Tabung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Nov 2024 08:31:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tabung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia https://sabahmedia.com/2024/11/24/adun-kiulu-wujud-tabung-keusahawanan-kepimpinan-belia/ https://sabahmedia.com/2024/11/24/adun-kiulu-wujud-tabung-keusahawanan-kepimpinan-belia/#respond Sun, 24 Nov 2024 08:31:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64337
Read Time:2 Minute, 6 Second

KIULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, memperkenalkan Tabung Keusahawanan dan Kepimpinan Belia dalam usaha memperkasakan golongan belia dan memacu pembangunan mampan di daerah kecil Kiulu.

Pengumuman inisiatif ini dibuat semasa Program Belia dan Pelancongan serta Pelancaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) peringkat daerah kecil Kiulu di Kampung Malangang Lama di sini, pada Ahad yang disertai lebih 100 belia dan beliawanis dari seluruh Kiulu.

Joniston berkata, tabung ini dengan dana permulaan RM50,000 bertujuan menyokong belia dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memanfaatkan komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di daerah kecil ini.

“Golongan belia adalah tunjang utama kepada pembangunan mampan. Dengan semangat dan kreativiti mereka, belia boleh menjadi pemimpin kepada pelbagai inisiatif komuniti, termasuk inovasi dalam pelancongan, ekonomi, dan pemuliharaan alam sekitar,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa tabung ini akan diuruskan oleh individu-individu dari golongan profesional bagi memastikan pengurusan yang cekap, telus, dan bertanggungjawab.

Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebuadayaan, dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata inisiatif ini merupakan komitmen bagi memastikan pembangunan belia berjalan seiring dengan usaha mencapai matlamat SDGs.

Sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti, Kiulu menjadi salah satu model pembangunan luar bandar mampan di Sabah.

Joniston berkata pelancongan komuniti menepati sasaran SDGs iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan sosial ekonomi melalui penjanaan pendapatan, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, dan meningkatkan kerjasama dan persefahaman sekaligus mewujudkan toleransi komuniti.

“Pembangunan ekonomi di Kiulu mesti seimbang dengan kelestarian alam sekitar dan identiti budaya setempat, dan saya percaya bahawa tabung ini mampu menjadi pemangkin transformasi belia untuk mencipta impak positif kepada komuniti,” tegasnya.

Beliau turut menggariskan peranan penting Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah dalam menyokong pemerkasaan komuniti luar bandar.

“Dengan penglibatan semua pihak, Kiulu berpotensi menjadi contoh terbaik pembangunan mampan yang mengintegrasikan komuniti, ekonomi, dan alam sekitar,” tambah Joniston.

Joniston juga berkongsi perancangan strategik beliau mencapai objektif halatuju Sabah Maju Jaya yang memfokuskan kepada memajukan sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan.

“Kiulu sudah sedikit sebanyak telah mencapai objektif memajukan pelancongan dan fokus kita seterusnya ialah menjadikan Kiulu sebagai hub hasil pertanian.

“Mudah-mudahan dalam masa terdekat kita dapat mendirikan kilang memproses hasil pertanian yang kesemuanya menjurus kepada pemerkasaan ekonomi.

“Saya akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan tahunan ADUN untuk membina dan menambah baik jalan-jalan pertanian di kawasan Kiulu,” kata Joniston.

Menurut Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu Meijin Maggingow daerah Kecil Kiulu kini mempunyai lebih daripada 80 pengusaha pelancongan yang berjaya mewujudkan 400 peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jeffrey Jimit turut hadir dalam program itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/24/adun-kiulu-wujud-tabung-keusahawanan-kepimpinan-belia/feed/ 0 64337
Cadang projek bina Tabung Darah Sabah diswastakan – James https://sabahmedia.com/2024/04/29/cadang-projek-bina-tabung-darah-sabah-diswastakan-james/ https://sabahmedia.com/2024/04/29/cadang-projek-bina-tabung-darah-sabah-diswastakan-james/#respond Mon, 29 Apr 2024 11:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53698
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib mencadangkan projek pembinaan Tabung Darah Sabah diswastakan agar kemudahan itu dapat beroperasi dan memberi perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini dengan kadar segera.

“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek pembinaan Tabung Darah di Sabah di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) sejumlah RM86 juta.

“Jadi saya mencadangkan oleh kerana projek ini sudah diluluskan, kalau boleh kita bagi kepada swasta seperti Institut Jantung Negara (IJN) berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya fikir ini lebih baik sekiranya tabung darah ini diswastakan ia akan dapat disiapkan dengan cepat oleh kerana jika kita beri tender dan keluarkan RM86 juta itu kadang-kadang kontraktor tidak dapat menyiapkan projek itu, jadi siapa yang rugi? Rakyat rugi, kerajaan rugi dari segi duit, rakyat rugi dari segi perkhidmatan,” tegasnya pada sidang media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah di sini, hari ini.

Menurut James, Sabah sangat memerlukan kemudahan tabung darah khas dibina di negeri ini.

“Keperluan darah ini memang sangat kritikal sebab dengan adanya tabung darah ini boleh menyelamatkan banyak nyawa manusia seperti pesakit talasemia dan sebagainya, malah kita tidak payah lagi ke hospital sana sini pinjam darah, minta derma dan sebagainya kalau kita sudah ada satu tabung darah,” katanya.

Justeru itu, beliau turut memaklumkan akan berbincang dengan Pengarah Kesihatan Sabah mengenai lokasi tapak bangunan tabung darah berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan Pengarah Kesihatan Sabah di mana tanah atau lokasi tapak untuk bangunan tabung darah ini dibina,” katanya.

Dalam pada itu, James turut memberitahu walaupun bangunan dan perkhidmatan diswastakan namun beliau yakin perkhidmatan tabung darah itu tidak akan membebankan rakyat di negeri ini kerana ia di bawah kawal selia oleh pihak KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/29/cadang-projek-bina-tabung-darah-sabah-diswastakan-james/feed/ 0 53698
Penjawat Awam Negeri Menyumbang Kepada Tabung COVID-19 Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/15/penjawat-awam-negeri-menyumbang-kepada-tabung-covid-19-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/15/penjawat-awam-negeri-menyumbang-kepada-tabung-covid-19-sabah/#respond Thu, 15 Jul 2021 06:29:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3073
Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima RM104,837 dari penjawat awam negeri sebagai sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah.

Jumlah tersebut adalah daripada pemotongan elaun penjawat awam dari kategori Gred 29 dan ke atas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menyampaikan replika cek kepada Hajiji di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini pada hari Khamis.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/15/penjawat-awam-negeri-menyumbang-kepada-tabung-covid-19-sabah/feed/ 0 3073
Tabung Makanan YADIM-MPT Tidak Putus Terima Sumbangan https://sabahmedia.com/2021/06/29/tabung-makanan-yadim-mpt-tidak-putus-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/tabung-makanan-yadim-mpt-tidak-putus-terima-sumbangan/#respond Tue, 29 Jun 2021 11:56:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2231
Read Time:51 Second

PAPAR: Pasukan Sukarelawan Berbasikal Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Taman Kinarut Jaya, Papar mengambil inisiatif dengan mengumpul sumbangan dalam kalangan ahli dan disumbangkan kepada Tabung Makanan Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut.

Pasukan Sukarelawan Berbasikal YADIM diketuai oleh pengerusinya Mahmud Yusof berbesar hati menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengerusi MPT Prof. Dr Awang Setia Musleh.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barang keperluan makanan untuk diisi ke dalam rak Tabung Makanan MPT dan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan ini.

Penyelaras Tabung Makanan YADIM-MPT Ustaz Nor Azhar Alimin berkata, setakat ini ramai penyumbang yang tampil mengisi rak Tabung Makanan di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut, yang terbaru dua sumbangan terbesar diperolehi dari Pasukan Sukarelawan Berbasikal YADIM dan sumbangan dari ALUMNI Sekolah Menengah Agama Limau- Limauan, Papar.

“Kami telah menyerah sumbangan-sumbangan tersebut kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Papar,”kata Ustaz Nor Azhar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/tabung-makanan-yadim-mpt-tidak-putus-terima-sumbangan/feed/ 0 2231
Penjawat Awam Negeri Sumbang Tabung Bencana Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/06/10/penjawat-awam-negeri-sumbang-tabung-bencana-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/10/penjawat-awam-negeri-sumbang-tabung-bencana-covid-19/#respond Thu, 10 Jun 2021 09:06:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=946
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan pengumuman sumbangan penjawat awam oleh Ketua Setiausaha Negara pada 01 Jun 2021 telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong hari ini mengumumkan, Pengurusan Tertinggi di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah memutuskan penjawat awam negeri Gred 29 hingga Gred Turus turut menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri (COVID-19) Sabah melalui pengurangan sebahagian dari Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) untuk tempoh dua (2) bulan iaitu Jun dan Julai 2021.

Katanya, “pelaksanaan sumbangan ini sama seperti penjawat awam persekutuan iaitu potongan 50% daripada ITK untuk Gred Turus I hingga Turus III, 50% daripada ITK untuk Gred JUSA A, 20% daripada ITK untuk Gred JUSA B, 10% daripada ITK untuk Gred JUSA C, 5% daripada ITK/ITKA untuk Gred 44 hingga 54 dan RM10.00 daripada ITKA untuk Gred 29 hingga 41.

Sumbangan ini tidak melibatkan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri.

“Pelaksanaan sumbangan ini tanda keprihatinan penjawat awam negeri kepada rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/10/penjawat-awam-negeri-sumbang-tabung-bencana-covid-19/feed/ 0 946