Taman Taman Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Nov 2025 01:11:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Taman Taman Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasukan SAR Gunung Kinabalu cipta sejarah tawan Everest Base Camp https://sabahmedia.com/2025/11/02/pasukan-sar-gunung-kinabalu-cipta-sejarah-tawan-everest-base-camp/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/pasukan-sar-gunung-kinabalu-cipta-sejarah-tawan-everest-base-camp/#respond Sun, 02 Nov 2025 01:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84740
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Pasukan Penyelamat Aras Tinggi (SAR) Gunung Kinabalu dari Taman-Taman Sabah (TTS) mencipta sejarah apabila berjaya menakluki Everest Base Camp (EBC) setinggi 5,364 meter pada jam 1.07 petang waktu Nepal (11.22 pagi waktu Malaysia) baru-baru ini.

Pendakian selama 10 hari itu dilakukan dalam cuaca ekstrem dengan suhu serendah -21°C serta laluan bersalji tebal menuntut kekuatan fizikal dan mental yang tinggi daripada pasukan.

Ekspedisi ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Operasi, Penswastaan & Pembangunan) Maipol Spait bersama anggota Rexie Meekenddey Madis, Silver Peter, Najeri Najib dan Suparin Kumin.

Walaupun misi asal merancang untuk menawan Gunung Kala Patthar (5,545m), pendakian ke puncak tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan akibat cuaca buruk dan penutupan laluan oleh pihak Taman Negara Sagarmatha.

Misi ini turut mendapat sokongan logistik daripada Mount Kinabalu Adventure & Travel Sdn Bhd bersama Mount Mania Treks & Expedition, Nepal. 

Sebelum itu, pasukan turut membuat kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pengarah Taman Negara Nepal dan Persatuan Sherpa Nepal pada 24 Oktober, membuka peluang kerjasama strategik masa hadapan.

Maipol berkata, kejayaan itu adalah demi Malaysia, rakyat Sabah dan Taman-Taman Sabah.

Katanya, kejayaan itu juga adalah bagi memperkukuh keupayaan Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu sebagai pusat latihan bertaraf antarabangsa.

Sebelum ini, pada September 2024, pasukan SAR TTS juga berjaya menawan Gunung Kilimanjaro, Tanzania (5,895m). – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/pasukan-sar-gunung-kinabalu-cipta-sejarah-tawan-everest-base-camp/feed/ 0 84740
1,495 tapak sulaiman mahkota berduri dibersihkan di Teluk Darvel https://sabahmedia.com/2025/08/15/1495-tapak-sulaiman-mahkota-berduri-dibersihkan-di-teluk-darvel/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/1495-tapak-sulaiman-mahkota-berduri-dibersihkan-di-teluk-darvel/#respond Fri, 15 Aug 2025 09:05:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79311
Read Time:1 Minute, 3 Second

Lahad Datu : Sebanyak 1,495 ekor Tapak Sulaiman Mahkota Berduri (COT) berjaya dikutip dan dimusnahkan dalam program pembersihan khas selama tiga hari di perairan cadangan Taman Teluk Darvel, di sini baru-baru ini.

Program yang bertemakan COT Outbreak Clean-up Darvel Bay itu dijalankan selama tiga hari bermula 10 Julai lalu merupakan hasil kolaborasi Taman-Taman Sabah (TTS), Marine Research Foundation (MRF), Reef Check Malaysia (RCM), Jabatan Perikanan Sabah dan Polis Marin Lahad Datu.

TTS dalam satu kenyataan memaklumkan, pembersihan dijalankan di enam lokasi terpilih iaitu Pulau Burung, Dominic Reef, Pulau Tabawan, Pulau Silumpat, Blue Ring Reef dan Mid Reef.

“Kaedah ‘removal and burial ashore’ digunakan, di mana COT dikutip dan ditanam di Pulau Burung serta Pulau Tabawan bagi mengelakkan ia kembali ke habitat asal,” menurut kenyataan itu di sini.

Bagaimanapun, TTS memaklumkan, hasil pemantauan pasukan penyelam dan laporan daripada pengendali selaman Darvel Bay Diving menunjukkan populasi COT di kawasan itu masih tinggi.

“Oleh itu, pemantauan berterusan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan segera bagi mengawal ancaman spesies ini terhadap ekosistem terumbu karang,” tambah kenyataan itu lagi

COT merupakan pemangsa semula jadi karang yang boleh memusnahkan ekosistem marin jika jumlahnya tidak dikawal, terutama di kawasan terumbu yang menjadi tarikan pelancong dan habitat pelbagai hidupan laut.- SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/1495-tapak-sulaiman-mahkota-berduri-dibersihkan-di-teluk-darvel/feed/ 0 79311
TTS pacu inisiatif inovatif ke arah pengurusan lestari dan digital https://sabahmedia.com/2025/07/27/tts-pacu-inisiatif-inovatif-ke-arah-pengurusan-lestari-dan-digital/ https://sabahmedia.com/2025/07/27/tts-pacu-inisiatif-inovatif-ke-arah-pengurusan-lestari-dan-digital/#respond Sun, 27 Jul 2025 01:08:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78007
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Taman-Taman Sabah (TTS) kini bukan hanya dikenali sebagai tapak konservasi biodiversiti, namun ia merupakan pentas kepada pembangunan yang mampan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Datuk Peter Lebar @ Peter Lintar berkata, ia juga merupakan institusi pendidikan semula jadi selain menjadi destinasi pelancongan lestari yang menjadi peluang untuk komuniti menjana pendapatan secara beretika dan berkesan.

“Justeru, saya menyambut baik pelbagai pendekatan baharu yang telah diperkenalkan dalam usaha memperkemas kawal selia dan pematuhan aktiviti marin. 

“Inisiatif perancangan dan pelaksanaan kaunter berpusat di dalam Taman ini adalah langkah berani dan bijak, demi memastikan keseimbangan antara keselamatan pelawat, pemeliharaan sumber semula jadi dan keberkesanan pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulangtahun Pewartaan Taman Tunku Abdul Rahman ke-51 Pulau Manukan di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah TTS Abdul Razak Jamil.

Peter berkata, penyediaan prosedur standard operasi (SOP) rekreasi air yang menyeluruh dan praktikal, pengukuhan aspek penguatkuasaan, serta pemantauan berterusan amatlah penting agar taman ini selamat untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, kempen Kembara Tanpa Tunai di TTS adalah bukti kesungguhan pihaknya dalam menyahut aspirasi digital negara.

Menurutnya,  kempen iy bukan sekadar menggalakkan penggunaan MyDebit di pintu masuk taman-taman terpilih, tetapi lebih penting lagi, ia membawa naratif perubahan ke arah pengurusan perkhidmatan yang lebih cekap, selamat, dan berdaya saing.

“Saya percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pelawat dengan pembayaran yang cepat dan selamat, malah turut memperkukuhkan ketelusan pengurusan hasil, menyumbang kepada sistem yang lebih lestari dan mesra alam.

“Dengan adanya insentif yang ditawarkan kepada pelawat dan taman yang mencapai prestasi terbaik, saya yakin kempen ini akan disambut dengan penuh semangat oleh semua pihak,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/27/tts-pacu-inisiatif-inovatif-ke-arah-pengurusan-lestari-dan-digital/feed/ 0 78007
Kerjasama semua pihak penting lindungi alam – Christina https://sabahmedia.com/2025/07/05/kerjasama-semua-pihak-penting-lindungi-alam-christina/ https://sabahmedia.com/2025/07/05/kerjasama-semua-pihak-penting-lindungi-alam-christina/#respond Sat, 05 Jul 2025 10:21:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76747
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama semua pihak dalam memastikan alam sekitar sentiasa terjaga dengan baik perlu terus diperkukuh dalam menjayakan pemuliharaan jangka panjang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, penjagaan alam sekitar bukan tugas Kerajaan semata-mata namun ianya turut melibatkan tanggungjawab bersama.

“Semua pihak tanpa mengira umur atau latar belakang boleh memainkan peranan masing-masing.  Ini kerana saya percaya bahawa hubungan erat antara komuniti dan alam sekitar perlu terus diperkukuh.

“Masyarakat setempat bukanlah pemerhati, tetapi rakan kongsi penting dalam menjayakan pemuliharaan jangka panjang, tanpa penglibatan komuniti, mana-mana usaha pemuliharaan tidak akan berjaya sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bulan Renjer Muda Taman-Taman Peringkat Kebangsaan 2025 menerusi Multiplatform (Zoom, Facebook dan Youtube Rasmi Taman-Taman Sabah di sini baru-baru ini.

Program itu berjaya diadakan dengan kehadiran l,770 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang awam daripada seluruh Malaysia. 

Christina berkata, pihaknya juga mahu semua pihak terus menyayangi alam sekitar yang menjadi sumber kehidupan harian masyarakat.

Katanya, segala keperluan asas khususnya udara bersih, air, makanan dan tempat perlindungan datang dari alam.

“Justeru kita perlu melindungi dan memuliharanya untuk kesejahteraan kita semua. Selain itu masyarakat perlu terus mencari ilmu tentang alam.

“Melalui program ini, para pelajar berpeluang mengenali lebih dekat ekosistem marin di  Taman Tun Mustapha, memahami fungsi penting serangga dalam ekosistem yang ada di Taman Kinabalu, serta menyelami usaha pemuliharaan penyu di taman pulau penyu.

“Semua ini adalah ilmu yang sangat bernilai dan wajar diperluas kepada rakan sebaya, keluarga dan komuniti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/05/kerjasama-semua-pihak-penting-lindungi-alam-christina/feed/ 0 76747
TTM catat sejarah, program terumbu karang terbesar Malaysia bakal diiktiraf MBOR https://sabahmedia.com/2025/05/17/ttm-catat-sejarah-program-terumbu-karang-terbesar-malaysia-bakal-diiktiraf-mbor/ https://sabahmedia.com/2025/05/17/ttm-catat-sejarah-program-terumbu-karang-terbesar-malaysia-bakal-diiktiraf-mbor/#respond Sat, 17 May 2025 07:48:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73987
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Program penanaman 12,000 fragmen terumbu karang di Taman Tun Mustapha (TTM), Kudat, kini dalam proses pengiktirafan oleh ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai yang terbesar di negara ini.

Melibatkan 1,000 rangka logam dipasang dua kilometer dari Tanjung Simpang Mengayau berhampiran Pulau Kalampunian, inisiatif ini disertai 60 penyelam profesional dan 250 peserta bukan penyelam, dibantu lima bot penghantar.

Pensijilan oleh MBOR dijangka selesai pada Ahad sebelum penyerahan Sijil Pengiktirafan kepada Taman-Taman Sabah (TTS) pada Isnin sempena pelancaran bertemakan ‘Unite for Oceans’, yang akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

Christina memuji TTS atas usaha pemulihan marin terbesar itu dan menyifatkannya sebagai produk pelancongan baharu yang mampu menyerlahkan lagi keindahan Kudat.

Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim berkata,  program dua minggu ini melibatkan komuniti tempatan dan pelbagai pihak, serta menggunakan kaedah Mars Assisted Reef Restoration System (MARRS) yang merangkumi sembilan fasa pemulihan, dari penilaian habitat hingga pemantauan berterusan.

Sebanyak 723 daripada 1,000 Reef Stars telah berjaya dipasang sehingga 16 Mei, dengan baki dijangka selesai dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ke pejabat menteri ialah pegawai kanan TTS termasuk Fazrullah Rizally Abdul Razak, Ak Mohd Rodzan Pg Dahlan, Norhaslam Adin dan Ivycleire Edward.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/17/ttm-catat-sejarah-program-terumbu-karang-terbesar-malaysia-bakal-diiktiraf-mbor/feed/ 0 73987