Tamu besar kb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Nov 2024 06:46:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tamu besar kb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tamu besar tarikan pelancong, eratkan perpaduan rakyat https://sabahmedia.com/2024/11/02/tamu-besar-tarikan-pelancong-eratkan-perpaduan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/11/02/tamu-besar-tarikan-pelancong-eratkan-perpaduan-rakyat/#respond Sat, 02 Nov 2024 05:09:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63164
Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Belud : Tamu Besar Kota Belud bukan saja mampu menarik kehadiran pelancong malah turut mengangkat keindahan dan keunikan kepelbagaian budaya tempatan yang ada di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.

“Sudah pasti penganjuran tamu besar secara tahunan ini berperanan besar dalam menarik pelancong selain mempromosikan keindahan budaya tempatan.

“Tamu besar ini juga menjadi lambang perpaduan kerana tamu adalah medan pertemuan sosial rakyat berbilang kaum dan agama seperti masyarakat Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Cina, yang terus kekal sehingga kini.

“Saya berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Tamu Besar Kota Belud 2024 di Padang Pekan Kota Belud, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Pelbagai pengisian telah disusun sempen Tamu Besar Kota Belud tahun ini, antaranya persembahan kebudayaan, sukan rakyat, pameran dan jualan produk kraf, komuniti, serta tradisional.

Dalam pada itu,  Hajiji berkata kerajaan negeri terus komited untuk memperhebat pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan yang inklusif, khususnya dalam memperluas rangkaian promosi pelancongan dan mengembangkan jaringan laluan udara ke negeri ini.

Katanya, langkah ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti Sabah sebagai destinasi yang mampu menawarkan pengalaman pelancongan yang paling menarik bagi pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Sabah, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini dari Januari hingga Ogos adalah kira-kira 2.1 juta orang dengan pelancong antarabangsa seramai 867,231 manakala 1.2 juta adalah pelancong domestik.

“Ini menunjukkan potensi besar Sabah sebagai destinasi pelancongan, dan saya yakin dengan perancangan strategik yang telah diatur, jumlah kedatangan pelancong ke Sabah akan terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Kota Belud adalah antara destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan, termasuk pengembaraan, rekreasi, budaya, dan alam semula jadi dengan lebih daripada 30 lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai termasuk di pulau dan sungai,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata Tamu Kota Belud merupakan salah satu tamu tertua di Sabah yang telah menjangkau lebih daripada 100 tahun usianya.

“Tamu Kota Belud bukan sekadar pusat perdagangan, tetapi juga tempat pembuatan dan penjualan pelbagai produk tempatan seperti hasil pertanian, makanan tradisi, kraftangan, parang, peralatan muzik, serta busana tradisi.

“Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/02/tamu-besar-tarikan-pelancong-eratkan-perpaduan-rakyat/feed/ 0 63164
Tiada larangan masuk ke Kota Belud esok, bas pengantara turut disediakan https://sabahmedia.com/2024/11/01/tiada-larangan-masuk-ke-kota-belud-esok-bas-pengantara-turut-disediakan/ https://sabahmedia.com/2024/11/01/tiada-larangan-masuk-ke-kota-belud-esok-bas-pengantara-turut-disediakan/#respond Fri, 01 Nov 2024 00:39:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63126
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Belud : Pengguna kenderaan yang mahu memasuki kawasan Pekan Kota Belud sempena Majlis Perasmian Sambutan Tamu Besar Kota Belud esok masih boleh melalui kawasan berkenaan dan tidak ada sebarang penutupan jalan.

Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah berkata, ia adalah bergantung kepada keadaan semasa aliran trafik di kawasan pekan mahupun tapak tamu.

Katanya, pihak polis juga telah membuat perancangan rapi untuk mendepani isu kesesakan lalu lintas di lokasi terbabit.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah

“Sebenarnya, tidak ada penutupan jalan, itu sekiranya ada keperluan, bukannya ditutup. Orang ramai masih boleh masuk, tetapi jika semua penuh dan tidak ada ruang, polis terpaksa mengalihkan parkir itu ke tempat yang lain. 

“Polis sudah membuat perancangan laluan-laluan yang boleh sekiranya ada laluan yang terlalu sesak, mereka (Polis) akan alihkan laluan itu kepada yang tidak sesak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memantau Raptai Penuh Majlis Perasmian Sambutan Tamu Besar Kota Belud di sini, semalam.

Diyanah berkata, pihak jawatankuasa juga telah menyediakan bas ulang alik di lima ‘pickup point’ yang telah ditetapkan bagi memudahkan pergerakan masuk ke tapak tamu ataupun di Padang Pekan Kota Belud.

“Bas-bas yang kita sediakan itu adalah sebagai satu pilihan di mana sekiranya mereka tidak mahu bersusah payah ataupun mahu mengelak daripada menghadapi kesesakan lalu lintas, mereka ada pilihan untuk parkir di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

“Pertama, ia untuk menyenangkan. Keduanya, bas itu disediakan adalah untuk membantu atau memberi kemudahan kepada penduduk atau masyarakat yang tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke sini.

“Jadi itulah tujuannya supaya masyarakat dapat sama-sama meraikan sambutan ini,” katanya.

Menurutnya, lima ‘pickup point‘ yang disediakan adalah di Kompleks Sukan Botung, Dewan Kampung Tempasuk 1, Pejabat UPPM N11 Sky Blue Piasau, SMK Pekan 2 dan Pusat Khidmat ADUN Tempasuk.

Semalam, maklumat mengenai larangan kenderaan persendirian masuk ke kawan Pekan Kota Belud tular di media sosial sebelum ditarik semula kurang daripada 24 jam sehingga menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kali terakhir, sambutan Tamu Besar Kota Belud diadakan pada Oktober 2019 dan terhenti selama empat tahun akibat pandemik Covid-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/01/tiada-larangan-masuk-ke-kota-belud-esok-bas-pengantara-turut-disediakan/feed/ 0 63126
Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir meriahkan Tamu Besar Kota Belud https://sabahmedia.com/2024/10/30/lebih-100000-pengunjung-dijangka-hadir-meriahkan-tamu-besar-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/lebih-100000-pengunjung-dijangka-hadir-meriahkan-tamu-besar-kota-belud/#respond Wed, 30 Oct 2024 05:04:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63035
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100,000 orang pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan program Tamu Besar Kota Belud 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 November ini. 

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah berkata, pelbagai acara menarik serta reruai jualan selain penganjuran berskala besar bakal menjadi tarikan utama yang akan menarik orang ramai untuk datang.

“Tamu Besar Kota Belud memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kekayaan seni, budaya dan tradisi masyarakat Sabah sekaligus menarik pelancong dari dalam serta luar negara. Penganjuran kali ini dilaksanakan dengan skala yang lebih besar yang diadakan selama tiga hari.

“Majlis perasmian akan diadakan di padang pekan Kota Belud dan akan diikuti dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan, sukan rakyat, pameran dan jualan produk kraf, komuniti, serta tradisional,” katanya ketika ditemubual SabahFM, di sini semalam.

Diyanah berkata, penganjuran kali ini melibatkan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kerajaan negeri Sabah yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya menyeru kepada semua yang berada di Kota Belud dan daerah berhampiran seperti Kota Kinabalu dan Tuaran untuk datang beramai-ramai memeriahkan program tersebut yang berlangsung selama tiga hari.

“Pihak penganjur juga telah menyediakan bas di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Usukan, Kadamaian, Pintasan dan Tempasuk. Terdapat tapak letak kenderaan disediakan di perkarangan berhampiran tapak program tamu selain perkhidmatan shuttle kepada para pengunjung untuk ke padang pekan Kota Belud,” katanya.

Tamu Kota Belud merupakan tamu tertua Sabah yang awalnya dikenali sebagai Tamu Tempasuk dan telah dimulakan oleh Residen British pertama di Tempasuk, William Pretyman, pada 13 Disember 1878 dengan tapak asal berada di Kampung Siasai.

Beroperasi seawal jam 6 pagi, Tamu Tempasuk menjadi pusat pertemuan dan perniagaan masyarakat pelbagai kaum antaranya Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Cina pada ketika itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/lebih-100000-pengunjung-dijangka-hadir-meriahkan-tamu-besar-kota-belud/feed/ 0 63035
Orang ramai dipelawa meriahkan Malam Citrawarna 1 November ini https://sabahmedia.com/2024/10/21/orang-ramai-dipelawa-meriahkan-malam-citrawarna-1-november-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/21/orang-ramai-dipelawa-meriahkan-malam-citrawarna-1-november-ini/#respond Mon, 21 Oct 2024 01:35:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62521
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu:  Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malam Citrawarna Tamu Besar Kota Belud yang akan berlangsung di Padang Pekan Kota Belud, 1 November ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud, Datin Vinnie@ Nursyahirah Abdullah berkata, selain persembahan artis-artis tempatan, acara itu juga bakal memperagakan keunikan busana-busana dari pelbagai etnik di daerah tersebut.

“Selain artis-artis tempatan, Pentarama dari Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah juga bakal membuat persembahan bagi menghiburkan orang ramai yang hadir.

“Malam Citrawarna juga akan memperagakan kepelbagaian dan keunikan busana-busana dari pelbagai etnik di Kota Belud akan diperagakan oleh bekas Unduk Ngadau, Undul Tindal serta Ratu Serimpak yang dijemput khas bagi acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Pengarah JAPEN Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini

Nursyahirah berkata, sebagai pembuka tirai Tamu Besar Kota Belud 2024, Festival Tari Tempasuk akan diadakan di Dewan Al-Arsad Tempasuk pada 25 Oktober ini.

“Dalam festival tersebut akan diadakan pertandingan akhir tarian etnik kreatif kategori sekolah menengah dan juga terbuka yang turut disertai peserta-peserta dari negeri lain seperti Johor serta Sarawak.

“Selain itu juga beberapa aktiviti turut diadakan yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta kepada pengunjung yang bertuah nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nursyahirah berharap kerjasama dengan agensi kerajaan seperti JAPEN Sabah akan dapat membantu memeriahkan lagi acara berkenaan, di samping menyampaikan informasi kepada orang ramai nanti.

Perasmian Tamu Besar Kota Belud dijangka dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 2 November depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/21/orang-ramai-dipelawa-meriahkan-malam-citrawarna-1-november-ini/feed/ 0 62521