Tahlil – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Sep 2024 12:43:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tahlil – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Juhar hadir majlis tahlil, doa selamat bersama 1,000 jemaah https://sabahmedia.com/2024/09/13/tun-juhar-hadir-majlis-tahlil-doa-selamat-bersama-1000-jemaah/ https://sabahmedia.com/2024/09/13/tun-juhar-hadir-majlis-tahlil-doa-selamat-bersama-1000-jemaah/#respond Fri, 13 Sep 2024 12:43:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60613
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu:  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyertai kira-kira 1,000 jemaah pada Majlis Tahlil bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1446H dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini.

Pada majlis itu, Tun Juhar diiringi Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

Dalam majlis tersebut, bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Imam Masjid Negeri Suhaidi Kuanting manakala, bacaan doa selamat dipimpin oleh Timbalan Mufti, Datuk Abdul Manap Lakariba.

Majlis diikuti dengan khutbah Jumaat bertajuk, ‘Rasulullah SAW Pelopor Pembentukan Masyarakat Madani Jiwa Merdeka’ oleh Manap sebelum solat Jumaat serta solat sunat hajat yang diimamkan oleh Suhaidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/13/tun-juhar-hadir-majlis-tahlil-doa-selamat-bersama-1000-jemaah/feed/ 0 60613
Hajiji Hadir ke Majlis Tahlil Sempena Hari Jadi Rasmi TYT https://sabahmedia.com/2021/10/01/hajiji-hadir-ke-majlis-tahlil-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/hajiji-hadir-ke-majlis-tahlil-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt/#respond Fri, 01 Oct 2021 08:50:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7071
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis Tahlil tersebut merupakan salah satu daripada beberapa siri acara yang akan diadakan sempena sambutan Hari Jadi rasmi TYT, tahun ini.

Hajiji turut menyerahkan sumbangan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) sebanyak RM9,000 dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama dan Tahfiz daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM70,000 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kota Kinabalu.

Manakala, Sumbangan Pengurusan dan Pengimarahan Masjid sebanyak RM10,000 kepada Masjid Nurul Hikmah dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM30,000 kepada SAR Madrasah Islamiah Nurul Hikmah.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alar Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/hajiji-hadir-ke-majlis-tahlil-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt/feed/ 0 7071