Syukur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Apr 2026 05:22:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Syukur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Inisiatif SYUKUR ringankan beban, perkasa ekonomi isi rumah – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/04/27/dun-sabah-inisiatif-syukur-ringankan-beban-perkasa-ekonomi-isi-rumah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/04/27/dun-sabah-inisiatif-syukur-ringankan-beban-perkasa-ekonomi-isi-rumah-hajiji/#respond Mon, 27 Apr 2026 05:22:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95632
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kewangan termasuklah program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang dilaksanakan secara berterusan dan bersasar.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan bulanan yang disediakan semalam setahun kepada 100,000 orang penerima itu dijangka meningkat kepada 140,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM339.16 juta.

“Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan program bantuan di peringkat Persekutuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Selain bantuan langsung, usaha menangani kos sara hidup turut diperkasa di peringkat isi rumah. Kerajaan Negeri giat menggalakkan amalan pertanian kendiri melalui program Kebun Dapur bagi membolehkan isi rumah menghasilkan bekalan makanan sendiri.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan harian, malah dapat meningkatkan daya tahan isi rumah terhadap sebarang kejutan harga mahupun gangguan bekalan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan- Senallang) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Isnin.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga menggalakkan penggunaan produk keluaran tempatan yang bukan sahaja lebih berpatutan, malah mempunyai kualiti yang setanding dengan produk import.

Beliau berkata, langkah itu dapat mengurangkan impak kenaikan harga barangan, sekali gus merangsang permintaan domestik serta menyokong pertumbuhan industri tempatan.

“Bagi mengurangkan beban kos utiliti, beberapa inisiatif telah dilaksanakan, antaranya Program Rebat Bil Elektrik RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan eKasih.

“Selain itu, pemberian diskaun 10 peratus ke atas bil elektrik Rumah Kebajikan, Rumah Ibadah dan Institusi Pendidikan Kerajaan dan Separa Kerajaan turut dilaksanakan,” katanya.

Selain itu, Hajiji berkata, diskaun 10 peratus turut diberikan kepada sektor pertanian, akuakultur dan perikanan sebagai langkah menyokong keterjaminan makanan dan kestabilan rantaian bekalan.

“Pada masa yang sama, pelaksanaan Off-Peak Tariff Rider (OPTR) iaitu diskaun 20 peratus bagi penggunaan waktu bukan puncak diteruskan kepada pengguna komersial dan industri voltan rendah untuk mengurangkan beban peniaga kecil-kecilan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/27/dun-sabah-inisiatif-syukur-ringankan-beban-perkasa-ekonomi-isi-rumah-hajiji/feed/ 0 95632
Sabah Makin Sejahtera: Bukti Usaha Membasmi Kemiskinan Berhasil https://sabahmedia.com/2025/04/28/sabah-makin-sejahtera-bukti-usaha-membasmi-kemiskinan-berhasil/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/sabah-makin-sejahtera-bukti-usaha-membasmi-kemiskinan-berhasil/#respond Mon, 28 Apr 2025 03:22:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72787
Read Time:2 Minute, 54 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Kesejahteraan rakyat Sabah terus memperlihatkan perkembangan membanggakan.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pertengahan April lalu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkongsi berita baik — jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar di Sabah mencatat penurunan ketara berdasarkan data e-Kasih.

Dalam tempoh hanya setahun, dari 29 Februari 2024 hingga 28 Februari 2025, bilangan KIR Miskin Tegar di negeri ini berjaya dikurangkan sebanyak 89.9%, daripada 14,553 kepada hanya 1,464.

Untuk rekod, kategori Miskin Tegar merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan iaitu RM1,218 sebulan — tahap di mana keperluan asas makanan pun tidak mampu ditampung.

Agenda Lima Teras

Menelusuri kejayaan ini, kerajaan negeri berpegang pada lima teras utama dalam membasmi kemiskinan — menyediakan bantuan perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan, bantuan kebajikan dan kewangan, serta latihan keusahawanan.

Malah, sejak Februari 2025, satu lagi inisiatif baharu, Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur), dilancarkan melibatkan 72,060 KIR miskin dan miskin tegar, dengan dana RM358.5 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Sabah 2025.

Setiap keluarga yang layak menerima bantuan RM300 sebulan selama setahun bagi meringankan beban kos sara hidup.

Melakar Sejarah Baharu

Sabah selama ini bergelut dengan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2022 menunjukkan insiden kemiskinan tegar di Sabah enam kali ganda lebih tinggi berbanding purata nasional — satu realiti legasi yang diwarisi turun-temurun.

Kini, pengurangan drastik ini mencerminkan perancangan rapi dan iltizam tinggi kerajaan negeri.

Dalam Belanjawan Sabah 2025, RM488.5 juta lagi diperuntukkan untuk memperkasakan program pembasmian kemiskinan, antaranya:

  • RM250 juta bagi membina 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.
  • Bantuan one-off RM5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan.

Menambah kejayaan ini, kerajaan negeri turut meluluskan Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar 2025–2030 (RAER), dijangka menjana RM2–3 bilion nilai ekonomi serta melibatkan 100,000 isi rumah luar bandar.

Jangan Leka

Namun begitu, agenda ini tidak boleh dihentikan separuh jalan. Kadar kemiskinan bersifat dinamik — boleh berubah mendadak akibat kehilangan pekerjaan, kenaikan bilangan ahli keluarga atau faktor-faktor ekonomi lain.

Sebagai peringatan, sehingga akhir Mac 2025, Sabah merekodkan penerima tertinggi dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 — 497,815 penerima dengan nilai bantuan RM492.64 juta.

Di bawah SARA 2025, penerima menerima RM50–RM200 sebulan selama 9 hingga 12 bulan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, ubat-ubatan dan bahan persekolahan.

Bermula April 2025, Perdana Menteri mengumumkan perluasan program SARA sehingga melibatkan 5.4 juta penerima — lonjakan besar berbanding 700,000 sebelum ini.

Keluar Dari Lingkaran Kemiskinan

Namun, usaha membasmi kemiskinan bukan sekadar untuk melepaskan rakyat dari belenggu kemiskinan tegar. Sasaran sebenar ialah untuk mengangkat martabat hidup mereka — supaya menikmati kehidupan wajar dan selesa.

Menurut laporan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2023 (DOSM), isi rumah di Sabah memerlukan sekurang-kurangnya RM4,414 sebulan untuk menjalani kehidupan asas yang sejahtera.

Menariknya, daerah Lahad Datu mencatatkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) kelima tertinggi di Malaysia — RM5,608 sebulan, malah lebih tinggi daripada purata nasional RM4,729.

Sementara itu, Kinabatangan merekodkan PAKW makanan tertinggi di Malaysia iaitu RM2,040 sebulan.

Sebaliknya, median upah bulanan pekerja di Sabah hanya RM1,882 pada suku ketiga 2024 — ketiga terendah di Malaysia, dan jauh daripada mencukupi untuk kehidupan wajar.

Ini memperlihatkan cabaran sebenar: meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan, bukan sekadar melalui bantuan kewangan jangka pendek.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera

Sabah kini berada di landasan betul untuk memerdekakan rakyatnya dari kemiskinan. Namun perjalanan ini menuntut keazaman berterusan agar semua lapisan masyarakat mampu menikmati kehidupan bermaruah dan sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/sabah-makin-sejahtera-bukti-usaha-membasmi-kemiskinan-berhasil/feed/ 0 72787
Proses pembayaran bantuan SYUKUR 2025 sedang berjalan, penerima diminta bersabar https://sabahmedia.com/2025/03/03/proses-pembayaran-bantuan-syukur-2025-sedang-berjalan-penerima-diminta-bersabar/ https://sabahmedia.com/2025/03/03/proses-pembayaran-bantuan-syukur-2025-sedang-berjalan-penerima-diminta-bersabar/#respond Mon, 03 Mar 2025 08:14:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69734
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Awang Kadin Tang, mengesahkan bahawa pembayaran bagi penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) sedang dalam proses dan akan diteruskan secara berperingkat.

Menurutnya, seramai 55,000 penerima yang mempunyai akaun bank telah pun mula menerima bantuan berjumlah RM300 sejak pertengahan bulan Februari hingga Mac tahun ini, manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima bantuan mereka melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing.

“Bagi penerima yang telah berdaftar dalam sistem eKasih, mereka tidak perlu risau kerana bantuan ini akan tetap disalurkan kepada mereka. Namun, bagi mereka yang baru mendaftar, proses akan dilakukan secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Jelajah Iftar KTC & UPPM di sini, hari imi.

Tambahnya, seramai 87,000 individu telah berdaftar dalam eKasih, dan mereka yang tersenarai dalam sistem itu akan menerima bantuan seperti yang dijanjikan. Manakala, kira-kira 30,000 lagi penerima yang belum mempunyai akaun sedang dalam proses penyelarasan.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank mungkin akan menerima bantuan melalui mekanisme lain, seperti penggunaan kad pengenalan untuk membuat pembelian di pasar raya yang dilantik,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Kadin memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan maklumat terkini daripada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) sebelum memberikan arahan lanjut kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) bagi menerangkan proses agihan bantuan kepada rakyat.

Beliau turut menasihatkan penerima agar tidak bimbang, terutama mereka yang telah berdaftar dalam sistem eKasih, kerana bantuan SYUKUR akan tetap diberikan seperti yang dirancang.

“Yang sudah berdaftar dan memenuhi syarat, jangan risau. bantuan pasti akan diterima,” katanya.

Bantuan SYUKUR 2025 telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada 19 Februari di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Tuaran.

Program ini memberi manfaat kepada 100,000 penerima di Sabah, khususnya Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024. Setiap penerima layak menerima bantuan tunai RM300 sebulan sehingga akhir tahun.

Pembayaran dibuat secara berfasa dengan jumlah RM900 setiap tiga bulan. Fasa pertama diagihkan mulai Februari, diikuti fasa kedua pada April, fasa ketiga pada September, dan fasa keempat pada Oktober 2025.

SYUKUR bertujuan meringankan beban kewangan penerima, menyokong kehidupan lebih selesa, mengurangkan kadar kemiskinan, serta menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/03/proses-pembayaran-bantuan-syukur-2025-sedang-berjalan-penerima-diminta-bersabar/feed/ 0 69734
Program outreach pembukaan akaun bantuan SYUKUR diperluas pastikan tiada penerima tercicir https://sabahmedia.com/2025/02/27/outreach-pembukaan-akaun-bantuan-syukur-diperluas-pastikan-tiada-penerima-tercicir/ https://sabahmedia.com/2025/02/27/outreach-pembukaan-akaun-bantuan-syukur-diperluas-pastikan-tiada-penerima-tercicir/#respond Thu, 27 Feb 2025 06:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69484
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Program outreach bagi pembukaan akaun Bantuan SYUKUR terus diperluas bagi memastikan setiap penerima yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bermula tahun 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata program ini dilaksanakan bagi mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada penerima, terutama mereka yang masih belum mempunyai akaun bank atau butiran akaun mereka tidak lengkap dalam sistem Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kami mahu memastikan semua penerima Bantuan Syukur menerima bantuan mereka tepat pada masanya, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan ini. Program outreach ini membantu mereka yang masih belum mempunyai akaun untuk membuka akaun dan mengemas kini maklumat dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Sara Hidup Dan Pembukaan Akaun Bank Penerima Sumbangan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, di sini pada Khamis (27 Feb).

Armzan berkata, bagi fasa pertama bantuan (Januari – Mac 2025), sejumlah 72,039 isi rumah di seluruh Sabah telah menerima bantuan, termasuk 1,544 isi rumah di Parlimen Papar.

“Namun, masih terdapat 19,839 penerima di Sabah dan 433 di Papar yang belum mempunyai akaun atau butiran akaun mereka tidak lengkap dalam sistem SMJ,” katanya.

Menurut Armizan lagi, Sekretariat SMJ memberi jaminan bahawa bantuan sebanyak RM900 bagi tiga bulan akan dikreditkan ke akaun penerima dalam tempoh tujuh hari selepas maklumat akaun dimasukkan.

“Kami menyeru semua pihak termasuk wakil rakyat dan agensi berkaitan untuk membantu menyebarluaskan maklumat ini. Usaha ini bukan sahaja memastikan tiada penerima yang tercicir, tetapi juga sebahagian daripada langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/27/outreach-pembukaan-akaun-bantuan-syukur-diperluas-pastikan-tiada-penerima-tercicir/feed/ 0 69484
Satu lagi program bantu rakyat diperkenalkan tahun ini https://sabahmedia.com/2025/02/19/satu-lagi-program-bantu-rakyat-diperkenalkan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/02/19/satu-lagi-program-bantu-rakyat-diperkenalkan-tahun-ini/#respond Wed, 19 Feb 2025 07:00:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69003
Read Time:2 Minute, 46 Second

Tuaran: Satu lagi program baharu bagi membantu meringankan beban rakyat di negeri ini akan dilaksanakan pada tahun ini yang merupakan tambahan kepada beberapa program yang sudah dilaksanakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang dilancarkan hari ini.

Katanya, Kerajaan Sabah yang sentiasa prihatin dan peduli rakyat perlu memikirkan sesuatu untuk membantu rakyat di negeri ini terutama dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.

“Program ini dijangka akan diumumkan pada tahun ini sekiranya semua perancangan berjalan lancar dan teratur selain mengikut kemampuan kewangan negeri.

“Saya dan rakan-rakan dalam Kabinet negeri sentiasa memikirkan usaha dan inisiatif yang boleh membantu rakyat terutama mereka yang miskin dan miskin tegar. Apabila semua perbincangan sudah selesai, kita akan umum kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran SYUKUR 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, program SYUKUR adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan memastikan kesejahteraan kehidupan mereka terjaga.

Katanta,  program itu turut menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember depan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM358.5 juta dan akan memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima.

“Bermula pada bulan Februari ini, seramai 72,058 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024 telah menerima manfaat ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 52,201 penerima telah menerima bayaran terus ke akaun bank bermula 17 Februari lalu manakala 19,857 lagi penerima yang tidak mempunyai akaun di bayar secara berperingkat sama ada menerusi bantuan secara tunai atau pembukaan akaun khas bagi memudahkan pembayaran fasa pertama dibuat sehingga bulan Mac ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan melaksanakan Fasa Kedua program ini pada Mei 2025, yang akan memperluaskan lagi manfaat kepada lebih ramai penerima, termasuk mereka yang berada dalam senarai eKasih serta golongan miskin dan miskin tegar yang tercicir daripada senarai sebelum ini.

Sehubungan itu, Hajiji berharap dengan pelaksanaan program ini, kehidupan mereka yang terjejas dapat dipertingkatkan serta mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.

“Saya mahu usaha berterusan dilaksanakan di lapangan dalam memastikan mereka yang tercicir dan layak mendapatkan bantuan ini tapi tidak berdaftar dalam Pangkalan Data Negeri Sabah atau PADANS boleh mengemukakan aduan kepada Ketua Kampung atau Pegawai MySMJ Profiler yang telah ditempatkan di semua pejabat daerah di negeri ini.

“Saya berharap agar SYUKUR akan menjadi sebuah inisiatif yang menjadi satu gerakan berterusan yang membawa impak positif kepada masyarakat selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sementara itu, amaun pembayaran SYUKUR akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa adalah di bayar secara ‘lump-sum’ bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM900 akan dikreditkan ke akaun kepada mereka yang mempunyai akaun dan kepada penerima bantuan secara tunai.

Bagi pembayaran fasa pertama (Januari sehingga Mac 2025) diagihkan bermula Februari, manakala fasa kedua (April sehingga Jun 2025), diagihkan bermula April; fasa ketiga (Julai sehingga September 2025) diagihkan bermula September 2025 dan fasa keempat (Oktober sehingga Disember 2025) diagihkan pada Oktober 2025.

Bagi tujuan semakan penerima dan pembayaran boleh dilakukan melalui Laman web Sistem PADANS https://padans.sabah.gov.my/; Laman web http://sukur.sabah.gov.my/; YONO Superapp; dan Notifikasi pembayaran (SMS).

Semakan penerima SYUKUR boleh mula di akses pada hari ini, 19 Februari 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/19/satu-lagi-program-bantu-rakyat-diperkenalkan-tahun-ini/feed/ 0 69003