tahun baru cina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 15 Feb 2026 10:17:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tahun baru cina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat Cina rakan strategik Kerajaan bangun negeri Sabah  https://sabahmedia.com/2026/02/15/masyarakat-cina-rakan-strategik-kerajaan-bangun-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/15/masyarakat-cina-rakan-strategik-kerajaan-bangun-negeri-sabah/#respond Sun, 15 Feb 2026 10:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91727
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Masyarakat Tionghua di negeri ini diseru agar menjadi rakan strategik pembangunan untuk membina Sabah yang berdaya maju. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masyarakat Tionghua turut digesa agar menjadi rakan kemajuan serta terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah. 

Beliau berkata, aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk terus memperkasa Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) bagi memacu pertumbuhan ekonomi, modal insan, dan kesejahteraan rakyat.  

“Melalui SMJ 2.0, kita memastikan kemajuan ini bersifat inklusif untuk semua dan kemakmuran negeri dinikmati secara inklusif tanpa mengira kaum dan latar belakang rakyat, kerana perpaduan adalah kunci utama kestabilan dan kemakmuran negeri ini,” katanya.   

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Tahun Baharu Cina 2026, di sini pada Ahad. 

Hajiji berkata, Tahun Baharu Cina yang melambangkan nilai kekeluargaan, perpaduan, dan harapan baharu bukan sekadar mencerminkan kekayaan warisan budaya masyarakat Tionghua, malah menjadi wadah yang memperkukuh keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum di Sabah. 

“Tahun 2026 yang disambut sebagai Tahun Kuda Api membawa simbol tenaga, keberanian, dan inovasi.  

“Semangat ini menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju dengan perancangan tersusun dan kerjasama erat demi pembangunan Sabah yang mampan dan seimbang. 

“Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Tionghua di Sabah khususnya dan di seluruh negara amnya,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/15/masyarakat-cina-rakan-strategik-kerajaan-bangun-negeri-sabah/feed/ 0 91727
Lebih 20,000 pengunjung hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2025/01/30/lebih-20000-pengunjung-hadir-rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/01/30/lebih-20000-pengunjung-hadir-rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-kerajaan-sabah/#respond Thu, 30 Jan 2025 08:23:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67728
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Lebih 20,000 pengunjung terdiri dari pelbagai kaum dan etnik hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan negeri Sabah di sini pagi tadi.

Majlis yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Pengerusi Penganjur yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew serta barisan Kabinet negeri Sabah.

Meskipun majlis bermula pada jam 10 pagi namun orang ramai tidak melepaskan peluang untuk hadir seawal jam 8 pagi.

Pengunjung yang hadir turut dihidangkan dengan pelbagai hidangan makanan dari 15 buah hotel terkemuka sekitar Kota Kinabalu.

Sejurus ketibaan Tun Musa dan isteri kira-kira jam 11.30 pagi, pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian singa sebelum jamuan dimulakan dengan acara Yee Sang.

Selesai acara Yee Sang, Tun Musa turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang hadir sebelum acara pentas diteruskan.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Josie Lai berkata, selaku penganjur, pihaknya berbesar hati dengan kehadiran pengunjung yang hadir.

“SICC pada pagi ini mula menerima pengunjung seawal jam 8  pagi, mereka telah menunggu selama lebih dua jam sebelum majlis bermula dan pihak penganjur sangat gembira dengan sambutan ini dan juga penerimaan dari orang awam.

“Kerajaan negeri juga telah menjemput sebanyak 15 buah hotel terkemuka dari sekitar Kota Kinabalu untuk menyediakan makanan kepada orang ramai di SICC,” katanya.

Beliau berkata, majlis itu turut dihadiri oleh pelbagai etnik dan kaum dan pihaknya turut gembira apabila ramai pengunjung turut mengenakan pakaian bertemakan etnik masing-masing. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/30/lebih-20000-pengunjung-hadir-rumah-terbuka-tahun-baharu-cina-kerajaan-sabah/feed/ 0 67728
‘Singa menari’ di KKIA, sambut ketibaan pelancong sempena Tahun Baru Cina https://sabahmedia.com/2025/01/29/singa-menari-di-kkia-sambut-ketibaan-pelancong-sempena-tahun-baru-cina/ https://sabahmedia.com/2025/01/29/singa-menari-di-kkia-sambut-ketibaan-pelancong-sempena-tahun-baru-cina/#respond Wed, 29 Jan 2025 09:03:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67684
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Persembahan istimewa tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 berjaya menarik perhatian pengunjung termasuk pelancong domestik dan antarabangsa yang baru tiba di negeri ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini petang tadi.

Pelancong yang tiba disambut Pengarah Tourism Malaysia Sabah Haryanty Abu Bakar; Pengurus Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd Hashim Duman dan Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah Bobby Alex @ William.

Haryanty ketika ditemui berkata, sambutan yang diadakan itu merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Tourism Malaysia hari ini berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dalam menyambut Tahun Baru Cina di KKIA dengan pemberian simbolik limau mandarin kepada pengunjung khususnya pelancong antarabangsa dan domestik.

“Pada hari ini kami menjangkakan penerbangan tiba di Kota Kinabalu seramai lebih 5,000 orang bermula pagi tadi sehingga petang ini.  Selain itu kami juga turut mempersembahkan tarian kebudayaan dan tarian singa.

“Ini kerana tarian singa adalah salah satu kebudayaan yang masih dipraktik di Malaysia yang membawa kepada kepelbagaian budaya selain Yee Sang,” katanya.

Dalam pada itu, Haryanty berkata, selain KKIA, sambutan sama turut diraikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2; Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Terdahulu, Haryanty turut menyambut ketibaan pelancong antarabangsa menerusi penerbangan AirAsia AK1511 dari Taipe.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Tourism Malaysia memaklumkan, Malaysia telah mencatatkan ketibaan seramai 38 juta pelawat pada tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 31.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Pendapatan pelancongan yang diraih pada 2024 pula melonjak kepada RM102.2 bilion iaitu meningkat sebanyak 50 peratus berbanding RM74.3 bilion yang direkodkan pada 2023 sekali gus melepasi paras prapandemik sebanyak 25.3 peratus.

China merupakan salah satu penyumbang pasaran terbesar untuk ketibaan pelawat antarabangsa ke Malaysia. Dengan pengecualian visa selama 30 hari di bawah Pelan Liberalisasi Visa bermula Disember 2023, ketibaan dari China menyaksikan lonjakan hampir 3,000% dengan merekodkan seramai 4.1 juta pelawat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/29/singa-menari-di-kkia-sambut-ketibaan-pelancong-sempena-tahun-baru-cina/feed/ 0 67684
Kepelbagaian membina keharmonian rakyat https://sabahmedia.com/2025/01/27/kepelbagaian-membina-keharmonian-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/01/27/kepelbagaian-membina-keharmonian-rakyat/#respond Mon, 27 Jan 2025 11:37:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67583
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Kepelbagaian bangsa dan agama tidak memisahkan hubungan malah membantu membina sebuah masyarakat yang harmoni di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inilah kekuatan Sabah yang terletak kepada kepelbagaian bangsa, agama, tradisi, etnik dan bahasa yang ada di negeri ini.

“Marilah kita rapatkan barisan ke arah Sabah lebih maju serta progresif dan pertahankan hubungan persaudaraan yang harmoni ini terus menjadi tunjang pembangunan dan keamanan negeri ini.

“Dalam pada itu, tahun 2025 adalah tahun terakhir bagi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 iaitu untuk tempoh 2021-2025. Sekiranya kita diberi mandat, kita akan teruskan dengan halatuju SMJ 2.0 dari tahun 2026 hingga tahun 2030.

“Sesungguhnya, tidak dinafikan Hala Tuju SMJ ini telah berjaya merubah dan memperbaiki prestasi ekonomi Sabah yang sebelum ini jatuh merudum akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2025, di sini hari ini.

Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Tionghua atas sokongan berterusan yang diberikan dalam membangunkan negeri ini.

“Selaku Ketua Menteri, saya memberi jaminan bahawa kesejahteraan rakyat, termasuk masyarakat Tionghua akan terus diberi keutamaan.

“Semoga tahun ini akan membawa sinar harapan, kekuatan, kebahagian dan kesihatan yang baik di samping menikmati lebih kemakmuran.

“Kita bersyukur kerana rakyat Malaysia di Sabah, terutamanya yang berketurunan Tionghua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini, iaitu Tahun Ular dalam suasana aman, harmoni dan penuh kegembiraan,” katanya.

Hajiji turut mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/27/kepelbagaian-membina-keharmonian-rakyat/feed/ 0 67583
Penyerahan Kepala Singa 2025 sempena Tahun Baru Cina Khamis ini https://sabahmedia.com/2025/01/06/penyerahan-kepala-singa-2025-sempena-tahun-baru-cina-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2025/01/06/penyerahan-kepala-singa-2025-sempena-tahun-baru-cina-khamis-ini/#respond Mon, 06 Jan 2025 03:47:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66541
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat Tiong Hua dari beberapa buah daerah dan kawasan di negeri ini akan menerima Kepala Singa sempena Tahun Baru Cina 2025.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Penganjur Induk Majlis, Datuk Dr Roland Chia berkata, antara yang menerima adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Inanam, Menggatal dan Papar.

Katanya, majlis penyerahan kepala singa itu akan diadakan pada 9 Januari ini bermula jam 10 pagi bertempat di Dewan Hakka di sini.

“Saya amat berbesar hati dengan kehadiran Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun bagi merasmikan majlis ini.

“Majlis ini adalah anjuran bersama dengan Pejabat Ketua Menteri, Kementerian Kewangan,  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas acara permulaan ini, daerah-daerah seperti Sandakan, Tawau, Beaufort, Sipitang, Lahad Datu, Tenom, Keningau, Ranau, Tuaran, Tamparuli, Kudat, Kota Marudu dan Labuan turut akan menerima Kepala Singa pada tarikh yang akan ditentukan kemudian oleh penganjur setempat.

Katanya, program Penyerahan Kepala Singa tahun 2025 merupakan tahun kelima dianjurkan.

“Program ini merupakan ilham Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 2021 adalah bagi menghargai sumbangan masyarakat Tiong Hua di Sabah dari segi kebudayaan, pembangunan modal insan dan juga pemangkin ekonomi di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/06/penyerahan-kepala-singa-2025-sempena-tahun-baru-cina-khamis-ini/feed/ 0 66541
Kerajaan GRS Sentiasa Pentingkan Dasar Kesaksamaan Semua Perayaan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/02/06/kerajaan-grs-sentiasa-pentingkan-dasar-kesaksamaan-semua-perayaan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/02/06/kerajaan-grs-sentiasa-pentingkan-dasar-kesaksamaan-semua-perayaan-di-sabah/#respond Sun, 06 Feb 2022 01:58:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11907
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa mementingkan dasar kesaksamaan kepada semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama khususnya di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia jelas dibuktikan menerusi penganjuran majlis resepsi Tahun Baru Cina yang turut menjadi satu perayaan penting untuk rakyat di negara ini.

Katanya, ia juga sama seperti perayaan-perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri; Krismas; Deepavali; Pesta Kaamatan dan sebagainya.

“Selepas dua tahun tidak dapat meraikan sambutan Tahun Baru Cina disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19, pada tahun ini kita berpeluang meraikannya secara sederhana dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Justeru, kita manfaatkanlah peluang yang ada ini, di samping bergembira menyambut perayaan Tahun Baru Cina, secara tidak langsung majlis seperti ini dapat menyemai, memupuk dan mempertahankan semangat murni dan kerjasama di antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pesta Ang Pow Tahun Baru Cina di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata,  Kerajaan GRS di bawah kepimpinannya akan terus menyokong penganjuran majlis perayaan yang diadakan di negeri ini.

“Bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kerajaan negeri telah memberikan bantuan membekal kepala singa kepada tokong-tokong dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Bagi tujuan ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk bantuan kepala singa di seluruh negeri,” katanya.

Katanya, Kerajaan GRS juga amat menitikberatkan aspek pendidikan kepada rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sebab itu, pada tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam iaitu sebanyak RM47 juta sekali gus ini adalah jumlah paling besar yang diluluskan kerajaan negeri.

“Semoga sumbangan dan bantuan kewangan oleh kerajaan GRS ini akan memberi manfaat dan memupuk semangat kesaudaraan dalam kalangan masyarakat Tionghua di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/06/kerajaan-grs-sentiasa-pentingkan-dasar-kesaksamaan-semua-perayaan-di-sabah/feed/ 0 11907
Terus Pertahan Kepelbagaian Budaya,Adat Masyarakat Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/30/terus-pertahan-kepelbagaian-budayaadat-masyarakat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/terus-pertahan-kepelbagaian-budayaadat-masyarakat-di-sabah/#respond Sun, 30 Jan 2022 14:15:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11756
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di negeri ini diseru untuk terus mempertahankan kepelbagaian budaya dan adat masyarakat setempat khususnya dalam menyambut suatu perayaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, budaya menyambut perayaan suku kaum dan etnik yang berbeza di negeri ini dilihat masih kekal subur dan harus dipertahankan.

“Disini saya ingin menyatakan bahawa budaya merayakan suatu perayaan secara bersama di Sabah dilihat masih kekal subur dan harmoni dikalangan masyarakat kita.

“Ia dapat dilihat apabila semua kaum akan turut serta dalam suatu perayaan yang disambut,”katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pasar malam terbuka sempena Tahun Baru Cina 2022 di Segama disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Yakub berkata, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini dapat terus mengekalkan budaya yang sedia ada bagi menjadi contoh kepada masyarakat luar.

Sementara itu, Yakub berkata, pasar malam yang diadakan itu adalah bersempena sambutan Tahun Baru Cina .

“Pada hari ini kita mengadakan Tinjauan Mesra di kawasan Segama dimana kawasan ini dijadikan sebagai salah satu pusat untuk para peniaga berniaga sempena sambutan Tahun baru Cina.

“Kita difahamkan bahawa tahun ini Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyediakan beberapa kawasan sebagai pusat penjualan sempena Tahun Baru Cina,” katanya.

Katanya, lokasi yang dibahagikan kepada beberapa kawasan itu adalah bagi mengelak orang ramai berkumpul dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih ada kini.

Terdahulu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, sebanyak 150 buah gerai dibuka di Segama.

“Pada tahun ini gerai yang dibuka disini (Segama) memang kurang hanya 150 buah gerai dibuka kerana kita sudah pecahkan dibeberapa lokasi.

“Antara lokasi lain yang dibuka adalah di Kedai Foh Sang; Kedai Kepayan (Yu Sang); Kawasan Parkir Dewan Damai; Tapak Tamu Pekan Menggatal dan Pasar Lido,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/terus-pertahan-kepelbagaian-budayaadat-masyarakat-di-sabah/feed/ 0 11756
Patuh SOP Dimusim Perayaan, Elak Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/01/30/patuh-sop-dimusim-perayaan-elak-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/patuh-sop-dimusim-perayaan-elak-penularan-covid-19/#respond Sun, 30 Jan 2022 04:49:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11737
Read Time:57 Second

PUTATAN: Orang ramai khususnya yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di negeri ini disarankan mengambil langkah komprehensif dalam memastikan jangkitan COVID-19 terus berjaya dilandaikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan pandemik berkenaan.

“Bersempena Tahun Baru Cina 2022 ini, suka saya  mengingatkan dalam kita merasa gembira meraihkannya, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan.

“Ini adalah untuk kita sama-sama membendung jangkitan COVID-19 yang masih ada dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan program menyantuni peniaga dan masyarakat Tiong Hua di sekitar Pekan Putatan dan Pekan Taman Jumbo, Putatan, disini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, program tersebut dalam masa sama turut memberikan peluang ikatan silahturahim melibatkan masyarakat setempat.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan Tanjung Keramat turun ke kawasan kedai dan juga perumahan, untuk mengagihkan buah limau mandarin kepada masyarakat kita  bersempena menyambut perayaan Tahun Baru  Cina.

“Saya sempat bertemu  dengan masyarakat yang ada disekitar untuk mendengar dan melihat keadaan sekeliling,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/patuh-sop-dimusim-perayaan-elak-penularan-covid-19/feed/ 0 11737
Peniaga Diingatkan Patuhi Harga Barangan Kawalan Musim Perayaan https://sabahmedia.com/2022/01/21/peniaga-diingatkan-patuhi-harga-barangan-kawalan-musim-perayaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/peniaga-diingatkan-patuhi-harga-barangan-kawalan-musim-perayaan/#respond Fri, 21 Jan 2022 05:16:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11365
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Peniaga di negeri ini diingatkan agar tidak menaikkan harga barangan kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan atau berdepan tindakan undang-undang.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya didapati ada peniaga mengamalkan sikap tidak beretika dalam perniagaan terutama dalam musim perayaan Tahun Baru Cina

“Menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina ini, peniaga jangan sesuka hati menaikkan harga barang-barang keperluan dan jangan mengambil kesempatan atau melanggar akta sedia ada di seluruh Sabah.

“Peniaga juga perlu meletak tanda harga pada semua barangan jualan bagi kemudahan pengguna ketika membeli-belah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

David berkata, pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan dengan membeli di kedai yang menjual dengan harga berpatutan bagi memberikan peringatan kepada peniaga yang lain.

Katanya, peniaga juga turut diingatkan untuk menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan serta meletakkan tanda harga khas ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

“Bagi peniaga pasar-pasar malam, saya juga ingin mengingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dalam pengendalian makanan serta pengurusan sisa dan lebihan makanan.

“Peniaga pasar malam juga digesa supaya menjaga kualiti makanan dan tahap kebersihan premis masing-masing ketika berniaga sepanjang bulan ini,” katanya.

Katanya, para peniaga juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti soal pemakaian, mempamerkan tanda harga dan tidak menghalang lalu lintas semasa menjalankan perniagaan.

“Saya juga ingin mengingatkan pengguna perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati memilih makanan yang dijual pasar-pasar malam.

“Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti berlakunya keracunan makanan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/peniaga-diingatkan-patuhi-harga-barangan-kawalan-musim-perayaan/feed/ 0 11365