapan elektrik yang mempunyai label SIRIM-ST.

Beliau turut menggesa tidak sesekali mengubahsuai kelengkapan elektrik yang rosak, elakkan daripada mengguna kelengkapan elektrik dalam keadaan basah, tidak menghampiri talian atas elektrik semasa menjalankan aktiviti memotong dahan pokok dan sebagainya.

Seminar itu adalah salah satu daripada inisiatif ST yang diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penggunaan elektrik dan gas secara selamat dan cekap.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/40-pengusaha-homestay-sertai-seminar-keselamatan-elektrik-gas/feed/ 0 12261
Sistem Pendawaian Premis Perlu Ikut Akta: Suruhanjaya Tenaga https://sabahmedia.com/2021/12/16/sistem-pendawaian-premis-perlu-ikut-akta-suruhanjaya-tenaga/ https://sabahmedia.com/2021/12/16/sistem-pendawaian-premis-perlu-ikut-akta-suruhanjaya-tenaga/#respond Thu, 16 Dec 2021 08:44:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9975
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sistem pendawaian bagi setiap premis perlu dipasang mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447} dan Peraturan-Peraturan Elektrik, serta mematuhi keperluan teknikal standard yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Pengarah Kawasan ST Pantai Barat Sabah Jefrey Nuri berkata, hal demikian adalah penting kerana risiko untuk kemalangan yang mampu meragut nyawa sangat tinggi sekiranya pemasangan yang dilakukan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita hendak mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan kecelakaan yang mampu meragut nyawa dan kerana itu sebarang pemasangan yang berkaitan dengan tenaga dan pendawaian, perlu mengikut spesifikasi dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Program Touchpoint ST di Karambunai hari ini.

Jelas beliau lagi, ST sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya pemasangan sistem pendawaian secara haram.

“Selain itu, kita juga giat dalam usaha kita untuk memperbanyakkan program berbentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), seperti mana yang kita lakukan hari ini di sini yang melibatkan dua buah dewan masyarakat dan sebuah masjid.

“Melalui program ini, kita menjalankan kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem pendawaian sedia ada yang using dan kita turut menjalankan kerja pemasangan sistem pendawaian baru bagi premis yang belum mempunyai bekalan elektrik.

“Kita menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem pendawaian dengan kakitangan dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja penambahbaikan itu telah mulai dilakukan sejak November lepas.

“Kita mula melakukan kerja penambahbaikan dengan Peranti Arus Baki (PAB) pada papan agihan (distribution board) yang kita dapati tidak menepati standard piawaian ST dan kita menggantikan dengan yang sewajarnya.

“Kita semua mesti faham dan sedar bahawa pemasangan alat perlindungan PAB yang sesuai dan berkesan untuk pengguna mampu menyelamatkan dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Kita mahu melindungi pengguna daripada terlibat dengan kemalangan yang tidak diduga seperti terkena renjatan elektrik apabila terdapat kebocoran arus atau litar pintas,” ujar beliau lagi.

“ST turut berharap agar masyarakat lebih berhati-hati ketika musim banjir bagi mengelakkan kemalangan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan dan lebih buruk lagi membawa maut .

Sebelum menghidupkan semula suis utama pada papan agihan, pastikan pendawaian dan pembumian rumah diperiksa, dibaiki dan diuji oleh kontraktor elektrik dan disahkan selamat oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan ST,” tegas beliau

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/16/sistem-pendawaian-premis-perlu-ikut-akta-suruhanjaya-tenaga/feed/ 0 9975