tadika – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Mar 2022 13:33:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tadika – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 44 Kanak-Kanak Taska,Tadika KYS Terima Sijil Pendidikan Prasekolah https://sabahmedia.com/2022/03/16/44-kanak-kanak-taskatadika-kys-terima-sijil-pendidikan-prasekolah/ https://sabahmedia.com/2022/03/16/44-kanak-kanak-taskatadika-kys-terima-sijil-pendidikan-prasekolah/#respond Wed, 16 Mar 2022 13:33:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13072
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Seramai 44 orang kanak-kanak dari empat buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) milik Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) berjaya menerima sijil pendidikan prasekolah.

Antara Taska dan Tadika yang terlibat adalah Taska Ria, Taska Kristal Ria, Tadika Kodidik dan Tadika Ria.

KYS dalam satu kenyataan berkata, semua kanak-kanak itu diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Kanak-Kanak yang bertemakan We Are Stars di Bangunan Tadika Ria, Kompleks Ibu Pejabat KYS disini hari ini.

Majlis yang diadakan itu turut mematuhi serta mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada majlis itu juga seramai enam pelajar turut mendapat sijil cemerlang.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kanak-kanak prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di prasekolah sehingga mendapat pengiktirafan dan penghargaan.

“Semoga kanak-kanak ini akan menjadi insan yang cemerlang untuk masa hadapan sejajar dengan tunggak matlamat KYS untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan mempunyai kredibiliti tinggi.

“KYS turut merakamkan ucapan tahniah kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan dan dedikasi mereka dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/16/44-kanak-kanak-taskatadika-kys-terima-sijil-pendidikan-prasekolah/feed/ 0 13072
Murid Prasekolah & Tadika Dibenarkan Hadir Ke Sekolah https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/#respond Tue, 19 Oct 2021 06:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7670
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan murid prasekolah dan tadika hadir ke sekolah  tanpa penggiliran bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sejajar dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa 2 ke Fasa 3 bermula semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Dtauk Seri Masidi Manjun berkata, pengoperasian sekolah itu juga tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, kelas tuisyen, kelas muzik,kelas tarian, kelas seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbabyar dan sebagai turut dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

“Pengoperasian bagi kelas-kelas ini adalah dengan penggiliran serta 50 peratus kapasiti kelas,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, bagi fasiliti sukan, kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun yang ditemani oleh ibubapa yang lengkap divaksin dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin turut dibenarkan menggunakan fasiliti sukan.

Katanya, penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan massa dibenarkan dengan kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Penyertaan bagi penganjuran sukan adalah terhad dengan penyertaan tidak melebihi 250 orang dan telah lengkap divaksin.

“Tempoh masa aktiviti dilakukan bermula 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/feed/ 0 7670