Taman Tun Fuad Stephens – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Feb 2025 05:07:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Taman Tun Fuad Stephens – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Taman Botani Sabah Tun Fuad Stephens dijangka siap sebelum Jun https://sabahmedia.com/2025/02/21/taman-botani-sabah-tun-fuad-stephens-dijangka-sebelum-jun/ https://sabahmedia.com/2025/02/21/taman-botani-sabah-tun-fuad-stephens-dijangka-sebelum-jun/#respond Fri, 21 Feb 2025 04:50:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69124
Read Time:43 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kerja-kerja menaiktaraf Taman Botani Sabah Tun Fuad Stephens di Bukit Padang dekat sini di jangka siap sebelum Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Datuk Phoong Jin Zhe, berkata penaiktarafan kini di peringkat akhir dengan hanya tinggal sentuhan akhir.

“Melihat dari tasik, jambatan pejalan kaki telah dibina semula, lampu jalan sudah dipasang, pegangan tangan sudah terpasang dan keseluruhan laluan pejalan kaki juga sudah terbentuk,” katanya ketika meninjau perkembangan kerja-kerja naiktaraf kawasan itu pada Rabu bersama pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pegawai-pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Selain trek joging yang biasa, laluan jalan di tepi tasik juga dinaik taraf bagi membolehkan orang ramai berjalan-jalan di tepi tasik.

Phoong yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan telah mengarahkan semua agensi terlibat untuk memantau kemajuan dengan teliti bagi memastikan taman itu siap secepat mungkin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/21/taman-botani-sabah-tun-fuad-stephens-dijangka-sebelum-jun/feed/ 0 69124
Taman Tun Fuad Stephens ditutup sementara untuk kerja-kerja menaiktaraf – DBKK https://sabahmedia.com/2022/12/01/taman-tun-fuad-stephens-ditutup-sementara-untuk-kerja-kerja-menaiktaraf-dbkk/ https://sabahmedia.com/2022/12/01/taman-tun-fuad-stephens-ditutup-sementara-untuk-kerja-kerja-menaiktaraf-dbkk/#respond Thu, 01 Dec 2022 08:40:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25667
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil maklum berkenaan satu kenyataan orang awam yang tular berhubung isu penutupan sementara Taman Tun Fuad Stephens bagi tujuan kerja-kerja penaiktarafan Projek Taman Botani Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip memaklumkan bahawa taman ini merupakan tanah gazet (26-1974) Fish Lake and Botanical Garden dan projek yang bakal dibangunkan itu adalah selaras dengan maksud gazet tersebut.

Noorliza berkata, projek ini merupakan sebuah projek kerajaan persekutuan bagi membangunkan dan menaiktaraf
kawasan seluas 44.13 ekar iaitu tertumpu di kawasan sekitar trek jogging dan tasik sedia ada dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Pihak Jabatan Landskap Negara (KPKT) adalah merupakan Pengurus Projek dan juga Pegawai Penguatkuasa bagi projek ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorliza, pembinaan ini akan mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk disiapkan. Oleh itu, atas faktor keselamatan awam dan kelancaran pelaksanaan projek ini serta bagi mematuhi peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (OSHA) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), aktiviti rekreasi (trek jogging) akan ditutup bermula pada 10 Disember 2022 sehingga 18 September 2024.

“Walaubagaimanapun, Dewan Putra dan Restoran Kampung Nelayan, Restoran Lake View dan tapak penjaja sementara masih dibenarkan beroperasi dan boleh dikunjungi orang awam,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan beberapa sesi libat urus yang melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sekitar telah diadakan iaitu bengkel-bengkel reka bentuk pada tahun 2019 dan 2021, perjumpaan bersama penjaja pada bulan Oktober 2022 dan temuramah pemegang taruh (skop laporan PMM).

Turut dijelaskan fungsi utama sebagai kawasan rekreasi dan tasik di taman itu akan dikekalkan malah akan ditambahbaik dengan kemudahan baharu dan juga akan menonjolkan identiti, budaya dan keunikan tumbuhan di Negeri Sabah.

Justeru itu, katanya, pembangunan dan naiktaraf ini dijangka akan menjadi salah satu daya tarikan baharu di Kota Kinabalu apabila ia siap kelak dan ianya akan dibuka semula kepada orang awam untuk menjalankan aktiviti rekreasi seperti biasa tanpa bayaran masuk ke taman seperti sedia kala.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/01/taman-tun-fuad-stephens-ditutup-sementara-untuk-kerja-kerja-menaiktaraf-dbkk/feed/ 0 25667