Tabs tigers sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Sep 2023 04:37:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tabs tigers sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Liga Suparimau B16: TABS Tigers benam Jubilo FC https://sabahmedia.com/2023/09/10/liga-suparimau-b16-tabs-tigers-benam-jubilo-fc/ https://sabahmedia.com/2023/09/10/liga-suparimau-b16-tabs-tigers-benam-jubilo-fc/#respond Sun, 10 Sep 2023 04:37:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41575
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Tigers Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya berjaya membenam Jubilo FC 2-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Suparimau B16 Siri C di padang sintetik di sini pagi tadi.

Pasukan akademi bola sepak dari Kota Belud itu dikejutkan dengan jaringan pendahulu TABS Tigers seawal minit kedua menerusi Mohd Rayen Ahmad hasil hantaran lintang rakannya dari sudut sebelah kanan.

Jubilo FC bagaimanapun terus memberi cabaran kepada pasukan lawan dengan memberi asakan di segenap sudut merancakkan saingan kedua-dua pasukan.

Walaupun menyedari tekanan berterusan, TABS Tigers sentiasa memberi tentangan kuat kepada lawan sebelum Muhammad Firdaus Yuseri menambah gol kedua hasil rembatan menerjah ke jaring pada separuh masa pertama.

Jaringan kedua itu menambah keyakinan pemain-pemain TABS Tigers sehingga wisel dibunyikan pada babak separuh masa pertama.

Saingan di separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk memburu jaringan.

Namun situasi itu tidak mampu mengubah kedudukan di mana tiada jaringan berjaya dilakukan sehingga tamat permainan babak separuh masa kedua.

Perlawanan pembukaan itu menjadi tumpuan dengan pasukan pelawat mempunyai misi untuk memberi cabaran kepada pasukan lawan mereka pada saingan awal liga. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/09/10/liga-suparimau-b16-tabs-tigers-benam-jubilo-fc/feed/ 0 41575