Tahun 2022 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Jan 2022 11:35:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tahun 2022 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tahun 2022 Sasaran KPLB Mempercepatkan Projek Pembangunan Di Luar Bandar https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/#respond Fri, 14 Jan 2022 11:35:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11112
Read Time:2 Minute, 18 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meletakkan sasaran tahun 2022 sebagai tahun menyegerakan setiap projek pembangunannya di luar bandar.

Tegas Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB perlukan anjakan paradigma dalam proses kerjanya bagi mengelakkan tempoh masa terlalu lama diambil dalam pelaksanaan projek sehingga menjejaskan kepentingan rakyat.

“Sekarang ini masa untuk kita fikirkan dengan dunia teknologi digital, bagaimana kaedahnya untuk kita mempercepatkan proses pelaksanaan projek, bagaimana kita nak buat, sekarang ni kita tak boleh buat, semua orang kata sekarang tak boleh buat, jadi bagaimana kita nak mengubah paradigma ini.

“Ini menjadi satu cabaran baharu kepada kita untuk nak mempercepatkan proses dan Insya Allah kita boleh deliver kepada rakyat lebih baik kalau kita sama-sama dapat memikirkan, sebab kita nak masuk tahun baharu, kita nak masuk dalam RPII (Rolling Plan 2) Rancangan Malaysia Ke-12.” Katanya.

Mahdzir berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KPLB di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, ketua-ketua agensi dan pengurusan tertinggi KPLB.

Jelas Mahdzir, semua warga KPLB perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk merealisasikan anjakan paradigma untuk mengelakkan daripada terus berada di dalam kepompong yang sama.

“Jadi bagaimana kita nak capainya, sudah tentulah kita memerlukan satu pasukan task force yang benar-benar boleh deliver untuk mencapainya, saya fikir kita semua berada dalam satu pasukan sama ada di kementerian ataupun di agensi, di Bahagian Prasarana, Kesejahteraan Rakyat, pasukan teknikal ataupun di MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA, KEMAS atau di agensi wilayah KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, PERDA dan juga KEDA di Kedah,”

Beliau turut membayangkan untuk KPLB meningkatkan lagi pencapaiannya dengan meletakkan tagline baharu iaitu Luar Bandar, Luar Biasa. Pencapaian luar biasa itu boleh digapai oleh KPLB berdasarkan kejayaan melaksanakan perbelanjaan pembangunan lebih 99 peratus pada tahun lalu.

Dalam amanatnya juga Mahdzir berkata, KPLB mempunyai mandat dalam bidang pendidikan iaitu Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sudah sampai masanya semua kementerian berkaitan duduk bersama dalam satu task force untuk memikirkan pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2.0 supaya lebih sesuai dengan keperluan dan perkembangan dunia semasa. Antaranya termasuk menaiktaraf Guru Tabika KEMAS lulusan Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda.

“Bagi bidang pendidikan TVET jelas Mahdzir, institusi TVET, KPLB perlu mengelakkan terlalu banyak pertindihan kursus yang sama dan tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan.

“Kita tidak mahu timbul masalah pelajar ambil kursus kemudian dapat sijil tetapi tidak mendapat pekerjaan. Kita tidak boleh ambil pendirian hanya mahu penuhkan institusi pengajian tetapi tidak dapat memenuhi kehendak industri,” ujarnya.

Turut disentuh mengenai peningkatan capaian internet di sekolah Tadika KEMAS yang sekaligus akan membolehkan kawasan sekitarnya mendapat manfaat. Justeru, pihak KPLB akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersambungan (connectivity) di sekolah-sekolah KEMAS yang ada di seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/feed/ 0 11112
Kerajaan GRS Bekerja Keras Bawa Kemajuan Pada Tahun 2022 https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/#respond Thu, 23 Dec 2021 09:43:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10236
Read Time:2 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih komited dan bekerja keras membawa kemajuan kepada Sabah serta rakyatnya walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pandemik ini telah membawa banyak cabaran tetapi kita telah melakukan yang terbaik untuk menanganinya termasuk krisis ekonomi dan kesihatan selama hampir dua tahun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang kurang upaya sempena sambutan Hari Krismas 2021 kepada penduduk di Sulaman dan Pantai Dalit, di Kampung Serusop, di Tuaran pada Khamis
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang kurang upaya sempena sambutan Hari Krismas 2021 kepada penduduk di Sulaman dan Pantai Dalit, di Kampung Serusop, di Tuaran pada Khamis.

“Kerajaan negeri tidak pernah goyah dalam usaha melaksanakan pelan pembangunan walaupun ketika krisis dan kita akan meneruskannya dengan bersungguh-sungguh pada tahun 2022 untuk memastikan agenda pembangunan seperti yang kita gariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Belanjawan 2022 negeri berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurut Hajiji, pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju SMJ di bawah kerajaan negeri GRS yang dilancarkan dengan jayanya pada bulan Mac lalu, telah menyaksikan pemeteraian tiga pelaburan berskala besar bernilai RM10 bilion iaitu Lok Kawi Resort City, pembinaan kilang pengeluaran kerajang tembaga dan projek penanaman kelapa berhasil tinggi.

“Semua ini amat penting dan akan membawa impak yang besar kepada rakyat Sabah serta ekonomi negeri,” katanya dalam perutusannya sempena sambutan Krismas 2021 dan Tahun Baharu 2022.

“Kerajaan negeri tidak pernah berhenti mencari lebih banyak lagi pelaburan berimpak tinggi dan beberapa lagi perbincangan masih dijalankan antara pelabur bersama kerajaan negeri untuk membawa pelaburan ke Sabah, sambil menambah bahawa negeri ini berada di landasan yang betul untuk menjadi pusat pangkalan data pelabur kepada ASEAN seiring kerangka pembangunan kerajaan GRS menerusi platform Hala Tuju SMJ.

“Apabila cadangan pelaburan ini dimuktamadkan, ia akan membantu merangsang semula pertumbuhan ekonomi negeri kita untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negeri,” ujarnya.

Hajiji turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Sabah atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada kerajaan negeri GRS untuk memimpin serta membangunkan negeri ini, dan meminta mereka agar terus menjaga keamanan serta kestabilan bagi memastikan Sabah dapat menarik lebih ramai pelabur berpotensi ke negeri ini.

Katanya, kelulusan sebulat suara Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 di Parlimen baru-baru ini, adalah satu peristiwa penting yang akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, Hajiji menyatakan beberapa tuntutan lain dari Sabah telah berjaya diselesaikan
melalui Majlis Khas mengenai MA63, sambil menambah bahawa penurunan kuasa kepada Sabah untuk pengeluaran lesen penangkatan ikan laut dalam adalah salah satu bukti bahawa hak dan keistimewaan Sabah, seperti yang diperuntukkan di bawah MA63, telah diiktiraf.

Sebagai penutup tirai bagi tahun yang produktif ini, kata Hajiji, kejayaan lain ialah menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) antara kerajaan negeri dan PETRONAS yang menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas di Sabah.

Hasilnya juga adalah penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd, iaitu syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah, sambil menambah bahawa kerajaan negeri juga dalam proses memuktamadkan Pelan Induk Gas Sabah dengan PETRONAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau berharap sambutan Krismas akan mengukuhkan perpaduan, toleransi beragama dan saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama di negeri.

Hajiji turut mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022 kepada semua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/feed/ 0 10236