takziah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Jan 2025 07:16:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png takziah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemergian ADUN Sungai Sibuga kehilangan kepada negeri – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/01/20/pemergian-adun-sungai-sibuga-kehilangan-kepada-negeri-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/01/20/pemergian-adun-sungai-sibuga-kehilangan-kepada-negeri-hajiji/#respond Mon, 20 Jan 2025 07:03:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67217
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada Datin Kalsom Abd Aziz dan keluarga atas pemergian Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Allahyarham Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, yang meninggal dunia pada malam Ahad.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada negeri, terutama rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

“Allahyarham merupakan seorang rakan lama yang bersama-sama berjuang dalam pentadbiran kerajaan. Beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai. Perjuangan dan sokongan beliau bersama kerajaan negeri amat dihargai.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamad Hamsan,65,menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, Mohamad Hamsan yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga menewaskan empat calon lain dengan majoriti 1,538 undi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/20/pemergian-adun-sungai-sibuga-kehilangan-kepada-negeri-hajiji/feed/ 0 67217
Hajiji ucap takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud https://sabahmedia.com/2024/02/21/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-abdul-taib-mahmud/ https://sabahmedia.com/2024/02/21/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-abdul-taib-mahmud/#respond Wed, 21 Feb 2024 03:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49827
Read Time:29 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Hajiji menyifatkan Tun Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri
itu.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

“Jasa beliau kepada Sarawak amat besar dan ini adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/21/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-abdul-taib-mahmud/feed/ 0 49827