tahun baharu cina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Feb 2026 06:57:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tahun baharu cina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 10,000 hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2026/02/17/lebih-10000-hadiri-rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/02/17/lebih-10000-hadiri-rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-kerajaan-negeri/#respond Tue, 17 Feb 2026 06:51:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91816
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai kaum dan latar belakang menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Kerajaan Negeri yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Sambutan itu bukan sahaja mencerminkan semangat perpaduan rakyat Sabah, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat dalam suasana penuh muhibah serta harmoni.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu.

Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Jafry Arifin.

Tun Musa dan Hajiji kemudiannya memimpin upacara simbolik memukul gendang sebagai tanda rasmi pembukaan rumah terbuka berkenaan, disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Tun Musa dan Hajiji bersama tetamu kenamaan lain menggaul Yee Sang sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan Negeri di SICC pada Selasa.

Sebagai tradisi sambutan Tahun Baharu Cina, Tun Musa dan Hajiji bersama tetamu kenamaan lain turut menyertai acara mengaul Yee Sang yang melambangkan doa untuk kemakmuran, kesejahteraan dan kejayaan pada tahun baharu.

Sepanjang majlis, para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa selain berpeluang berinteraksi secara santai dengan barisan kepimpinan negeri dalam suasana yang mesra dan terbuka.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan dan kumpulan tarian kebudayaan yang mempamerkan kepelbagaian warisan seni masyarakat Sabah, sekali gus menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/17/lebih-10000-hadiri-rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-kerajaan-negeri/feed/ 0 91816
RM164.12 Juta Untuk Pembangunan Pendidikan Dan Pembangunan Agama Tahun Ini https://sabahmedia.com/2022/01/13/rm164-12-juta-untuk-pembangunan-pendidikan-dan-pembangunan-agama-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/rm164-12-juta-untuk-pembangunan-pendidikan-dan-pembangunan-agama-tahun-ini/#respond Thu, 13 Jan 2022 06:48:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11044
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM164.12 juta bagi pelaksanaan program pembangunan pendidikan dan agama dalam Belanjawan Negeri tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dana itu disalurkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan, badan agama dan pendidikan, sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti modal insan serta menjamin kesejahteraan rakyat.

“Sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia, peruntukan itu memberi manfaat kepada semua agama dan kaum di negeri ini,” katanya pada majlis penyampaian bantuan kewangan kepada sekolah vernakular dan mubaligh, gereja dan kuil bagi tahun 2021 serta penyerahan kepala singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Pada tahun ini, Hajiji berkata Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah RM47 juta, yang terbesar untuk badan agama bukan Islam serta untuk sekolah vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian.

“Jumlah itu adalah yang terbesar pernah diluluskan oleh kerajaan Sabah dan ini mencerminkan keikhlasan kami untuk memastikan kebajikan semua kaum dan agama di Sabah akan terjaga,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM1 juta untuk kepala singa yang akan diagihkan kepada pelbagai persatuan dan kumpulan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negeri.

“Penyampaian bantuan kewangan dan kepala singa jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melaksanakan dasar yang adil dan saksama dalam semua aspek.

“Kerajaan Negeri menyedari kepentingan institusi pendidikan dan badan agama dalam melahirkan rakyat yang berilmu serta menyemai nilai-nilai murni dan positif yang mampu memacu pembangunan negeri”.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM43 juta untuk badan agama bukan Islam, vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian di Sabah.

Menurutnya, dalam tempoh sama tahun lalu, Kerajaan Negeri turut meluluskan sejumlah RM24.99 juta untuk pembinaan dan pembaikan rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/rm164-12-juta-untuk-pembangunan-pendidikan-dan-pembangunan-agama-tahun-ini/feed/ 0 11044