Tabung Haji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Aug 2024 06:37:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tabung Haji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TH serah RM2.082 juta zakat perniagaan kepada MUIS https://sabahmedia.com/2024/08/20/th-serah-rm2-082-juta-zakat-perniagaan-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2024/08/20/th-serah-rm2-082-juta-zakat-perniagaan-kepada-muis/#respond Tue, 20 Aug 2024 06:37:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59382
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,082,343.25 bagi tahun 2023 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, berbanding tahun lalu, jumlah itu meningkat 5.25 peratus ekoran kesedaran menunaikan zakat yang kini semakin meluas dalam kalangan umat Islam.

“Terdapat peningkatan jumlah zakat berbanding tahun 2022, di mana RM1.978 juta pada tahun 2022 manakala kutipan zakat RM2.098 juta.

“Ini disebabkan usaha-usaha untuk mengajak individu dan golongan korporat untuk menunaikan kewajipan zakat ini berjalan dengan rancak.

“Jadi, saya ingat itu kesedaran yang diwujudkan, ini merupakan faktor utama menyebabkan lebih ramai golongan individu dan golongan korporat di Sabah utk melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, program-program TH yang menyantuni golongan asnaf di lapangan juga memberi keyakinan kepada khalayak terhadap aspek agihan zakat.

“Selain daripada itu, saya ingat usaha-usaha yang dibuat di peringkat lapangan sama ada di peringkat pusat mahupun TH di Sabah ini untuk bertemu dan menyantuni golongan asnaf di lapangan menimbulkan keyakinan kepada umat Islam dan korporat untuk menyumbang.

“Mereka sedar bahawa sumbang zakat itu akan turun dan akan sampai kepada rakyat dan ini hasil kerjasama yang erat TH dengan juga pihak pengurusan zakat khususnya di MUIS,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH kepada MUIS.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Beliau diiringi Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, TH, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Sabah, Yusdi Nasip serta Ketua Pemasaran Negeri Sabah, TH, Mohd Readzuan Ramlan.

Sementara itu, MUIS dalam kenyataannya memaklumkan, setakat Ogos 2024, pihaknya telah mengagihkan zakat sebanyak RM90,282,537.85 mengatasi jumlah pungutan iaitu RM77,444,017.03.

Agihan setakat lapan bulan tahun ini merangkumi agihan kepada golongan fakir (32.21%), diikuti miskin (14.18%), Fisabilillah (19.91%), Al-Riqab (14.81%), amil (9.29%), mualaf (3.16%), Ibnu Sabil (0.96%) dan Gharimin (0.49%).

Hadir sama ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Timbalannya, Datuk Malai Ali Malai Ahmad serta rombongan MUIS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/20/th-serah-rm2-082-juta-zakat-perniagaan-kepada-muis/feed/ 0 59382
Tabung Haji Negeri Sabah anjur program hargai sumbangan pengamal media https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/ https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/#respond Sat, 18 Nov 2023 08:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45369
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Lebih 50 orang pengamal media Sabah hadir memeriahkan perlawanan Boling Persahabatan Media 2023 anjuran Tabung Haji Negeri Sabah di Marina Golf Club di sini, hari ini.

Program ini adalah bertujuan menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu membuat liputan mengenai peranan Tabung Haji di negeri ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji, Ahmad Shahriman Johari, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said, Yang Di Pertua pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad , Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, Yusdi Nasip dan President Persatuan Tadika Islamic Swasta Sabah (PERTIS), Farizah Jimy.

Pada program sama, turut disampaikan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih.

Antaranya RTM Sabah menerima sumbangan berjumlah RM38,000 bagi menjayakan Program Jejak Masyarakat Keningau FM, PERTIS RM40,000 bagi menjayakan Program Pertis Bersama Asnaf manakala USIA menerima sebanyak RM85,600 untuk menjayakan Program Sentuhan Kasih.

Jumlah keseluruhan bantuan CSR diberikan kepada agensi dan NGO Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak RM164,400.

Seterusnya majlis makan tengah hari bersama media dan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perlawanan boling persahabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/feed/ 0 45369