Syarikat Swasta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Feb 2023 11:27:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Syarikat Swasta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah alu-alukan penglibatan, kerjasama syarikat swasta bangunkan sektor pertanian – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/#respond Sat, 11 Feb 2023 12:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29419
Read Time:2 Minute, 45 Second

BEAUFORT: Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari syarikat swasta untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian khasnya dari segi ladang pengeluaran makanan.

Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pelancaran Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2, anjuran Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. adalah tepat masanya dan selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Sabah Maju Jaya 2021-2025 untuk membantu penglibatan golongan B40 menjadi usahawan yang berjaya dalam sektor pertanian khasnya dalam pengeluaran nanas MD2 yang mempunyai potensi dan nilai pasaran yang menggalakkan.

“Terima kasih Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd atas sokongan dan penglibatan dalam agenda pembangunan kerajaan negeri dari segi komitmen dan pelaburan sektor pertanian.

“Pihak Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari syarikat swasta untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian khasnya dari segi ladang pengeluaran makanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2, anjuran Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. di Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Korporasi Pembangunan Desa di Lingkungan di sini hari ini. (11 Feb)

Jeffrey berkata, program AGRO Komuniti B40 bertujuan untuk melatih petani kecil menjadi usahawan dengan skala tanaman yang lebih besar & berinovasi serta mempercepatkan pemindahan teknologi & kepakaran bidang pertanian kepada kumpulan sasar yang terlibat.

“Program ini melibatkan kolaborasi pelbagai pihak iaitu Aqina Fruits Sdn Bhd, Aqina Borneo Sdn Bhd, KPD dan AGROBANK. Kolaborasi ini akan mewujudkan satu mekanisme untuk membantu golongan B40 melibatkan diri dalam penanaman dan pemasaran nanas MD2.

“Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. akan membekalkan khidmat nasihat berkenaan pengurusan ladang, kewangan, kaedah, teknik-teknik tanaman nanas MD2 dari peringkat penyediaan tanah hingga tuaian hasil serta pasaran manakala pihak Agorbank akan membantu dari segi pembiayaan kewangan,” katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), agensi pelaksana di bawah kementerian saya turut memberi sokongan padu kepada Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. dari segi membekalkan rangkaian kemudahan pemasaran melalui Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) KPD Lingkungan.

Katanya, inisiatif KPD untuk membina Pusat Pengumpulan Hasil Tani sangat relevan dan tepat pada masanya dalam memberi kemudahan pemasaran kepada penduduk dan pengeluar hasil pertanian di sekitar Beaufort dan Sipitang.

“APCC ini dilengkapi dengan fasiliti ruang pengumpulan, penggredan, pembungkusan dan pengangkutan hasil pertanian dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan. Sistem pemasaran secara digital melalui KPD SMART akan membantu kumpulan sasar menembusi segmen pasaran secara online,” jelasnya.

Justeru, tambah beliau, pelaksanaan Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2 akan menjadi program perintis untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dalam industri pertanian.

“Initipati program ini akan memanfaatkan golongan B40 sehingga mereka berjaya menjadi usahawan peladang kontrak tanaman nanas MD2 dan seterusnya memainkan peranan dalam agenda pembangunan kerajaan iaitu “Food Security”.

“Saya berharap pelaksanaan program AGRO Komuniti ini dapat berkembang ke daerah dan lokasi yang lain agar golongan B40 ini mendapat manfaat dan peluang pekerjaan dan berdikari sebagai usahawan yang berjaya,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Robert Stidi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa, Jannie Lasimbang, Pengarah Kumpulan Syarikat Aqina Dato Abdul Aziz Bakar, Ketua Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa, Jamilah Lee.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/feed/ 0 29419
LPKP Terima Sumbangan Bakul Makanan Dari 5 Buah Syarikat Swasta https://sabahmedia.com/2021/09/07/lpkp-terima-sumbangan-bakul-makanan-dari-5-buah-syarikat-swasta/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/lpkp-terima-sumbangan-bakul-makanan-dari-5-buah-syarikat-swasta/#respond Tue, 07 Sep 2021 08:53:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5977
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah menerima sejumlah 300 bungkus beras dan 1500 bungkus mee segera hasil sumbangan lima buah syarikat swasta di sekitar daerah Sandakan hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan pagi tadi.

Menurut Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung, sumbangan yang diterima itu akan disampaikan kepada pemandu bas mini daerah Sandakan menerusi Program Penyampaian Bakul Makanan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Bagi pihak LPKP Sabah saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan syarikat terbabit iaitu Gordon Anchi Bersaudara, Kontraktor Berjaya, Budaya Potensi Transport Sdn Bhd, Kontraktor Tanah Hartamas serta Man Seng Enterprise.”

“Adalah diharapkan agar lebih banyak syarikat swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita,” katanya.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Norsiah Patah, Ketua Penolong Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian serta Penolong Pengarah Kanan LPKP Sabah, Noraziah Aslan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/lpkp-terima-sumbangan-bakul-makanan-dari-5-buah-syarikat-swasta/feed/ 0 5977