Tahun Baru esok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Dec 2022 12:41:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tahun Baru esok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBS adakan Rumah Terbuka Krismas, Tahun Baru esok https://sabahmedia.com/2022/12/24/pbs-adakan-rumah-terbuka-krismas-tahun-baru-esok/ https://sabahmedia.com/2022/12/24/pbs-adakan-rumah-terbuka-krismas-tahun-baru-esok/#respond Sat, 24 Dec 2022 12:41:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26861
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru esok (25 Dis).

Menurut pengerusi penganjur majlis itu, Datuk Julita Majungki, program itu akan diadakan di Dewan Hakka, di sini, bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan turut hadir di majlis itu.

“Selepas dua tahun ‘berehat’ akibat wabak itu, tahun ini kami memutuskan untuk mengadakan sambutan meriah ini bersama rakyat.

“Selain pelbagai masakan, nyanyian lagu dan persembahan akan diadakan untuk menghiburkan tetamu kami,” katanya.

Majungki yang juga Setiausaha Agung parti turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam sambutan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/24/pbs-adakan-rumah-terbuka-krismas-tahun-baru-esok/feed/ 0 26861