SYBIL UMS SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 22 Feb 2024 13:00:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SYBIL UMS SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SYBIL, UMS hasrat jalin kerjasama teroka peluang bangunkan industri baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/22/sybil-ums-hasrat-jalin-kerjasama-teroka-peluang-bangunkan-industri-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/22/sybil-ums-hasrat-jalin-kerjasama-teroka-peluang-bangunkan-industri-baharu-di-sabah/#respond Thu, 22 Feb 2024 12:44:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49929
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Rangkaian Pemimpin Muda Perniagaan dan Industri Sabah (SYBIL) dan Institut Penyelidikan Bioteknologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat untuk menjalin kerjasama dalam meneroka peluang bagi membangunkan industri baharu di negeri ini.

Presiden SYBIL AR James Wong Kein Peng berkata, ia termasuklah dalam meneroka bidang menarik serta membantu meningkatkan ekonomi Sabah dengan lebih efisien.

“Walaupun UMS mungkin telah menjalankan penyelidikan dalam pelbagai sektor yang berpotensi besar untuk pembangunan Sabah, namun mungkin terdapat sedikit kekurangan rakan kongsi atau usahawan yang boleh mengangkat hasil penyelidikan.

“Justeru kita di SYBIL mahu dan berhasrat untuk membawa hasil penyelidikan yang bertujuan bagi mewujudkan kerjasama, perkongsian dan hubungan kerja dengan UMS bagi Bersama-sama membangunkan peluang perniagaan baharu untuk diceburi dan dipertingkatkan oleh pemilik perniagaan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan kunjungan ke Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS di sini hari ini.

James berkata, persatuannya berhasrat untuk membangunkan sektor selaras dengan agenda pembangunan ekonomi Kerajaan dan mewujudkan lebih banyak peluang dalam pelbagai bidang.

“Antaranya ialah membangunkan produk keselamatan makanan atau ‘Food Security’ selain meningkatkan hasil produk-produk berkaitan seperti produk makanan, ayam, telur dan pelbagai lagi.

“Selain itu, kita juga berhasrat untuk membangunkan dan mengkormesialkan sumber hiliran produk mentah Sabah yang sedia ada selain pembuatan dan perindustrian untuk dieksport,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/22/sybil-ums-hasrat-jalin-kerjasama-teroka-peluang-bangunkan-industri-baharu-di-sabah/feed/ 0 49929