syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Sep 2021 12:04:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KATC mahu jadi Syarikat Teknologi Aeroangkasa menjelang 2026 https://sabahmedia.com/2021/09/25/katc-mahu-jadi-syarikat-teknologi-aeroangkasa-menjelang-2026/ https://sabahmedia.com/2021/09/25/katc-mahu-jadi-syarikat-teknologi-aeroangkasa-menjelang-2026/#respond Sat, 25 Sep 2021 12:02:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6849
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP (KATC) mahu menjadi sebuah Syarikat Teknologi Aeroangkasa yang diterajui sendiri rakyat Sabah menjelang 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif KATC, Aminuddin Zakaria, berkata beliau berharap kerjasama dengan rakan yang sesuai bakal membuka jalan kepada pusat yang dimiliki sepenuhnya oleh KKIP Sdn Bhd itu untuk memacu inisiatif berkenaan.

“Kerjasama dengan SMTRACK, Borneo Jet & Cargo, dan Borneo Drone akan menyediakan pengetahuan dan pendedahan kepada rakyat Sabah untuk menjadi pakar dan akhirnya memperkasa mereka untuk mengambil alih peranan kepemimpinan dan berjaya mengurus organisasi pada masa depan.

“Ini membuka peluang pekerjaan pada masa depan kepada rakyat Sabah sekali gus memberi kesan kepada masa depan ekonomi Sabah.

“KATC juga menyimpan keinginan untuk menjadi Design Organisation Approval dan mewujudkan lebih banyak fasiliti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Sabah, khususnya dalam bidang pembaikan komposit.

“Selain itu, kita mahu membekalkan juruteknik mahir bagi menyokong pembuatan alat ganti pesawat dan ekosistem MRO (Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih) di Sabah yang kemudian akan membantu ekonomi Sabah dan menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat,” katanya.

Pada Jumaat, KATC menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SMTRACK Berhad, Borneo Jet & Cargo Sdn Bhd, dan Borneo Drone Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Joachim Gunsalam, dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Zainudin Aman, menyaksikan upacara menandatangani MoU itu di KATC, Sepanggar, dekat sini.

Aminuddin berkata, SMTRACK Berhad akan bekerjasama dalam bidang latihan, latihan dalam pekerjaan dan sangkutan pelajar, perantisan, penyediaan tenaga kerja mahir dan penempatan pekerjaan masa depan.

Katanya, penubuhan syarikat penerbangan baharu Borneo Jet & Cargo (dengan rakan kerjasama Helistar Resources Sdn Bhd) dan pengangkutan Borneo Drone di Sabah pula akan menyokong cita-cita KATC untuk menjadi Syarikat Teknologi Aeroangkasa pada 2026.

“Semangat Sabah untuk Sabahan akan menjadi tumpuan dalam pelan perniagaan jangka panjang KATC untuk melengkapkan rakyat Sabah bagi mengambil alih ‘baton’,” katanya.

Beliau menambah, KATC akan menggerakkan kepakaran mereka untuk menyediakan latihan teknikal dan konsultasi bagi membantu dan terlibat secara langsung dalam pelancaran operasi Borneo Jet dan Borneo Drone atau teksi udara di Sabah.

Sebagai pulangan, katanya KATC juga boleh memanfaat dan mendapatkan pengetahuan serta kemahiran dalam operasi syarikat penerbangan penumpang serta pengangkutan kargo dan logistik, sokongan pengendalian lapangan dan teknologi dron.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/25/katc-mahu-jadi-syarikat-teknologi-aeroangkasa-menjelang-2026/feed/ 0 6849
Syarikat & Industri Di Sabah Dibenarkan Membeli Vaksin Secara Terus https://sabahmedia.com/2021/07/30/syarikat-industri-di-sabah-dibenarkan-membeli-vaksin-secara-terus/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/syarikat-industri-di-sabah-dibenarkan-membeli-vaksin-secara-terus/#respond Fri, 30 Jul 2021 13:08:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3816
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan dan memberi kebenaran kepada semua syarikat dan industri di Sabah untuk membeli bekalan vaksin secara terus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembelian vaksin itu membabitkan tiga jenis vaksin yang sedang digunakan kini disemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

“Antara vaksin itu adalah vaksin jenis Pfizer; Sinovac dan Astrazeneca.  Syarikat dan industri terlibat akan menjalankan program imunisasi kepada pekerja di premis mereka yang dijadikan PPV Sementara.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan membantu menguruskan klinik swasta untuk melaksanakan program imunisasi di premis atau ladang masing-masing,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Sabah melepasi empat angka kes positif COVID-19 di Sabah iaitu sebanyak 1,066 kes iaitu mencatat peningkatan sebanyak 290 kes berbanding 776 kes yang dicatatkan semalam.

Katanya, jumlah itu merupakan angka tertinggi yang direkodkan tahun ini di Sabah.

“Sarıngan kontak rapat masih lagi merupakan penyumbang paling tinggi iaitu sebanyak 640 kes atau 60.04 peratus daripada kumulatif kes COVID-19 hari ini di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak rapat paling tinggi iaitu 125 kes.

“Saringan bergejala pula mencatatkan sejumlah 157 kes atau 14.73 peratus daripada kumulatif harian negeri Sabah dan saringan kluster merekodkan 157 kes atau 14.73 peratus, manakala sarıngan bersasar merekodkan 51 kes atau 4.78 peratus,” katanya.

Menurutnya, Sabah turut merekodkan dua kluster baharu dengan jumlah sebanyak 16 kes iaitu Kluster Batu 2, Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau, Ranau.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah turut merekodkan sebanyak enam kes kematian akibat jangkitan COVID-19 membabitkan tiga di daerah Beaufort dan masing-masing satu di Sandakan; Kudat dan Penampang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/syarikat-industri-di-sabah-dibenarkan-membeli-vaksin-secara-terus/feed/ 0 3816