syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Jan 2024 06:14:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga penjawat awam direman, guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/ https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/#respond Tue, 23 Jan 2024 06:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48386
Read Time:56 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan reman tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerana menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik sebuah syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, pagi ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri manakala salah satu lagi milik adik kandung salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan dan direkodkan keterangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/feed/ 0 48386
Dua syarikat IPP beri bekalan 155MW semula ke Grid Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/#respond Sat, 20 Jan 2024 02:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48233
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Dua syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan sejumlah 155MW tenaga elektrik kepada Grid Sabah.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, syarikat Kimanis Power Sdn. Bhd. telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga pada Jumaat setelah menutup sementara bekalan elektrik pada 6 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Sebuah lagi syarikat IPP, Ranhill Powertron ll Sdn. Bhd juga telah pulih dan membekalkan tenaga elektrik pada Khamis selepas penutupan kecemasan melibatkan 60MW akibat masalah high vibration gear di set penjanaan mereka pada 14 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adrian, dengan pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula kapasiti penjanaan bekalan elektrik yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua – dua IPP tersebut yang telah berusaha memastikan pemeriksaan keselamatan dan masalah teknikal dapat diselesaikan dengan dalam tempoh yang singkat.

SESB dan IPP sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan gangguan dan catuan bekalan elektrik bagi memastikan para pengguna sentiasa dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil.

Adrian turut menyatakan bahawa SESB akan membuat hebahan ramalan bekalan elektrik setiap Isnin hingga Jumaat bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bersiap sedia dengan perkembangan semasa bekalan elektrik di Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan perkembangan semasa beberapa stesen jana kuasa yang sedang dalam proses pembaikan.

Syarikat Serudong Power Sdn Bhd dijangka akan dapat membekalkan semula 11MW penjanaan ke Grid Sabah pada 1 Mac, 2024. Kerja-kerja baikpulih crank case cover yang rosak sejak 27 April, 2023 sedang giat dilaksanakan.

Sebuah unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau- Patau W.P Labuan berkapasiti 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 September 2023 juga dijangka akan beroperasi pada 29 Februari 2024.

Manakala itu, Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi juga sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk ketika tragedi bencana alam pada 31 Oktober 2022 dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada bulan Mac, Jun dan Oktober tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/feed/ 0 48233