Tahun Ini – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Feb 2024 09:45:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tahun Ini – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semua perayaan besar peringkat negeri dianjur secara rasmi oleh kerajaan negeri mulai tahun ini – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/02/11/semua-perayaan-besar-peringkat-negeri-dianjur-secara-rasmi-oleh-kerajaan-negeri-mulai-tahun-ini-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/02/11/semua-perayaan-besar-peringkat-negeri-dianjur-secara-rasmi-oleh-kerajaan-negeri-mulai-tahun-ini-hajiji/#respond Sun, 11 Feb 2024 09:45:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49351
Read Time:2 Minute, 37 Second

SANDAKAN: Mulai tahun ini, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menganjurkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Krismas peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengumumkan perkara itu sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Daerah Sandakan, beliau berkata ini bermakna semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan telah memutuskan penganjuran perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, seperti juga sambutan perayaan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” katanya sempena majlis itu di Dewan Hakka di sini pada Ahad.

Majlis Rumah Terbuka itu anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata rumah terbuka setiap perayaan di negara ini perlu menjadi platform untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan keharmonian
serta kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Beliau berkata seperti juga perayaan-perayaan yang lain antaranya Krismas, Aidilfitri, Deepavali dan Pesta Kaamatan yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia, Tahun Baharu Cina adalah satu lagi perayaan besar yang penting.

“Justeru, marilah kita memanfaatkan sambutan perayaan seperti ini, bukan saja untuk meraikan Tahun Baharu Cina, tetapi juga menjadi platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

“Sesungguhnya, semangat inilah ditambah dengan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata untuk membawa negeri ini untuk terus maju ke hadapan.

“Berdepan dengan pelbagai cabaran untuk pemulihan dan kestabilan ekonomi, setiap daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Saya menyeru kepada semua masyarakat Cina dan rakyat Sabah keseluruhannya untuk mengukuhkan jalinan kerjasama ini agar kita dapat menyediakan platform yang lebih kukuh dan terjamin untuk negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 ini jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri Sabah sentiasa mementingkan dasar kesaksamaan kepada semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama di negeri ini.

“Inilah keistimewaan kita di Sabah, perbezaan agama, bangsa dan budaya tidak menghalang untuk kita bersama-sama meraikan setiap perayaan yang ada di negara ini. Malah, hubungan persaudaraan tetap utuh walaupun berbeza kepercayaan.

“Semoga tahun naga ini yang melambangkan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah akan terus membawa Sabah terus maju ke hadapan dan rakyat hidup dalam keadaan aman damai.

“Saya berharap pada tahun ini juga kita dapat menangani pelbagai cabaran sama ada dalam aspek ekonomi dan kesihatan,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat akan bersama-sama kerajaan negeri berganding bahu dalam menjayakan agenda pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelan ini yang dilancarkan pada tahun 2021 kini berada di landasan betul, dan diharapkan dengan sokongan berterusan daripada rakyat, ekonomi negeri akan terus kukuh sekali gus akan menarik lebih ramai lagi pelabur untuk datang ke negeri ini.

“Fokus kita tidak pernah lari dari meningkatkan pembangunan negeri dan ekonomi rakyat. Jika ini dapat diteruskan, saya yakin kita dapat melaksanakan pelbagai lagi program untuk kebaikan takyat di negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir ADUN Tanjong Papat selaku Pengerusi Penganjur, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie dan ADUN Karamunting merangkap Pengerusi bersama, Datuk George Hiew Vun Zin.

Ketua Menteri turut menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cuba bersama pimpinan masyarakat Tionghua Sandakan di Bukit Sentosa, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/11/semua-perayaan-besar-peringkat-negeri-dianjur-secara-rasmi-oleh-kerajaan-negeri-mulai-tahun-ini-hajiji/feed/ 0 49351
Peruntukan RM553.07 juta, tingkat tahap sara diri tahun ini https://sabahmedia.com/2024/02/04/peruntukan-rm553-07-juta-tingkat-tahap-sara-diri-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/04/peruntukan-rm553-07-juta-tingkat-tahap-sara-diri-tahun-ini/#respond Sun, 04 Feb 2024 14:23:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49009
Read Time:1 Minute, 58 Second

PUTATAN: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan telah memperuntukkan sebanyak RM553.07 juta untuk sektor pertanian, perikanan dan industri makanan dalam bajet tahun ini demi mempertingkatkan tahap sara diri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus berusaha meningkatkan hasil dan kualiti pertanian dalam memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi.

“Justeru itu, pelbagai inisiatif dan inovasi diperkenal dan dilaksanakan melalui program-program pembangunan tanaman, akuakultur, penternakan dan pembangunan usahawan tani,” katanya semasa perasmian majlis ramah mesra pemimpin bersama ahli Pertubuhan Peladang daerah Putatan di tapak Mobile Food Kiosk di sini malam ini.

Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Pertubuhan Peladang Kawasan di negeri ini memandangkan peranan penting mereka dalam pembangunan industri makanan di negeri ini.

“Namun pertubuhan peladang juga perlu mempelbagaikan lagi inisiatif untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi ahli-ahli pertubuhan peladang di negeri ini.

“Seiring dengan itu, ahli pertubuhan peladang kawasan Putatan diminta
mempelbagaikan aktiviti ekonomi termasuk meneroka peluang dalam industri hiliran. Bukan saja di Putatan malah ahli peladang di seluruh negeri juga perlu menceburi industri hiliran.

“Ahli peladang tidak boleh sekadar menghasilkan bahan mentah untuk dipasarkan, sebaliknya mempelbagaikan hasil keluaran supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Sebagai contoh penghasilan pisang dan nanas yang boleh diproses menjadi makanan ringan seperti kerepek,” katanya.

Ketua Menteri berkata penerokaan kepada industri hiliran penting memandangkan ketika ini negara masih mengimport sejumlah makanan dari luar negara bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Dengan meneroka peluang seperti ini, ahli peladang akan turut dapat meningkatkan sosioekonomi keluarga,” katanya.

Hajiji berkata Putatan mungkin tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian komoditi berskala besar kerana saiznya yang agak kecil berbanding daerah lain di negeri ini tetapi dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu, ahli Pertubuhan Peladang Putatan berpeluang menjadi pemain industri pemasaran rantaian nilai agromakanan.

“Saya berharap lebih ramai ahli pertubuhan peladang menceburi bidang perniagaan dalam agro makanan dengan memperolehi bekalan bahan mentah dari daerah lain untuk dijadikan produk usahawan yang boleh di pasarkan di Kota Kinabalu.

“Cari jalan dan peluang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta dengan mewujudkan kerjasama pintar dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan,” katanya.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian atau Peladang Outlet di Kampung Meruntum Putatan dan beliau yakin dengan wujudnya Peladang Outlet ini secara tidak langsung akan menyumbangkan peluang pekerjaan serta peluang perniagaan kepada masyarakat peladang di daerah Putatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/04/peruntukan-rm553-07-juta-tingkat-tahap-sara-diri-tahun-ini/feed/ 0 49009