Tahanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Sep 2021 13:30:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tahanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Penularan Jangkitan Di Pusat Tahanan Dan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/05/covid-19-penularan-jangkitan-di-pusat-tahanan-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/covid-19-penularan-jangkitan-di-pusat-tahanan-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 05 Sep 2021 13:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5878
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah catat dua lagi kluster baharu hari ini iaitu Kluster Koyah, Kinabatangan dan Kluster Pagar Sebrang, Keningau.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Koyah, Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja manakala Kluster Pagar Sebrang, Keningau melibatkan penularan jangkitan di pusat tahanan.

Menurut Masidi, Kluster Koyah, Kinabatangan berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan di mana kes indeks merupakan lelaki, 43, pekerja ladang (general worker) yang disahkan positif ujian RTK AG positif 100% grading pada 20 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan.

“Setakat hari ini, aktiviti persampelan kontak seterusnya mengesan 25 kes positif dalam kalangan kontak sosial termasuk 19 kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Masidi turut menyatakan bahawa Kluster Pagar Sebrang , Keningau adalah penularan jangkitan di pusat tahanan melibatkan mukim Sebrang, Lingkudau dan Luagan di Daerah Keningau.

“Pada 25 Ogos 2021, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau telah menerima kes indeks dengan keputusan RTK AG positif daripada Kg. Kadalakan Keningau yang telah dilaporkan dari Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau melalui saringan kontak rapat.

“Kes indeks merupakan lelaki, 40, Pegawai Penjara di pusat tahanan bimbingan akhlak,” katanya.

Aktiviti pengesanan kontak rapat pada 27 Ogos 2021 hingga 04 September mendapati pertambahan bilangan kes positif di dalam daerah yang sama.

Masidi menjelaskan, punca yang disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudiannya menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai tersebut dan juga ahli keluarga beliau yang lain.

Kluster ini dinamakan Pagar Sebrang yang kerana kluster ini terletak di sebuah institusi penjara golongan juvana, yang mana kawasan yang berpagar penuh di Mukim Sebrang.

“Setakat hari ini, 29 kes positif dalam kluster ini termasuk lima kes baharu yang dilaporkan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/covid-19-penularan-jangkitan-di-pusat-tahanan-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5878
Tahanan terakhir berjaya diberkas semula, kontak rapat digesa buat ujian calitan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/03/tahanan-terakhir-berjaya-diberkas-semula-kontak-rapat-digesa-buat-ujian-calitan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/tahanan-terakhir-berjaya-diberkas-semula-kontak-rapat-digesa-buat-ujian-calitan-covid-19/#respond Tue, 03 Aug 2021 07:40:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4015
Read Time:51 Second

PENAMPANG: Polis Penampang berjaya menangkap tahanan terakhir yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 yang lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata dan mengesahkan tahanan tersebut telah berjaya diberkas hasil dari maklumat awam dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di Kilometer 3, Jalan Papar pada jam 2.20 petang semalam (Isnin).

Mohd Rahman Basir, 24, disiasat mengikut seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah tahanan terakhir yang berjaya diberkas semula semenjak gerakan mengesan keempat-empat tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang yang lalu.

Mohd Haris berkata, pihak IPD Penampang mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan semua yang terlibat membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tahanan yang diburu.

Katanya, sehubungan dengan itu, orang ramai yang yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu keempat-empat tahanan tersebut semasa mereka meloloskan diri digesa supaya tampil ke klinik berdekatan untuk membuat ujian calitan COVID-19 untuk mengelak wujud kluster baharu dalam komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/tahanan-terakhir-berjaya-diberkas-semula-kontak-rapat-digesa-buat-ujian-calitan-covid-19/feed/ 0 4015
Tiga tahanan melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN berjaya diberkas semula, seorang masih diburu https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/#respond Sun, 01 Aug 2021 13:09:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3934
Read Time:1 Minute, 12 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan berjaya memberkas tiga daripada empat tahanan yang melarikan diri di Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata dalam kenyataan media hari ini, tiga dari empat tahanan lelaki yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 Di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang berjaya diberkas semula oleh Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang kurang dari 24 jam masa kejadian.

Menurutnya, Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang telah berjaya memberkas ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi.

Kejayaan pasukan BSJD telah dibantu oleh pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal dalam mengesan ketiga-tiga tahanan iaitu Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz,20 dan Salman Arip, 19.

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu Mohd Rahman Basir, 24.

Semua suspek ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/379 akta yang sama.

Mohd Haris menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/feed/ 0 3934
Polis buru empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/#respond Sun, 01 Aug 2021 02:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3881
Read Time:43 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang giat memburu empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang pada 1 Ogos 2021, jam 3.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, kesemua tahanan lelaki tersebut telah dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang secara berperingkat bermula 24 Julai 2021 setelah disahkan positif COVID-19 namun mereka telah melarikan diri.

Keempat-empat tahanan yang telah melarikan diri ialah Mohd Rahman Basir, 24, Arippian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20 dan Salman Arip,19.

Kata Mohd Haris, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan terlibat untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/feed/ 0 3881