syabas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Oct 2024 17:11:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png syabas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 238 belia Tuaran terima dana SYABAS 2.0 https://sabahmedia.com/2024/10/05/238-belia-tuaran-terima-dana-syabas-2-0/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/238-belia-tuaran-terima-dana-syabas-2-0/#respond Fri, 04 Oct 2024 17:11:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61689
Read Time:2 Minute, 19 Second

Tuaran: Seramai 238 belia di daerah ini menerima Dana Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) 2.0 bagi membantu belia memulakan perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan sedia ada.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, setiap penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000.

“SYABAS adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang  memperuntukkan RM10 juta bagi program tersebut.

“Syarat untuk mendapatkan bantuan ini belia yang berumur 18 hingga 40 tahun dan seorang usahawan tetapi ada juga beberapa perkara yang kita longgarkan persyaratannya kepada peniaga-peniaga di tepi jalan, yang membuka kiosk ataupun peniaga secara dalam talian tidak mempunyai dokumentasi yang diperlukan seperti lesen penjaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Dana SYABAS 2.0 Daerah Tuaran, Tamparuli, Kiulu Tahun 2024 di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah Tuaran, di sini semalam.

Fairuz berkata, sebelum ini beberapa daerah sudah dikunjungi dan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau akan dilawati bagi penyerahan SYABAS tersebut.

“Selain itu, penerima SYABAS di Kudat hampir 100 penerima, Kota Marudu kurang lebih 100, Kota Belud pula 100 lebih penerima dan bagi daerah Kota Kinabalu lebih 300 penerima SYABAS. 

“Bagi penyerahan SYABAS ini, sudah hampir 60 peratus diserahkan kepada semua penerima yang memohon dana adalah secara atas talian dan juga ada beberapa yang kita ambil pertimbangan untuk mengisi borang secara manual.

“Belia di setiap daerah juga perlu peka terhadap bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri agar tidak ketinggalan untuk mendapatkan bantuan SYABAS,” katanya.

Justeru, beliau meminta kepada pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah di setiap daerah untuk melibatkan bersama kelab-kelab belia ataupun belia yang ada di setiap daerah supaya mereka tahu adanya bantuan kerajaan seperti ini.

“Fasa pertama SYABAS sehingga kini adalah sama iaitu setiap pemohon yang diluluskan akan menerima RM2,000 seorang yang akan membantu belia Sabah  memulakan perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan sedia ada,”katanya

Dalam pada itu, Fairuz turut memaklumkan atlet-atlet  Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA yang mewakili Sabah pada tahun ini bakal mendapat inisiatif daripada kerajaan negeri iaitu pemenang pingat emas akan mendapat ganjaran sebanyak RM10,000 setiap pingat emas.

“Seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri untuk setiap pingat emas akan mendapat RM10,000 dan untuk makluman juga atlet yang mendapat pingat perak dan gangsa juga turut mendapat penambahan insentif dari kerajaan negeri.

“Kita akan adakan acara penyerahan tersebut dalam masa yang terdekat dan akan dimaklumkan kepada semua bila penyerahan kepada atlet-atlet SUKMA dan PARA SUKMA tersebut,” katanya.

Dalam majlis tersebut, turut berlangsung penyerahan insentif kepada 22 orang atlet SUKMA dan Para SUKMA yang mewakili Sabah yang berasal dari daerah Tuaran atas kejayaan yang diperolehi pada SUKMA Sarawak 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/238-belia-tuaran-terima-dana-syabas-2-0/feed/ 0 61689
Lebih 2,000 usahawan muda terima manfaat SYABAS https://sabahmedia.com/2024/08/11/lebih-2000-usahawan-muda-terima-manfaat-syabas/ https://sabahmedia.com/2024/08/11/lebih-2000-usahawan-muda-terima-manfaat-syabas/#respond Sun, 11 Aug 2024 03:10:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58852
Read Time:1 Minute, 58 Second

Penampang : Lebih 2,000 usahawan muda di negeri ini telah menerima manfaat menerusi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) pada tahun ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, setiap tahun kerajaan negeri melalui kementeriannya telah membuka sebanyak 2,500 permohonan kepada usahawan muda melalui SYABAS .

“Permohonan ini terbuka kepada para belia Sabah dengan syarat utama adalah pemohon mesti berumur 18 hingga 40 tahun, telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen perniagaan sah.

“Petang ini kita akan menyampaikan SYABAS berjumlah RM2,000 setiap seorang kepada 19 usahawan muda di sekitar daerah Penampang sebagai bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program Amazing Youth Race di Dewan Mini Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA) di sini semalam.

Fairuz berkata, bantuan itu diharap akan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dan diharap mampu membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada belia yang lain.

Dalam ucapan yang sama beliau turut mengajak golongan belia untuk menjadikan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai penguat kepada jati diri.

Katanya, SMJ bukan slogan parti tetapi ia adalah cogan kata keramat yang telah termaktub dalam perlembagaan dan tertulis pada Jata Negeri Sabah.

“Masih terdapat segelintir masyarakat memberi pandangan negatif dan mempermainkan slogan ini dengan menyatakan ia tidak mencerminkan kemajuan yang dikecapi pada ketika ini.

“SMJ bukan bererti hari ini kita sebut esok kemajuan Sabah sudah seperti di Dubai atau negeri-negeri lain. Slogan ini adalah slogan penguat yang mencerminkan jati diri, kebersamaan terutama golongan belia Sabah untuk terus menyumbang bagi menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah, saya menyeru kepada para belia untuk bersama menjaga, memaju dan memartabatkan negeri ini.  Kerana negeri ini negeri kita, negeri ini rumah kita, kitalah penentu yang mencorakkan kejayaan dan kemajuan negeri ini seterusnya,” katanya.

Seramai 1,000 belia menjayakan program tersebut yang melibatkan aktiviti khidmat masyarakat di kampung Koidupan, acara berbasikal-Kayuhan Merdeka sejauh 25km, pertandingan Karya Kreatif bahan kitar semula, Youth Race-Treasure Hunt dan Pertandingan Sukan Lasak-Orang Kuat Sabah (Novice).

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Mansur Asun, Presiden Majlis Perbandaran Penampang Francis Chong, Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton serta Setiausaha Rendah Kementerian Kewangan Negeri Sabah merangkap Ketua Urusetia Sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera, Dayang Selha Ibrahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/11/lebih-2000-usahawan-muda-terima-manfaat-syabas/feed/ 0 58852