Tabung Haji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 09 Sep 2026 06:20:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tabung Haji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Abdul Azeez mengaku tidak bersalah guna kedudukan berkaitan pelaburan TH RM193.5 juta https://sabahmedia.com/2026/09/09/abdul-azeez-mengaku-tidak-bersalah-guna-kedudukan-berkaitan-pelaburan-th-rm193-5-juta/ https://sabahmedia.com/2026/09/09/abdul-azeez-mengaku-tidak-bersalah-guna-kedudukan-berkaitan-pelaburan-th-rm193-5-juta/#respond Wed, 09 Sep 2026 05:35:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103092
Read Time:2 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR :  Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Seksyen Jenayah di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berkaitan cadangan pelaburan sehingga RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad pada 2014.

Abdul Azeez, 60, yang dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna ungu Polis mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Abdul Azeez yang ketika itu merupakan pegawai badan awam selaku Pengerusi TH didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berupa jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan remunerasi RM690,000 setahun serta kemudahan sebuah kereta BMW 7 Series berserta seorang pemandu tetap.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada 25 Ogos 2014 di Bilik Mesyuarat Lembaga, Tingkat 38, Bangunan Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak di sini.

Abdul Azeez didakwa mengambil tindakan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif TH ketika itu, Tan Sri Ismee Ismail supaya mencadangkan dirinya sebagai wakil TH dalam Putrajaya Perdana Berhad.

Beliau juga didakwa meyakinkan ahli-ahli Lembaga TH ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah TH Bil. 4/2014 (309) supaya bersetuju meluluskan cadangan untuk melabur sehingga RM193.5 juta, bersamaan sehingga 30 peratus modal saham terbitan sedia ada Putrajaya Perdana Berhad.

Menurut pertuduhan, Abdul Azeez mempunyai kepentingan dalam perkara berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan sekiranya suapan itu boleh dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dato Akram Gharim, Law Chi How, dan atirah Ahmad Azhar manakala Abdul Azeez diwakili peguam Datuk Amer Hamzah, Datuk Abu Bakar Isa Ahmad, Ashvat, Joshua Tay dan Tan Soo yin.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM1 Juta dengan 2 orang penjamin tempatan dan bukan ahli keluarga selain syarat tambahan pasport Abdul Azeez diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Amer membantah jumlah berkenaan dan memohon jumlah itu dikurangkan dan Mahkamah kemudiannya membenarkan Abdul Azeez diikat jamin RM450,000 dengan 2 penjamin selain menetapkan syarat tambahan termasuk melaporkan diri ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap 3 bulan.

Sebelum itu, mahkamah turut membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Abdul Azeez selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berasingan.

Abdul Azeez tiba di mahkamah pagi ini bagi menjalani prosiding reman susulan penahanannya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman petang semalam, sebelum beliau menghadapi pertuduhan rasuah berkenaan.

Peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Ramat sebelum ini berkata Abdul Azeez ditahan JSJK Bukit Aman sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Penahanan oleh JSJK itu merupakan perkembangan berasingan daripada siasatan SPRM berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Abdul Azeez sebelum ini pernah direman selama tujuh hari bermula 27 Ogos hingga 2 September lalu bagi membantu siasatan SPRM susulan dapatan RCI berkenaan.

Beliau ketika itu direman bersama seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan berkenaan.

Siasatan SPRM itu dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/09/abdul-azeez-mengaku-tidak-bersalah-guna-kedudukan-berkaitan-pelaburan-th-rm193-5-juta/feed/ 0 103092
Disiplin menabung kunci realisasi impian jemaah Haji Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/12/disiplin-menabung-kunci-realisasi-impian-jemaah-haji-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/12/disiplin-menabung-kunci-realisasi-impian-jemaah-haji-sabah/#respond Tue, 12 May 2026 08:17:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96543
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Amalan menabung secara konsisten dan berdisiplin di Tabung Haji (TH) sejak awal antara faktor utama yang membolehkan bakal jemaah haji Sabah terpilih sebagai ‘Tetamu Allah’ bagi musim haji tahun ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata, keberangkatan para jemaah pada tahun ini bukan sekadar satu perjalanan fizikal, malah merupakan satu anugerah besar yang mencerminkan kesungguhan serta ketekunan luar biasa dalam merancang masa depan kewangan.

“Amalan menabung secara konsisten bukan sahaja mencerminkan perancangan kewangan yang bijaksana, malah menjadi bukti dengan kesabaran, perancangan, dan usaha yang berterusan, seseorang itu mampu mencapai syarat kewajipan untuk menunaikan ibadah haji.

“Saya percaya ini juga mencerminkan kesungguhan, kesabaran dan ketekunan luar biasa oleh para bakal haji yang telah memulakan langkah menabung sejak sekian lama, dengan penuh disiplin dan istiqamah di Tabung Haji, demi mencapai impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Keupayaan mengurus kewangan secara teliti menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan perancangan jangka masa panjang mampu merealisasikan impian menunaikan rukun Islam kelima tersebut,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada Jemaah Haji Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Bagi musim kali ini, seramai 1,195 bakal haji dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terdiri daripada 142 jemaah dijadualkan berlepas ke Tanah Suci melalui inisiatif Makkah Route. 

Program tersebut merupakan kemudahan pra-pelepasan yang bertujuan mempercepatkan urusan imigresen, kastam dan kesihatan sekali gus memastikan keselesaan maksimum buat para jemaah setibanya di Arab Saudi.

Tun Musa turut menitipkan pesanan agar para jemaah sentiasa menjaga adab, mengekalkan disiplin serta memantau kesihatan sepanjang berada di bumi suci supaya ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna, selain mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Sabah serta Malaysia agar terus dilindungi dan diberkati.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun; serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/12/disiplin-menabung-kunci-realisasi-impian-jemaah-haji-sabah/feed/ 0 96543
TH pantau konflik Iran, keselamatan bakal jemaah haji diutamakan https://sabahmedia.com/2026/03/02/th-pantau-konflik-iran-keselamatan-bakal-jemaah-haji-diutamakan/ https://sabahmedia.com/2026/03/02/th-pantau-konflik-iran-keselamatan-bakal-jemaah-haji-diutamakan/#respond Mon, 02 Mar 2026 02:14:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92492
Read Time:47 Second

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memantau rapi perkembangan konflik semasa di Iran susulan gangguan terhadap ruang udara di kawasan Timur Tengah yang menyebabkan semua penerbangan pergi dan balik dari rantau berkenaan digantung buat masa ini.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, TH memaklumkan bahawa pihaknya sedang menilai situasi semasa dan akan membuat pemakluman lanjut dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan terkini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata tindakan seterusnya akan dibuat dengan mengambil kira nasihat daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Arab Saudi serta Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).

“Berkenaan dengan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah negara, tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra,” katanya.

TH turut menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada bakal jemaah dan orang ramai sebaik sahaja maklumat baharu diperoleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/02/th-pantau-konflik-iran-keselamatan-bakal-jemaah-haji-diutamakan/feed/ 0 92492
Demi pendidikan anak, simpanan haji ‘dikorbankan’, kini impian jejak kaki Tanah Suci tercapai https://sabahmedia.com/2025/05/20/demi-pendidikan-anak-simpanan-haji-dikorbankan-kini-impian-jejak-kaki-tanah-suci-tercapai/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/demi-pendidikan-anak-simpanan-haji-dikorbankan-kini-impian-jejak-kaki-tanah-suci-tercapai/#respond Tue, 20 May 2025 01:39:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74130
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Impian seorang nelayan untuk menunaikan haji menggunakan hasil pendapatan yang disimpan sejak berusia 18 tahun akhirnya membawa kegembiraan apabila dipanggil menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci pada tahun ini.

Bagi Ismail Tahil @ Taha, 62, berkata, beliau mula mendaftar haji pada tahun 2009 bersama isterinya Sunah Uting,57,mengakui gembira dan syukur apabila dipanggil untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Ismail berkata, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi khususnya dari segi kewangan apabila perlu mengeluarkan wang simpanan di Tabung Haji (TH) untuk keperluan persekolah anak-anak selain keperluan harian.

“Kadang-kadang kalau kita tiada kewangan terpaksa kita keluarkan RM100 hingga RM200, jadi apabila anak-anak sudah sekolah, pencarian bulanan merosot dan disitulah kita terpaksa mengeluarkan simpanan yang ada.

“Namun bila ada lagi pendapatan hasil nelayan ini, saya simpan lagi balik dan saya teruskan bekerja keras sebab perbelanjaan keluarga dengan pendapatan seorang nelayan agak besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum berlepas ke Tanah Suci menggunakan penerbangan khas KT62S di sini pada Isnin.

Ismail dan isterinya adalah antara 142 bakal jemaah haji yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah semalam.

Katanya yang berasal dari Kampung Kolapis Beluran berkata, beliau dan isterinya pernah membuat rayuan haji sebanyak tiga kali namun tidak berjaya.

“Jika ditanya mengenai perasaan saya, saya sangat gembira dan kalau boleh saya tidak mahu tinggal disini, saya mahu terus pergi disana.

“Saya sangat gembira, hati ini sudah menanti selama 16 tahun.  Tidak sabar untuk pergi sana kerana panggilan sudah ada,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/demi-pendidikan-anak-simpanan-haji-dikorbankan-kini-impian-jejak-kaki-tanah-suci-tercapai/feed/ 0 74130
TH perkenal tiga platform digital mudahkan jemaah https://sabahmedia.com/2025/04/27/th-perkenal-tiga-platform-digital-mudahkan-jemaah/ https://sabahmedia.com/2025/04/27/th-perkenal-tiga-platform-digital-mudahkan-jemaah/#respond Sun, 27 Apr 2025 05:12:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72765
Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan tiga platform digital baharu bagi membantu mendigitalisasikan operasi haji dan memudahkan urusan para jemaah di Tanah Suci.  

Pengurus Besar Bahagian Syariah TH, Imran Mohammad Khayat berkata, antara platform yang diperkenalkan ialah aplikasi THHujjaj yang membolehkan jemaah mengakses maklumat terkini sepanjang tempoh ibadat haji.

Selain itu, platform e-Bimbingan dibangunkan bagi memudahkan pembelajaran ibadat haji secara dalam talian manakala e-TAIB (Talian Ibadat Elektronik) membolehkan jemaah mengajukan soalan berkaitan hukum-hakam serta mendapatkan penjelasan secara langsung ketika berada di Makkah dan Madinah.

“Walaupun platform digital disediakan, TH tetap menempatkan Pembimbing Ibadat Haji terlatih di Tanah Suci bagi membantu para jemaah secara bersemuka,” katanya ketika berucap semasa Kursus Perdana Haji (Zon Pantai Barat) di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Imran berkata, Kursus Perdana Haji memberi penekanan kepada aspek praktikal manasik haji, sekali gus membantu bakal jemaah memahami dengan lebih mendalam perjalanan ibadat mereka.

“Jemaah dinasihatkan agar mengikuti program bimbingan yang disusun termasuk ceramah dan taklimat haji semasa di Tanah Suci,” katanya.

Tambah beliau, TH sentiasa komited menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah haji Malaysia sehingga perkhidmatannya diiktiraf bertaraf dunia dan menjadi contoh kepada negara Islam lain.

Dalam pada itu, Imran mengingatkan bakal jemaah supaya memahami konsep istito’ah (kemampuan) dari aspek kewangan, kesihatan, keselamatan dan kuota visa sebelum menunaikan ibadah tersebut.

Katanya, kos menunaikan haji tahun ini kekal sebanyak RM33,300 walaupun berdepan kenaikan inflasi, cukai nilai tambah (VAT) serta caj perkhidmatan dan pembangunan di Arab Saudi.

“TH turut menanggung kos penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, caj pihak ketiga di Tanah Suci dan kos tidak langsung termasuk penganjuran kursus haji di seluruh negara,” katanya.

Dalam masa sama, Imran juga menasihati bakal jemaah supaya membuat persiapan mental, fizikal dan rohani termasuk menjaga kesihatan dengan melakukan senaman serta membiasakan diri minum air secukupnya sebagai persediaan menghadapi musim panas semasa Hari Wukuf.

Kursus yang berlangsung selama dua hari itu disertai lebih 400 orang bakal haji dari Zon Pantai Barat Sabah dan dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif.

Hadir sama, Pembantu Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Ruslan Muharam; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Sabah, Datuk Norjeli Idris; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Jumain Abdul Ghani; Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar serta Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/27/th-perkenal-tiga-platform-digital-mudahkan-jemaah/feed/ 0 72765
Tabung Haji serah zakat lebih RM2 juta kepada MUIS https://sabahmedia.com/2025/04/16/tabung-haji-serah-zakat-lebih-rm2-juta-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/tabung-haji-serah-zakat-lebih-rm2-juta-kepada-muis/#respond Wed, 16 Apr 2025 03:56:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72053
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu:  Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah lebih RM2 juta bagi tahun kewangan 2024 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Majlis penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Mohd Na’im berkata, penyerahan zakat itu mencerminkan komitmen TH dalam menyantuni serta memastikan zakat korporat diagihkan secara berkesan kepada golongan yang berhak menerimanya.

“Zakat yang disalurkan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan asnaf melalui pengurusan agihan yang telus oleh pihak MUIS. 

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

“TH akan terus menyokong usaha ini bagi memperkasakan kebajikan masyarakat Islam, khususnya di Sabah,” katanya ketika ditemui di Istana Seri Kinabalu di sini, semalam.

Na’im berkata, kunjungan hormat berkenaan bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Musa bagi merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 11 Ogos depan.

Katanya, konvokesyen itu akan menjadi yang pertama diadakan di luar kampus IPDAS yang akan didahului dengan penganjuran Forum Perdana Hal Ehwal Islam pada malam sebelumnya. 

Mengulas mengenai persiapan bagi musim haji tahun ini, beliau berkata jemaah dari Sabah dijangka memulakan penerbangan ke Tanah Suci mulai 17 Mei ini.

“Malaysia telah menerima kuota rasmi jemaah haji sebanyak 31,600 orang, manakala permohonan bagi kuota tambahan masih dalam pertimbangan Kerajaan Arab Saudi.

“Setakat ini, lebih 85,000 rayuan telah diterima daripada rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji. Kita berharap agar kuota tambahan dapat diluluskan bagi memberi ruang kepada lebih ramai jemaah yang menunggu giliran,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said serta rombongan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/tabung-haji-serah-zakat-lebih-rm2-juta-kepada-muis/feed/ 0 72053
TH terus kekal perkhidmatan pengurusan haji terbaik https://sabahmedia.com/2024/07/17/th-terus-kekal-perkhidmatan-pengurusan-haji-terbaik/ https://sabahmedia.com/2024/07/17/th-terus-kekal-perkhidmatan-pengurusan-haji-terbaik/#respond Wed, 17 Jul 2024 05:05:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57652
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Rakyat khususnya umat Islam di negeri ini diseru untuk terus menyokong usaha Lembaga Tabung Haji (TH) dalam melaksanakan pengurusan haji dan simpanan kewangan di TH.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, TH terus mengekalkan perkhidmatan pengurusan haji terbaik selain turut mendapat pengiktirafan jemaah haji bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara.

“Syabas dan tahniah kepada TH khususnya di negeri Sabah kerana kita dapat lihat dan respon para jemaah haji kita, mereka sangat bersyukur atas pengurusan TH yang begitu cekap, dedikasi dan sentiasa membimbing mereka dalam mengerjakan haji di Tanah Suci.

“Ini adalah satu pengiktirafan jemaah haji kita bahawa TH telah pun mengekalkan perkhidmatan terbaik dan contoh kepada negara-negara lain di seluruh dunia bahawa pengurusan haji kita memang terbaik di peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan kumpulan jemaah haji terakhir dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pagi tadi.

Kumpulan jemaah seramai 101 orang melibatkan 43 jemaah lelaki dan 58 jemaah perempuan itu tiba di KKIA kira-kira jam 5.10 pagi tadi dengan menggunakan pesawat khas KT85S.

Hadir sama menyambut ketibaan Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak TH, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip merangkap Pengarah Operasi Stesen Berlepas Kota Kinabalu Musim Haji 1445H/2024M.

Ruslan berkata, golongan ibu bapa juga diseru untuk sama menggalakkan anak-anak diusia kecil bagi membuat tabungan di TH.

“Apabila anak-anak membuka akaun di TH pada usia muda, mereka akan berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji lebih awal kerana berdasarkan pengalaman jemaah haji perlu mempunyai tenaga dan stamina yang kuat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/17/th-terus-kekal-perkhidmatan-pengurusan-haji-terbaik/feed/ 0 57652
TH Sabah sedia kolaborasi dengan sekolah untuk capai aspirasi 100 peratus pendeposit https://sabahmedia.com/2024/06/21/th-sabah-sedia-kolaborasi-dengan-sekolah-untuk-capai-aspirasi-100-peratus-pendeposit/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/th-sabah-sedia-kolaborasi-dengan-sekolah-untuk-capai-aspirasi-100-peratus-pendeposit/#respond Fri, 21 Jun 2024 09:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56319
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Tabung Haji (TH) Sabah sedia berkolaborasi dengan pelbagai pihak khususnya pihak sekolah dalam memastikan sasaran bagi mencapai aspirasi 100 peratus individu Islam di negeri ini berdaftar sebagai pendeposit TH dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said berkata, sehingga kini jumlah pendeposit TH di negeri ini telah mencecah sehingga 31.2 peratus pada tahun ini daripada 1.7 populasi Islam di Sabah.

“Saya berterima kasih kepada Pusat Tingkatan Enam Maktab Sabah yang sedia untuk bekolaborasi dengan TH Sabah dan saya melihat potensi besar untuk menjadikan Maktab Sabah ini yang terdiri dari kakitangan,guru dan pelajar khususnya Tingkatan Enam sebagai pendeposit TH.

“Kita juga melihat pada hari ini dimana kita boleh mensasarkan 100 peratus semua mereka menjadi pendeposit TH sekaligus merealisasikan aspirasi 100 peratus pendeposit TH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perkongsian Haji dan Pendidikan, sejauh mana peranan kita di Pusat Tingkatan 6 Maktab Sabah di sini hari ini.

Nurlaila berkata, dengan sokongan dan dokongan yang diberikan Pusat Tingkatan 6 Maktab Sabah akan menjadi batu loncatan kepada sekolah-sekolah lain bagi mengadakan kolaborasi seumpama itu dengan TH Sabah.

“Pada tahun lalu kita berjaya mencapai dalam 113 peratus sasaran pendeposit baharu dan harapan kita ada tahun ini juga sama untuk mencapai lebih 100 peratus pada tahun ini.

“Dan saya yakin sangat impian kami dan sasaran itu akan direalisasi pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nurlaila berkata, pihaknya turut berharap agar sokongan dan dokongan ibu bapa dapat memainkan peranan dalam memastikan pelajar dibawah 12 tahun dapat turut sama menjadi pendeposit TH.

“Bagi kami, pendidikan merupakan satu aset dan atas dasar itu sasaran utama kami adalah golongan pendidik dan juga pelajar sekolah khususnya yang sudah mencapai usia 17 tahun.

“Manakala kami masih mengharapkan sokongan dan dokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa itu sendiri untuk memberi kesedaran kepada pelajar khususnya yang berusia bawah 12 tahun,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/th-sabah-sedia-kolaborasi-dengan-sekolah-untuk-capai-aspirasi-100-peratus-pendeposit/feed/ 0 56319
TH tanggung lebih RM350 juta bantu golongan B40,M40 https://sabahmedia.com/2024/05/05/th-tanggung-lebih-rm350-juta-bantu-golongan-b40m40/ https://sabahmedia.com/2024/05/05/th-tanggung-lebih-rm350-juta-bantu-golongan-b40m40/#respond Sun, 05 May 2024 08:50:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53965
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta pada tahun ini menerusi inisiatif Bantuan Kewangan Haji bersasar bagi membantu golongan B40 dan M40 khususnya bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

Ketua Perundangan dan Sekretarial Kumpulan Jabatan Perundangan dan Sekretarial TH Mohd Shuhaimi Ismail berkata, ia adalah bagi menanggung kos-kos langsung dan tidak langsung tunai haji.

Katanya, ia seperti kos penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pengangkutan serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di tanah suci.

“Kos haji terkesan dengan peningkatan setiap tahun atas faktor-faktor di luar kawalan TH seperti kadar inflasi, cukai nilai tambah (VAT), peningkatan caj perkhidmatan Arab Saudi, kos pasca COVID-19 serta pembangunan di Makkah dan Madinah.

“Namun, seperti tahun-tahun sebelum ini, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji (KPH) peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) Musim Haji 1445H/2024M di sini semalam.

Majlis perasmian dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama, Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Sabah Yusdi Nasip.

Mohd Shuhaimi berkata, kos yang ditanggung TH itu juga meliputi kos penganjuran kursus, ubat-ubatan, perkhidmatan kesihatan serta operasi haji tanah air di lapan stesen berlepas.

Meskipun kos meningkat katanya, semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH kekal komprehensif dan di tahap tinggi demi menjaga kebajikan, keselesaan serta keselamatan jemaah haji Malaysia.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaimi berkata, TH turut melancarkan tiga inisiatif digitalisasi operasi haji antaranya aplikasi  TH hujjaj yang akan memudahkan jemaah haji mendapat maklumat terkini sepanjang perjalanan haji mereka.

“Selain itu, e-Bimbingan dibangunkan sebagai platform pembelajaran ibadat haji secara atas talian yang dapat diakses oleh semua bakal haji tahun semasa.

“Begitu juga dengan e-TAIB, yang membolehkan jemaah haji mengajukan soalan bimbingan haji serta hukum hakam dan mendapat penjelasan secara atas talian daripada Pembimbing Ibadat Haji yang bertugas di Tanah Suci. Inisiatif digitalisasi ini adalah selaras dengan Pelan 3 tahun HIJRAH24 TH yang bermula sejak tahun 2022,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/05/th-tanggung-lebih-rm350-juta-bantu-golongan-b40m40/feed/ 0 53965
478 murid, guru Islam SK Paris 3 ambil inisiatif buka akaun TH https://sabahmedia.com/2023/08/25/478-murid-guru-islam-sk-paris-3-ambil-inisiatif-buka-akaun-th/ https://sabahmedia.com/2023/08/25/478-murid-guru-islam-sk-paris-3-ambil-inisiatif-buka-akaun-th/#respond Fri, 25 Aug 2023 06:28:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40675
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kinabatangan : Seramai 478 orang terdiri dari murid, guru dan kakitangan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Paris 3 di sini mengambil peluang untuk membuka akaun simpanan Tabung Haji (TH) bagi menunaikan fardu haji yang merupakan objektif utama pendeposit TH.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said berkata, meskipun sekolah itu jauh di pedalaman namun ia merupakan sekolah pertama di Sabah dengan 100 peratus murid dan guru-gurunya membuka akaun TH.

“Usaha ini sekaligus memberi galakan serta dorongan kepada para pelajar untuk menabung sedikit demi sedikit bermula pada usia muda supaya boleh digunakan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Aktiviti pembukaan akaun di sekolah tersebut telah dilakukan sejak 22 Jun lalu melalui kaunter bergerak TH serta secara dalam talian menerusi pautan dan aplikasi THiJARI  dengan simpanan permulaan serendah RM2 sahaja. 

“TH berharap inisiatif ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain agar dapat menerapkan minat menabung di usia muda,” katanya dalam kenyataan di sini.

Nurlaila berkata, disamping berusaha untuk menyempurnakan rukun Islam, kelebihan menyimpan wang di TH juga turut meyakinkan pelajar dan guru sekolah.

Katanya,  ini termasuklah simpanan yang patuh syariah, jaminan penuh Kerajaan dan zakat yang dilunaskan.

“Pada masa kini, seramai 523,584 atau 33.78 peratus umat Islam di Sabah telah membuka akaun TH dengan pendaftaran haji seramai 164,958 orang atau 31.51 peratus,” katanya. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/08/25/478-murid-guru-islam-sk-paris-3-ambil-inisiatif-buka-akaun-th/feed/ 0 40675