tahan tiga individu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Aug 2023 14:14:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tahan tiga individu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM tahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform https://sabahmedia.com/2023/08/01/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-dua-pegawai-beruniform/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-dua-pegawai-beruniform/#respond Tue, 01 Aug 2023 14:14:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39385
Read Time:35 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform kerana disyaki menggunakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30’an dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Labuan.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek yang bertugas di daerah Labuan dan Tawau dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan esok pagi bagi tujuan permohonan reman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-dua-pegawai-beruniform/feed/ 0 39385