swab test – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Nov 2021 09:33:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png swab test – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengusaha Industri Pelancongan Puji Keputusan Kerajaan Negeri Longgarkan Syarat Masuk Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/20/pengusaha-industri-pelancongan-puji-keputusan-kerajaan-negeri-longgarkan-syarat-masuk-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/pengusaha-industri-pelancongan-puji-keputusan-kerajaan-negeri-longgarkan-syarat-masuk-ke-sabah/#respond Sat, 20 Nov 2021 09:33:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8641
Read Time:2 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Pengusaha industri pelancongan di Sabah memuji keputusan kerajaan negeri membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin berkunjung ke negeri itu tanpa menjalani ujian calitan.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata, pengumuman itu dilihat tepat pada waktunya bagi memberi semangat kepada pengusaha pelancongan bagi memasarkan Sabah sebagai pilihan destinasi percutian.

“Pastinya pengembara perniagaan dan pelancongan pasti mengalu-alukan perkembangan ini.  Ia sangat baik untuk pelancongan dan akan dapat mewujudkan kesan ‘spin-off’ ekonomi dengan sektor perhotelan, sektor pengangkutan dan restoran juga turut dipenuhi.

“Ketua Menteri Sabah sangat proaktif, dan beliau melihat keperluan untuk menggerakkan industri pelancongan dan meningkatkan kedatangan pelancong,” katanya ketika ditemui pada pameran MATTA ke-49 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan membenarkan pengunjung yang lengkap divaksin untuk memasuki Sabah tanpa perlu menjalani ujian calitan mulai 1 Disember depan.

Hajiji berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan pelancong asing apabila Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

Kok Liang berkata, dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, industri pelancongan berharap lebih banyak Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dilaksanakan dengan negara lain untuk mengalu-alukan kemasukan pelancong asing

“Negara Singapura sudah mempunyai pengaturan VTL dengan 15 negara dan akan menambah enam negara lagi (termasuk negara dari Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara) dalam senarai menjelang 6 Disember 2021.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk segera mewujudkan lebih banyak VTL atau Gelembung Pelancongan untuk menarik permintaan, terutamanya ketika musim cuti akan datang.

“Selain Langkawi, destinasi pelancongan popular lain, seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang, tidak boleh diabaikan selain,” katanya.

Hari pertama pameran MATTA menyaksikan orang ramai berpusu-pusu ke WTC bagi meninjau dan mendapatkan maklumat tentang promosi pelancongan yang ditawarkan oleh 255 gerai pameran.

Sabah mempunyai 12 gerai pameran, di mana Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan pempamernya akan mempromosi serta memasarkan pelbagai jenis tawaran pelancongan yang menarik di negeri ini.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya menggalakkan orang ramai untuk mengambil peluang daripada MATTA Fair untuk menerokai Sabah berikutan syarat menjalani ujian calitan bakal dilonggarkan.

“Kami sedia maklum bahawa keperluan ‘swab test’ telah menjadi penghalang kepada individu khususnya mereka yang melancong bersama keluarga yang ingin melawat Sabah.

“Perjalanan rentas negeri ke Sabah kini telah dipermudahkan. Inilah masa untuk semua orang memanfaatkan peluang ini untuk mula merancang percutian ke Negeri di Bawah Bayu, di mana banyak pengembaraan sentiasa menanti para pengunjung,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/pengusaha-industri-pelancongan-puji-keputusan-kerajaan-negeri-longgarkan-syarat-masuk-ke-sabah/feed/ 0 8641
COVID-19 : Individu Bergejala Dinasihatkan Buat Ujian Calitan Bagi Ketahui Status Kesihatan https://sabahmedia.com/2021/08/04/covid-19-individu-bergejala-dinasihatkan-buat-ujian-calitan-bagi-ketahui-status-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/covid-19-individu-bergejala-dinasihatkan-buat-ujian-calitan-bagi-ketahui-status-kesihatan/#respond Wed, 04 Aug 2021 13:58:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4074
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Individu yang bergejala seperti batuk, selsema dan demam serta khuatir dijangkiti COVID-19 dinasihatkan untuk segera melakukan ujian calitan bagi menentukan status kesihatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tindakan itu akan dapat mengelak individu daripada menjangkiti orang lain sekiranya didapati positif.

“Pada hari ini jumlah kes positif COVID-19 Sabah merekodkan sebanyak 949 kes iaitu penurunan sebanyak 61 kes berbanding 1,010 kes yang dicatatkan semalam.  Jumlah kes baharu turun sedikit hari ini tetapi masih tinggi.

“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan penambahan kes yang tinggi, daripada 183 kes kelmarin kepada 260 kes hari ini dan 178 kes atau 68 peratus adalah daripada saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, kes baharu di Tawau juga naik kepada 138 kes iaitu penambahan sebanyak 48 kes berbanding semalam manakala Tuaran mencatat 102 kes dengan penambahan sebanyak 23 kes.

Katanya, Beaufort juga mencatatkan peningkatan kepada 62 kes setelah mencatatkan hanya 19 kes sahaja semalam, sebagaimana di Ranau yang tiada catatan kes semalam, melonjak semula kepada 27 kes hari ini.

“Terdapat satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tempasuk, Kota Belud (Kluster Komuniti) di mana kes indeks merupakan juruwang di sebuah bank yang menjangkiti kaum keluarga, penduduk kampung dan kontak rapatnya.

“Kontak rapat terus menjadi penyumbang utama iaitu sebanyak 570 kes atau 60.06 peratus kepada jumlah kes keseluruhan dan 201 kes atau 21.18 peratus datang daripada kategori saringan bergejala, yang berpunca daripada jangkitan sporadik,” katanya.

Katanya, 74 kes lagi adalah berpunca daripada Saringan Kluster Sedia Ada.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/covid-19-individu-bergejala-dinasihatkan-buat-ujian-calitan-bagi-ketahui-status-kesihatan/feed/ 0 4074