tahap kebersihan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Jan 2024 09:12:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tahap kebersihan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tahap kebersihan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu perlu dipertingkatkan segera – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/01/20/tahap-kebersihan-kompleks-perikanan-safma-kota-kinabalu-perlu-dipertingkatkan-segera-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/01/20/tahap-kebersihan-kompleks-perikanan-safma-kota-kinabalu-perlu-dipertingkatkan-segera-dr-sabin/#respond Sat, 20 Jan 2024 09:12:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48259
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Tahap kebersihan aktiviti menjaja ikan di kawasan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu perlu dipertingkatkan dalam tempoh terdekat sekali gus memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Dr Sabin (kiri) mengadakan tinjuan di SAFMA Kota Kinabalu hari ini.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, satu perbincangan secara rasmi bersama Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) akan diadakan bagi memastikan aktiviti penjaja ikan dapat mematuhi garisan panduan yang ditetapkan.

Katanya, sehingga kini tahap kebersihan di kawasan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu sangat kurang memuaskan sehingga menimbulkan runggutan dalam kalangan orang ramai di ibu negeri.

“Masih ada ruang yang dapat kita perbaiki untuk meningkatkan tahap kebersihan di SAFMA ini namun perbincangan secara rasmi perlu dijalankan membabitkan antara DBKK dan Safma.

“Saya sendiri melawat serta menyaksikan aktiviti penjualan ikan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu hari ini. Memang kita akui tahap kebersihan sangat kurang memuaskan….Namun masih ada ruang untuk diperbaiki serta boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di sekitar Kompleks Perikanan SAFMA serta Pasar Besar Kota Kinabalu hari ini.

Dalam perkembangan sama Dr Sabin berkata, DBKK akan mewujudkan pertandingan kebersihan dalam kalangan peniaga gerai di sekitar kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu.

“Ini merupakan inisiatif terbaharu DBKK untuk mengalakkan agar peniaga di Pasar Besar ini berusaha meningkatkan keceriaan gerai mereka disamping mengutamakan kebersihan sepanjang masa.

“Kita menasihatkan peniaga gerai di sini agar sentiasa mengutamakan kebersihan kerana kawasan Pasar Besar ini sering menjadi tumpuan orang ramai serta golongan pelancong untuk mendapatkan bekalan harian mereka,” jelas Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/20/tahap-kebersihan-kompleks-perikanan-safma-kota-kinabalu-perlu-dipertingkatkan-segera-dr-sabin/feed/ 0 48259
Letak lebih banyak tong sampah, tingkatkan tahap kebersihan di Taman Awam Teluk Likas https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/#respond Sun, 07 Jan 2024 06:16:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47620
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan kemudahan tong sampah dan meningkatkan tahap kebersihan serta prasarana di kawasan Taman antara isu yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, beliau mengakui ketiga-tiga isu menjadi asas penting untuk diselesaikan segera memandangkan kawasan ini tumpuan setiap hari warga bandaraya menjalankan aktiviti seharian mereka.

Katanya, lokasi menempatkan banyak tong sampah sudah dikenal pasti agar pengunjung tidak perlu berjalan jauh sekali gus bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan ini.

“Taman Awam Teluk Likas antara kawasan tarikan utama pelancong luar negara. Sudah tentu masalah seperti ini ditangani segera agar kawasan ini mesra pengunjung serta boleh dilawati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya sendiri melawat serta berjalan kaki sepanjang laluan jogging dan berbasikal ini mengakui tahap kebersihan agak kurang memuaskan kerana terdapat sampah diselitkan dicelah timbunan batu berikutan kekurangan tong sampah.

“Begitu juga dengan sampah yang lambat diangkat sehingga menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang ramai yang menggunakan kemudahan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sambil berjalan kaki bersama pegawai dan kakitangan di Taman Awam Teluk Likas di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie.

Dr Sabin berkata, aspek lain akan dititikberatkan adalah mewujudkan lebih banyak tanda petunjuk keselamatan untuk laluan pejalan kaki, berjogging serta mereka yang menggunakan kemudahan berbasikal.

“Kita juga akan menanam lebih banyak pokok serta bunga di beberapa lokasi yang tertentu agar Taman Awam Teluk Likas ini benar-benar mencapai tahap mesra pengguna kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Aspek kebersihan pantai akan kota beri perhatian. Saya akan bertemu dengan Kontraktor Pembersihan Pantai untuk mendapatkan reaksi mereka berkaitan masalah sampah di sekitar kawasan pantai teluk likas ini,” Jelas Dr Sabin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau akan mengambil perhatian kepada rungutan peniaga di Anjung Selera Likas berikutan kekurangan tarikan pengunjung berkunjung ke kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/feed/ 0 47620