taman-taman sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Mar 2024 02:21:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png taman-taman sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Taman-Taman Sabah terus catat kejayaan terbaik dan berkelas antarabangsa https://sabahmedia.com/2024/03/02/taman-taman-sabah-terus-catat-kejayaan-terbaik-dan-berkelas-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2024/03/02/taman-taman-sabah-terus-catat-kejayaan-terbaik-dan-berkelas-antarabangsa/#respond Sat, 02 Mar 2024 02:21:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50383
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Taman-Taman Sabah (TTS) terus mencatat kejayaan yang terbaik serta berprestij dan berkelas antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Menteri Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, ia termasuklah penganugerahan UNESCO Triple Crown; penganugerahan Kinabalu UNESCO Global Geopark dan penganjuran Konferens Antarabangsa iaitu Turtle Islands Heritage Protected Area Joint Management Committee Meeting ke-14.

“Antara kejayaan yang dicapai adalah yang utama, terunggul dan terhebat adalah kejayaan penganugerahan UNESCO Triple Crown. Hanya sebanyak tiga negara sahaja di seluruh dunia yang telah mencapai tahap pengiktirafan tertinggi seumpama ini.

“Selain iitu, TTS turut berjaya dianugerahkan Kinabalu UNESCO Global Geopark oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris, Perancis pada 24 Mei 2023 dan penganjuran Konferens Antarabangsa iaitu Turtle Islands Heritage Protected Area Joint Management Committee Meeting ke-14 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 10 hingga 11 Julai 2023.

“Tahniah dan syabas atas kejayaan yang berprestij dan berkelas antarabangsa ini,” katanya pada majlis penghargaan Lembaga Pemegang Amanah TTS 2023 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Peter Lintar dan turut dihadiri Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim.

Christina berkata, kawasan perlindungan TTS bukan sahaja menjadi mercu tanda keindahan alam semulajadi namun menjadi tempat masyarakat dan pelancong menikmati keindahan alam semulajadi.

“Dengan menggunakan kerangka dan piawaian antarabangsa seperti pengiktirafan UNESCO dan United Nation Sustainable Development Goals ianya akan menjadi rujukan dan panduan utama yang sangat efektif agar dapat kita mengurus Taman kita secara lebih lestari,” katanya.

Dalam pada itu, Christina berkata, bukan mudah untuk mengurus kawasan TTS yang mempunyai keluasan 1.2 juta hektar.

Ini kerana katanya, terdapat kawasan yang jauh di dalam hutan dan ada kawasan pulau terpencil yang perlu beberapa jam menaiki bot untuk sampai.

“Mengurus dan melindungi kawasan-kawasan ini menelan kos yang tinggi, oleh itu konsep kelestarian perlu selari dengan pengukuhan kewangan  TTS. Hanya dengan sokongan kewangan yang kukuh, barulah kelestarian dapat dicapai.

“Kewangan yang kukuh membolehkan kita melaksanakan lebih banyak program dan projek naiktaraf fasiliti. Saya difahamkan pendapatan TTS pada tahun lalu amat memberangsangkan iaitu sebanyak RM 54 juta, tidak termasuk geran kerajaan.

“Ini merupakan satu petanda bahawa TTS  berada di dalam laluan betul untuk menjadi sebuah agensi yang Financial Self-Sustaining,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/02/taman-taman-sabah-terus-catat-kejayaan-terbaik-dan-berkelas-antarabangsa/feed/ 0 50383
Taman-Taman Sabah jalin kerjasama dengan Korea National Park Service, urus Global Geopark https://sabahmedia.com/2023/11/29/taman-taman-sabah-jalin-kerjasama-dengan-korea-national-park-service-urus-global-geopark/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/taman-taman-sabah-jalin-kerjasama-dengan-korea-national-park-service-urus-global-geopark/#respond Wed, 29 Nov 2023 08:21:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45855
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Taman-Taman Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korea National Park Service untuk menjalin kerjasama dalam pengurusan Global Geopark di antara kedua-dua negara dalam tempoh 5 tahun.

Menterinya Datuk Christina Liew memaklumkan perkara itu kepada sidang Dewan bagi merujuk cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong agar satu penyelarasan kerjasama dilakukan di antara kawasan Geopark Sabah dengan kawasan Geopark di Korea dan China.

Jelas Christina, Taman-Taman Sabah juga telah mula mengadakan perbincangan awal dengan pihak People’s Government of Shen nong jia Forestry District, China yang merupakan agensi bertanggungjawab mengurus kawasan Global Geopark Shennongjia di China untuk menjalinkan kerjasama pengurusan Geopark.

“Kementerian yakin dengan kerjasama yang terjalin ini akan mengukuhkan lagi pengurusan Kinabalu Global Geopark secara mampan dan lestari,” jelasnya dalam ucapan penggulungannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai dengan saranan ADUN Sulabayan berhubung dengan pengenalan cukai tempatan dalam sektor pelancongan.

Christina berkata, bahawa industri pelancongan terletak di bawah senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia. Namun, kementeriannya akan cuba mengkaji perkara ini dengan lebih teliti bersama dengan
Kementerian Kewangan.

“Pada masa sama, kementerian juga
mengalu-alukan sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan boleh melihat perkara ini agar dapat dikuatkuasakan dalam enakmen sedia ada.

“Manakala berhubung dengan hasil cukai pelancongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi, sememangnya kementerian saya telahpun memanjangkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Saya yakin juga bahawa Kementerian Kewangan Negeri telah menyuarakan perkara ini kepada Kementerian Kewangan Malaysia,” jelas Christina lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/taman-taman-sabah-jalin-kerjasama-dengan-korea-national-park-service-urus-global-geopark/feed/ 0 45855