Takraw – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Aug 2026 02:00:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Takraw – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA XXII : Hatrik emas sepak takraw cerahkan peluang Sabah capai sasaran lima emas https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-hatrik-emas-sepak-takraw-cerahkan-peluang-sabah-capai-sasaran-lima-emas/ https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-hatrik-emas-sepak-takraw-cerahkan-peluang-sabah-capai-sasaran-lima-emas/#respond Sat, 22 Aug 2026 02:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102068
Read Time:1 Minute, 57 Second

SUBANG JAYA :  Skuad sepak takraw Sabah semakin menghampiri sasaran lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas mencipta hatrik emas pada saingan di Arena MBSJ, Puchong, di sini pada Jumaat.

Tiga emas yang diraih itu menjadikan Sabah mengumpul empat emas keseluruhan dalam acara sepak takraw, termasuk satu emas menerusi acara berpasukan wanita yang dimenangi pada Selasa lalu.

Kejayaan itu sekali gus meletakkan Sabah hanya selangkah untuk mencapai sasaran lima emas yang ditetapkan sebelum temasya berlangsung.

Tiga emas pada Jumaat hadir menerusi acara regu dua pemain wanita, regu dua pemain lelaki dan regu empat pemain wanita.

Dalam aksi final regu dua pemain wanita, Nazira Hani Iskandar dan Nedveeasharny Samaan bersama pemain simpanan Fieorylla Faradona menampilkan aksi kemas untuk menewaskan regu Perlis 15-7, 15-7.

Sabah kemudian meneruskan momentum menerusi regu dua pemain lelaki yang menampilkan gandingan Wan Muhammad Zulhakim Wan Sablee dan Wan Syahrul Ramadhan, dengan Norikhman Duraman sebagai pemain simpanan.

Kemenangan itu dilengkapkan menerusi acara regu empat pemain wanita apabila Fisydiana Faradona, Mersyella Dazzy Abalay, Nur Anis Alia Lair, Nur Syafikah Andi, Nurshazreyana Edy dan Rohaizan Roger Harun menewaskan Perak 15-12, 15-11.

Dengan dua lagi emas masih ditawarkan menerusi acara regu lelaki dan wanita, Sabah berpeluang cerah menamatkan kempen sepak takraw dengan lima emas seperti yang disasarkan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pencapaian skuad berkenaan membuktikan persiapan rapi yang dilakukan sebelum SUKMA membuahkan hasil.

“Syabas kepada semua pengurusan dan pasukan sepak takraw Sabah kerana berjaya menyumbangkan seperti yang dijangka dari awal.

“Hari ini kita menang tiga emas dan kelmarin satu emas. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, esok atau lusa kita dapat satu lagi pingat emas kerana kita memang mengharapkan sepak takraw menyumbang lima emas kepada kontinjen Sabah,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan itu juga perlu dijadikan contoh oleh persatuan sukan lain di Sabah dalam memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.

Katanya, penyertaan dalam SUKMA perlu disertai dengan persediaan menyeluruh dan matlamat yang jelas untuk mencapai kemenangan.

“SUKMA ini adalah satu sukan yang berprestij tinggi di Malaysia dan ia bukan satu sukan yang kita panggil sebagai ‘trial and error’.

“Bila kita bertanding, kita mesti bertanding dengan matlamat untuk menang. Diharapkan persatuan dan pasukan lain di Sabah dapat belajar daripada ini dan memperbaiki persiapan agar kita dapat keputusan lebih baik dua tahun lagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-hatrik-emas-sepak-takraw-cerahkan-peluang-sabah-capai-sasaran-lima-emas/feed/ 0 102068
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN – Hannah https://sabahmedia.com/2024/06/03/skuad-sepak-takraw-negara-terima-insentif-khas-daripada-msn-hannah/ https://sabahmedia.com/2024/06/03/skuad-sepak-takraw-negara-terima-insentif-khas-daripada-msn-hannah/#respond Mon, 03 Jun 2024 08:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55438
Read Time:1 Minute, 26 Second

BERNAMA

Sepang: Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata MSN telah meluluskan pemberian insentif berjumlah RM60,000 masing-masing kepada pasukan regu dan double susulan kejayaan muncul juara manakala regu berpasukan yang bergelar naib juara pula menerima RM50,000 pada saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa.

“(Kejayaan) Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 amat besar maknanya untuk rakyat Malaysia dan pemain pula bekerja keras menang emas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pada majlis menyambut kepulangan skuad boling padang para dari Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan.

Pada 22 Mei lepas, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan mereka pada pertandingan akhir acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.

Penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final pada 26 Mei.

Dalam pada itu, Hannah berkata MSN masih lagi berbincang mengenai kemasukan semula sepak takraw sebagai sukan teras seperti diminta Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini.

Sepak takraw bersama angkat berat dan taekwondo merupakan tiga sukan digugurkan MSN daripada senarai sukan teras negara pada 2017, berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan peningkatan berdasarkan semakan semula, termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan itu sejak 2007.

Mengenai permintaan berhubung pembinaan stadium khas untuk sepak takraw, Hannah mencadangkan supaya PSM bersama persatuan sukan lain bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk menggunakan kemudahan mereka termasuk untuk tujuan latihan.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/03/skuad-sepak-takraw-negara-terima-insentif-khas-daripada-msn-hannah/feed/ 0 55438