taman-taman sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Apr 2026 07:22:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png taman-taman sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Restorasi terumbu karang di TTM raih pengiktirafan MBOR https://sabahmedia.com/2026/04/11/restorasi-terumbu-karang-di-ttm-raih-pengiktirafan-mbor/ https://sabahmedia.com/2026/04/11/restorasi-terumbu-karang-di-ttm-raih-pengiktirafan-mbor/#respond Sat, 11 Apr 2026 07:19:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94680
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Usaha pemuliharaan marin di Sabah mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila Program Restorasi Terumbu Karang di Taman Tun Mustapha (TTM) berjaya menanam sebanyak 12,000 fragmen terumbu karang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, kejayaan itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai antara inisiatif restorasi terumbu karang berskala besar di negara ini.

Beliau berkata, usaha itu merupakan antara inisiatif utama yang dilaksanakan Taman-Taman Sabah (TTS) menerusi 214 program dan acara yang direkodkan sepanjang kalender peristiwa TTS pada tahun lalu.

“Program itu dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, komuniti setempat serta pemegang taruh industri, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif dalam memelihara khazanah biodiversiti marin Sabah.

“Selain program itu,TTS buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Persidangan Jaringan Geopark Malaysia, yang memperkukuh jaringan kerjasama serta perkongsian ilmu dalam kalangan pakar dan agensi berkaitan di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan 2025 Lembaga Pemegang Amanah TTS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Datuk Peter Lintar dan Pengarah TTS Datuk Dr Maklarin Lakim.

Jafry berkata, TTS turut berjaya melaksanakan ekspedisi aras tinggi Everest Base Camp (EBC), Nepal, melibatkan seramai lima orang kakitangan TTS pada 22 Oktober hingga 5 November tahun lalu.

“Pencapaian utama ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan pengurusan, tetapi juga inovasi dan komitmen tinggi dalam memperkasa agenda pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya.

Sementara itu, Jafry berkata, dalam mendepani cabaran semasa, TTS akan terus memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti selaras dengan komitmen global.

Katanya, ia termasuklah rangka kerja biodiversiti antarabangsa dan sasaran perlindungan kawasan yang lebih inklusif dan berkesan.

“Dalam masa yang sama, kita menjangkakan peningkatan ketara jumlah pelancong menjelang tahun 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia.

“Justeru, pendekatan pengurusan taman perlu lebih strategik, berasaskan data, serta berteraskan prinsip kelestarian, agar keindahan alam dapat terus dinikmati tanpa menjejaskan integriti ekosistem taman,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/11/restorasi-terumbu-karang-di-ttm-raih-pengiktirafan-mbor/feed/ 0 94680
TTS mampu jadi model rujukan global dalam pengurusan kawasan perlindungan https://sabahmedia.com/2025/01/19/tts-mampu-jadi-model-rujukan-global-dalam-pengurusan-kawasan-perlindungan/ https://sabahmedia.com/2025/01/19/tts-mampu-jadi-model-rujukan-global-dalam-pengurusan-kawasan-perlindungan/#respond Sun, 19 Jan 2025 01:25:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67137
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kundasang : Taman-Taman Sabah (TTS) mampu melangkah ke hadapan dan akan terus relevan serta menjadi model rujukan global dalam pengurusan kawasan perlindungan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, komitmen bagi memperkasakan teknologi hijau dan inovasi dalam pelancongan lestari akan terus dipertingkatkan.

Katanya, penglibatan komuniti setempat sebagai rakan kongsi strategik dalam usaha konservasi amatlah penting.

“Usaha meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap pentingnya memelihara khazanah alam akan diteruskan melalui program pendidikan dan inisiatif seperti Program Renjer Muda TTS.

“Kolaborasi dengan badan antarabangsa dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dan pelancongan akan terus diperkukuhkan, mengukuhkan nama Sabah di arena global sebagai pelindung biodiversiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Intan TTS di Pekan Kundasang di sini semalam.

Christina berkata, selepas 60 tahun kelahiran TTS, sebanyak sembilan buah Taman Negeri di Sabah yang mana terdapat 24 pintu masuk stesyen dengan zon rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan pelancongan dan sembilan pos kawalan di seluruh Sabah.

Katanya, pada masa ini, empat kawasan telah dikenalpasti dicadangkan untuk diwartakan iaitu Teluk Darvel, Lahad Datu; Pulau Mengalum, Kota Kinabalu; Perairan Mantanani, Kota Belud; dan Kawasan tinggalan Bekas lombong Mamut, Ranau.

“Semua usaha ini adalah selari dengan komitmen Negeri Sabah terhadap Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), khususnya di bawah rangka kerja Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (GBF) dan sasaran 30×30 untuk melindungi 30 peratus kawasan biodiversiti Malaysia menjelang tahun 2030,” katanya. – SABAH MEDIA/ FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/19/tts-mampu-jadi-model-rujukan-global-dalam-pengurusan-kawasan-perlindungan/feed/ 0 67137
TMTS catat kedatangan pelancong yang positif https://sabahmedia.com/2024/07/29/tmts-catat-kedatangan-pelancong-yang-positif/ https://sabahmedia.com/2024/07/29/tmts-catat-kedatangan-pelancong-yang-positif/#respond Mon, 29 Jul 2024 02:26:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58233
Read Time:1 Minute, 31 Second

Semporna : Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) berjaya mencatat kedatangan pelancong yang positif dengan jumlah seramai 302,016 pelancong bagi tempoh dari tahun 2020 sehingga Jun tahun ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Josie Lai berkata, jumlah itu direkodkan selepas pemansuhan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak COVID-19 yang melanda negara beberapa tahun lalu.

“Taman ini sememangnya tarikan ekopelancongan yang popular, setakat Jun lalu, seramai 42,804 pelancong melibatkan 11,128 Malaysia dan 31,282 luar negara telah melawati kawasan ini.

“Daripada ini 29,654 pelancong iaitu 7,668 Malaysia dan 21,986 luar negara telah mendaki trail Bohey Dulang. Populariti TMTS sebagai kawasan eko-pelancongan marin yang terbaik telah ditunjukkan dalam kewangan yang kukuh.

“Pada tahun 2022, TMTS telah mencatatkan pendapatan sebanyak  RM373,692, kemudian RM3,523,547 pada tahun lalu dan sehingga Mac 2024 adalah sebanyak RM1,234,216,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Perwartaan TMTS Semporna ke-20 di sini semalam.

Josie berkata, TMTS mempunyai 20 tapak selaman iaitu lapan di Sibuan, 10 di Mantabuan, dan dua di Bohey Dulang.

Katanya, ‘Manta Point’ merupakan salah satu tapak selaman yang terbaik di dunia  Ianya juga mempunyai ‘hiking trail’  sepanjang 700 meter dan berketinggian 300 meter.

“Pihak Taman-Taman Sabah (TTS) telah meningkatkan dan memperbaiki prasarana pelancongan di TMTS menerusi pelbagai usaha. Pada tahun lalu, tandas di ketinggian 500 meter dibina bagi kemudahan pelancong yang menaiki trail Bohey Dulang.

“Trail ini juga telah dinaiktaraf dan satu pelantar dibina untuk memudahkan pelancong naik dan turun di kawasan ini pada tahun 2022.

“Seterusnya, terdapat juga pembinaan yang sedang dilakukan pihak TTS seperti pondok kawalan di trail, bangunan staf baru, pondok pendaftaran dan pemeriksaan, kafe di Pulau Bohey Dulang, kepala jeti, pondok pengawal pantai dan tandas di Pulau Sibuan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/29/tmts-catat-kedatangan-pelancong-yang-positif/feed/ 0 58233
Sabah komited pastikan Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu berfungsi selaras dengan keperluan UNESCO https://sabahmedia.com/2022/12/02/sabah-komited-pastikan-tapak-warisan-dunia-taman-kinabalu-berfungsi-selaras-dengan-keperluan-unesco/ https://sabahmedia.com/2022/12/02/sabah-komited-pastikan-tapak-warisan-dunia-taman-kinabalu-berfungsi-selaras-dengan-keperluan-unesco/#respond Fri, 02 Dec 2022 08:47:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25720
Read Time:1 Minute, 44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUNDASANG : Kerajaan negeri amat komited dalam memastikan Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu akan terus berfungsi sesuai dengan matlamat dan dasar kerajaan selaras dengan keperluan UNESCO.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Peter Lintar berkata, usaha-usaha penyelidikan, pembangunan eko pelancongan, penguatkuasaan dan keterlibatan komuniti setempat akan terus diberi perhatian demi memastikan Tapak Warisan itu terus gah di mata dunia.

“Sejak tahun 2010, TTS telah mengamalkan dasar untuk melibatkan komuniti dalam pelbagai program konservasi dan juga eko pelancongan khususnya dalam program-program Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu.

“Hari Komuniti yang diadakan pada setiap tahun termasuk pada hari ini merupakan salah satu komitmen yang diberikan oleh TTS kepada komuniti untuk meneruskan budaya mereka agar ianya berkekalan dan diteruskan oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meramsikan Majlis Ulang Tahun Pengiystiharan Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu Kali Ke-22 di sini hari ini.

Peter berkata, melalui Amalan Pengurusan Terbaik, TTS telah memberi keutamaan kepada komuniti setempat untuk menggunakan kawasan Taman Kinabalu sebagai aktiviti eko pelancongan berasaskan komuniti.

Katanya, sebanyak 16 permit telah diberikan kepada 16 persatuan daripada kampung yang terpilih untuk mengadakan aktiviti eko pelancongan seperti mendaki gunung, junggle trekking, air terjun dan sungai bagi menambah sumber pendapatan mereka.

“Aktiviti ini memperlihatkan komitmen TTS dalam usaha bekerjasama dan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan perlindungan dan pemuliharaan khususnya Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu.

“Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu juga menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti persekitaraan seperti Malim Gunung dan Porter selain daripada sektor kerajaan dan swasta yang terdapat di Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu ini.

“Lebih kurang 1000 peluang pekerjaan terutama yang melibatkan komuniti setempat Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu yang mendapat manfaat daripada sektor pelancongan,” katanya.

Sementara itu, Peter berkata, TTS juga turut memastikan dasar kerajaan dalam memastikan pembangunan ekonomi komuniti dipertingkatkan melalui program-program yang berimpak tinggi.

Katanya, penglibatan komuniti dalam sektor pelancongan diberi keutamaan terutama yang berada berhampiran dengan Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu.

“Latihan dan kursus jurupandu pelancong juga dipertingkatkan demi untuk perkhidmatan yang lebih baik kepada pelancong,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/02/sabah-komited-pastikan-tapak-warisan-dunia-taman-kinabalu-berfungsi-selaras-dengan-keperluan-unesco/feed/ 0 25720
Lindungi Zon Ecolinc Kinabalu Untuk Manfaat Komuniti Luar Bandar https://sabahmedia.com/2021/12/18/lindungi-zon-ecolinc-kinabalu-untuk-manfaat-komuniti-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2021/12/18/lindungi-zon-ecolinc-kinabalu-untuk-manfaat-komuniti-luar-bandar/#respond Sat, 18 Dec 2021 10:53:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10051
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA BELUD: Zon Ecolinc Kinabalu perlu dilindungi berikutan kedudukannya di kawasan tanah tinggi yang boleh memberi  impak signifikan kepada kawasan tanah rendah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, berkata penerokaan tanah di kawasan itu akan membawa impak tinggi kepada kawasan-kawasan rendah di sepanjang sungai Tuaran dan Kadamaian.

“Salah satu objektif utama projek Ecolinc ini adalah untuk mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan komuniti di kawasan terpilih sebagai agen memberi lakian kepada kesinambungan habitat dan hidupan liar antara Taman Kinabalu dan Taman Banjaran Crocker.

“Aktiviti-aktiviti dibawah objektif ini bukan saja telah memberi manfaat bukan sahaja kepada komuniti dan kampung tetapi juga sekaligus dapat menjaga alam sekitar untuk mengekalkan khazanah alam agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata demikian pada majlis perasmian tapak eko-pelancongan dan pusat pemprosesan nanas di Zon Ecolinc Kinabalu di Pekan Nabalu di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah dan penyelaras projek Kinabalu Ecolinc, Ludi Apin, turut hadir mewakili Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim.

Ditaja oleh Kesatuan Eropah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, Zon Ecolinc Kinabalu meliputi tujuh kampung di bawah daerah Kadamaian, Tuaran dan Ranau.

Sejak ia dimulakan 2014, projek Kinabalu Ecolinc telah memberi peluang kepada kominiti luar bandar untuk terlibat secara langsung dalam memanfaatkan program yang dijalankan, khususnya dalam aktiviti pertanian mampan dan pelancongan berasaskan komuniti.

Pihak Lembaga Pelancongan Sabah, Taman-Taman Sabah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), dan Universiti Malaysia Sabah, antara lain, membantu menyediakan sokongan latihan untuk melengkapkan penduduk luar bandar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Menyeru rakyat untuk mengambil kesempatan daripada inisiatif Kinabalu Ecolinc, Joniston berkata Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus menyokong projek kerjasama sedemikian yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya memuji usaha Taman-Taman Sabah dalam menyalurkan pelbagai aktiviti sosioekonomi dan pembangunan kapasiti kepada komuniti di pelbagai daerah. Saya berharap agar lebih ramai lagi komuniti yang berminat dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sedemikian.

“Hari ini, kita melihat penubuhan eko-pelancongan berasaskan komuniti baru, dan kita berharap destinasi pelancongan berasaskan komuniti ini akan dikenali secara global,” katanya.

Tiga tapak pelancongan berasaskan komuniti yang baru dilancarkan ialah Eko-Pelancongan Kampung Kiau (Kota Belud), Eko-Pelancongan Kampung Tiong Simpodon (Kiulu), dan Eko-Pelancongan Kampung Wasai Kosigompoton (Kiulu).

Maklarin, dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ludi, berkata Kinabalu Ecolinc komited untuk melaksanakan aktiviti utama iaitu pembentukan kawasan lindungan masyarakat; restorasi habitat merosot berasaskan komuniti; pembangunan pertanian lestari; dan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti yang berkaitan hutan untuk menyokong pengurusan hutan.

Sementara itu, penduduk kampung yang terlibat dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak kerana memberi mereka latihan yang amat diperlukan.

Mereka juga berharap inisiatif sebegini akan diteruskan bagi membantu penduduk luar bandar meningkatkan keupayaan, khususnya melalui aktiviti pelancongan dan pertanian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/18/lindungi-zon-ecolinc-kinabalu-untuk-manfaat-komuniti-luar-bandar/feed/ 0 10051
Semporna Berpotensi Jadi Hub Pelancongan Dunia https://sabahmedia.com/2021/12/17/semporna-berpotensi-jadi-hub-pelancongan-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/semporna-berpotensi-jadi-hub-pelancongan-dunia/#respond Fri, 17 Dec 2021 05:20:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9998
Read Time:1 Minute, 20 Second

SEMPORNA : Keindahan alam semulajadi bersifat maritim yang wujud di Semporna membolehkan daerah ini berpotensi menjadi hub pelancongan dunia seperti Pulau Hawaii, Pulau Mauritius dan Pulau Canary.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Askalani Abdul Rahim berkata, ia merupakan anugerah semulajadi yang harus dihayati, dimajukan, dijaga dan diambil faedahnya oleh penduduk.

Katanya, ia termasuklah kerajaan dan pihak pemaju pelancongan dengan pemantauan oleh pihak kementerian serta jabatan berkaitan.

“Selain Pulau Sipadan, terdapat juga beberapa pulau lain misalnya Pulau Mabul, Pulau Timba-Timba, Pulau Pandanan, Pulau Pompom, Pulau Bohe’an, Pulau Mataking dan Pulau Kulapuan yang boleh dimajukan untuk menjadi pusat tarikan pelancong bertaraf dunia.

“Dalam konteks ini, TTS, pihak lembaga telah melakukan banyak tindakan proaktif untuk kelestarian alam sekitar di Semporna yang sekaligus bakal menjadi tarikan kepada industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pesta Laut Bajau Semporna 2021 dan Pemilihan Pulau Mabul, Semporna Sebagai Pintu Gerbang Pelancongan Bertaraf Dunia di Dewan Masyarakat, disini semalam.

Askalani berkata, pihak arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Muzium Negeri Sabah telah mengiktiraf wujudnya petempatan prasejarah di Bukit Tengkorak, Malanta Tutup dan Bukit Kemiri.

“Difahamkan melalui kajian arkeologi, Bukit Tengkorak merupakan pusat pembuatan tembikar dan dapur tanah liat terbesar di Asia Tenggara 4000 tahun yang lalu dan penyebaran tembikar serta dapur tanah liat yang dikenali sebagai ‘lapohan’ dari kawasan ini sehingga ke Kepulauan Solomon di utara Australia.

“Kerajaan negeri mempromosikan dan merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini secara amnya khususnya di Semporna,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil dan Pengerusi Pesta Laut Etnik Bajau dan Pesta Regatta Lepa 2021, Datuk Hajan Gurimbang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/semporna-berpotensi-jadi-hub-pelancongan-dunia/feed/ 0 9998
14,802 Sarang Penyu Direkodkan, Bakal Atasi Rekod Tertinggi Tahun Lalu https://sabahmedia.com/2021/10/01/14802-sarang-penyu-direkodkan-bakal-atasi-rekod-tertinggi-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/14802-sarang-penyu-direkodkan-bakal-atasi-rekod-tertinggi-tahun-lalu/#respond Fri, 01 Oct 2021 04:16:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7061
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 14,802 sarang penyu telah direkodkan tahun ini dan dijangka bakal mengatasi rekod persarangan tertinggi tahun lalu sebanyak 15,890 sarang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, berdasarkan data sejumlah 1,164,794 biji telur dikutip dan telah menetaskan sebanyak 508,842 ekor anak penyu yang sudah dilepaskan ke lautan.

“Ini menjadikan secara keseluruhannya sudah hampir 21 juta anak-anak penyu telah dilepaskan semula ke lautan di sekitar Taman Pulau-Pulau Penyu sejak tahun 1977 sehinggalah kini, iaitu selama 44 tahun.

“Secara teorinya dari 21 juta anak penyu yang dilepaskan itu, hanya 21 ribu ekor sahaja yang akan berjaya menjadi penyu dewasa. Data penyelidikan menunjukkan bahawa nisbah dari 1,000 ekor anak penyu yang dilepaskan, hanya seekor sahaja akan berjaya menjadi penyu dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pewartaan Taman Pulau-Pulau Penyu ke-44 secara maya disini pagi tadi.

Jafry berkata, Taman Pulau-Pulau Penyu juga merupakan kawasan yang disenaraikan di dalam kawasan ‘Turtle Island Heritage Protected Area’ atau lebih sinonim dengan gelaran TIHPA.

Katanya, kerjasama itu melibatkan usaha pemuliharaan habitat dan kawasan pendaratan penyu di sembilan buah pulau, dan tiga buah pulau terletak di Malaysia iaitu di Taman Pulau-Pulau Penyu.

“Penubuhan TIPHA ini pada 31 Mei tahun 1996 adalah merupakan usahasama bilateral di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Filipina dalam memantapkan lagi konservasi penyu di perairan Sulu dan juga di rantau Asia Tenggara.

“Inisiatif ini amat terkenal seantero dunia sebagai satu-satunya kerjasama rentas sempadan negara seumpamanya di dunia khusus untuk pemuliharaan spesies penyu,” katanya.

Katanya, perbincangan dan kerjasama dalam pelbagai bentuk yang telah dijalankan selama lebih 25 tahun telah membuahkan manfaat dan hasil yang membanggakan demi inisiatif pemuliharaan penyu rentas negara.

“Sebagai contoh dengan inisiatif TIHPA, kedua-dua negara saling bertukar-tukar data penyelidikan khususnya dalam teknik pengurusan nurseri penyu.

“Perkongsian ini telah meningkatkan dan memperbaiki keupayaan negara masing-masing dan akhirnya meningkatkan kadar penetasan anak penyu di kedua-dua negara,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry berkata, pihaknya melalui Taman-Taman Sabah telah berjaya memberi alternatif dalam penyampaian produk pelancongan yang menarik melalui program Sarang-Angkat Penyu atau “Turtle Nest-Adoption Program” di Taman Pulau-Pulau Penyu.

“Saya sendiri pun telah menganak-angkatkan sebuah sarang penyu sebagai tanda sokongan saya kepada usaha mulia ini. Program sebegini dapat membuka peluang secara langsung kepada pelancong dan orang awam untuk menyumbang dan terlibat secara peribadi sesuatu bakti dalam usaha konservasi penyu.

“Saya difahamkan juga, sejak tahun 2016 sehingga kini, sejumlah 1,688 sarang telah anak-angkatkan dengan jumlah kutipan sebanyak RM 168,800. Kesemua wang sumbangan ini telah digunakan khusus untuk penyelenggaraan nurseri penyu di Taman Pulau-Pulau Penyu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/14802-sarang-penyu-direkodkan-bakal-atasi-rekod-tertinggi-tahun-lalu/feed/ 0 7061
Aktiviti Pendakian Gunung Kinabalu Mula Dibuka Hari Ini https://sabahmedia.com/2021/09/16/aktiviti-pendakian-gunung-kinabalu-mula-dibuka-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2021/09/16/aktiviti-pendakian-gunung-kinabalu-mula-dibuka-hari-ini/#respond Wed, 15 Sep 2021 23:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6386
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu akan mula dibuka semula kepada orang awam dan pelawat bermula hari ini.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan berkata, selain aktiviti pendakian, semua pejabat dan stesen TTS akan turut dibuka kepada awam hari ini.

Namun bagi Taman Pulau-Pulau Penyu Sandakan akan mula dibuka pada 20 September ini manakala Pulau Bohey Dulang Taman Marin Tun Sakaran Semporna dan Sub Stesen Kimanis Taman Banjaran Crocker Keningau akan dimaklumkan kemudian.

“Walaubagaimanapun hanya pelawat dan pendaki yang lengkap divaksinasi, tinggal di daerah yang sama dan berusia diatas 12 tahun serta 70 tahun ke bawah sahaja dibenarkan masuk ke destinasi-destinasi ini.

“Had pelawat adalah seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan (setiap Sub Stesen dan Pulau),” katanya.

Selain itu, semua aktiviti yang dibenarkan dalam Taman adalah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) Pengoperasian Stesen TTS Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua yang di kemaskini pada 11 September 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/16/aktiviti-pendakian-gunung-kinabalu-mula-dibuka-hari-ini/feed/ 0 6386