tahun baru cina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jan 2024 00:29:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tahun baru cina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gagasan Rakyat Api-Api santuni masyarakat sempena Tahun Baru Cina https://sabahmedia.com/2024/01/29/gagasan-rakyat-api-api-santuni-masyarakat-sempena-tahun-baru-cina/ https://sabahmedia.com/2024/01/29/gagasan-rakyat-api-api-santuni-masyarakat-sempena-tahun-baru-cina/#respond Mon, 29 Jan 2024 00:29:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48647
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) terus mendekati dan menyantuni masyarakat menerusi program ‘Walkabout’ sempena  sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Program anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api itu telah diadakan di Jalan Gaya di sini semalam seterusnya menyantuni pengunjung, peniaga dan komuniti.

Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Api-Api, Syahrul Safwan Najwan Faisyal berkata, usaha itu merupakan satu langkah bagi mengukuhkan ikatan serta membina jalinan yang harmoni.

“Usaha ini sebagai satu platform untuk mendekati rakyat, menyatupadukan orang ramai serta memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum pada setiap perayaan yang diraikan.

“Ia juga satu usaha menjadikan Gagasan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebagai satu parti berbilang bangsa di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Datuk Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego.

Pada program itu, sebanyak 1,200 ‘goodies bag’ turut diagihkan kepada orang ramai yang berada disekitar Jalan Gaya.

Sementara itu, Faisyal berkata, selain mempromosi kebersamaan, penganjuran sedemikian dapat mengeratkan parti tersebut kepada rakyat sekitar.

“Program yang kta anjurkan pada hari ini adalah sempena Tahun Baru Cina. Sudah pasti kita bekerjasama dengan Pemuda; Beliawanis dan Wanita untuk melaksanakan program seumpama ini.

“Ini adalah pertama kali Gagasan Rakyat laksana program seumpama ini dan jika dilihat penerimaan masyarakat amat baik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/29/gagasan-rakyat-api-api-santuni-masyarakat-sempena-tahun-baru-cina/feed/ 0 48647
Sabah anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri 10 Feb ini https://sabahmedia.com/2024/01/15/sabah-anjur-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-peringkat-negeri-10-feb-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/15/sabah-anjur-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-peringkat-negeri-10-feb-ini/#respond Mon, 15 Jan 2024 08:13:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48004
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri pada 10 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula dari jam 11:00 pagi hingga 2:00 petang.

Acara sambutan adalah anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Seri Pelancongan Sabah (SPS) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Menterinya yang juga selaku Pengerusi Penganjur, Datuk Christina Liew berkata, beliau berbesar hati mengumumkan acara sambutan itu pada hari ini bagi menyahut seruan kerajaan menggalakkan perpaduan, keharmonian kepelbagaian kaum dalam satu acara atau program yang dilaksanakan berteraskan Malaysia Madani, Sabah Maju Jaya.

Katanya, sambutan tahun ini adalah bertemakan Tahun Naga yang bertuah dalam zodiak Cina.

“Antara tetamu kehormat yang dijangka akan hadir memeriahkan majlis iaitu Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Disamping kami juga amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut sama meraikan sambutan yang meriah itu.

“Kami menjangkakan kehadiran 10,000 tetamu. Selain pelbagai hidangan makanan yang disajikan, sambutan kali ini menjanjikan persembahan kebudayaan yang menakjubkan, termasuk tarian singa, pertunjukan mercun, pameran kebudayaan, serta persembahan nyanyian dan tarian oleh artis tempatan dari Sabah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, objektif utama acara ini adalah untuk mempamerkan kekayaan kepelbagaian budaya Sabah, memupuk perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyatnya.

Hadir sama pada sidang media, Setiausaha Tetap KePKAS Josie Lai Mei Sing dan Presiden FCAS, Tan Sri T.C Goh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/15/sabah-anjur-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-peringkat-negeri-10-feb-ini/feed/ 0 48004