tamu desa sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 May 2024 04:18:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tamu desa sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Tamu Desa di Sabah perlu disiapkan ikut jadual https://sabahmedia.com/2024/05/29/projek-tamu-desa-di-sabah-perlu-disiapkan-ikut-jadual/ https://sabahmedia.com/2024/05/29/projek-tamu-desa-di-sabah-perlu-disiapkan-ikut-jadual/#respond Wed, 29 May 2024 04:18:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55216
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu pelaksanaan Projek Tamu Desa di Sabah berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menterinya,  Datuk Ewon Benedick berkata, ia penting bagi memastikan kesemua 36 tamu desa yang telah dipohon dalam fasa pertama dapat disiapkan selewat-lewatnya Julai ini.

“Bagi pelaksanaan fasa pertama, kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi melaksanakan kesemua 36 permohonan untuk menaiktaraf dan membina baharu Tamu Desa di seluruh Sabah.

“Antara Tamu Desa yang telah diluluskan dan akan dilaksanakan ialah di kawasan Kota Belud, Tuaran, Penampang, Pitas, Kota Marudu, Papar, Kuala Penyu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Tongod, Telupid, Nabawan, Ranau, Tenom dan Sipitang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Pegawai-Pegawai Daerah Sabah, di Hotel 7 Suria, di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Zamri Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Adam Abd Ghani.

Ewon berharap baki peruntukan RM10 juta untuk Projek Tamu Desa dapat dilaksanakan pada tahun ini agar usaha kerajaan membantu menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada para peniaga mencapai sasaran.

Sebelum sesi libat urus bermula, Ewon menyerahkan surat pelantikan kepada 16 pegawai daerah Sabah sebagai pegawai penguasa Program Tamu Desa dan tujuh pegawai daerah Sabah sebagai pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil (MPUKKPPD) yang baharu.

Ewon berkata, pegawai-pegawai daerah yang dilantik itu akan memantau pelaksanaan projek Tamu Desa bagi fasa pertama di kawasan masing-masing.

“Saya berharap pegawai-pegawai daerah yang belum mengemukakan permohonan dapat berbuat demikian untuk pelaksanaan fasa seterusnya agar  kita dapat melaksanakan pembinaan Tamu Desa di seluruh Sabah seperti yang diperlukan oleh para penjaja dan peniaga kecil.

“Projek Tamu Desa ini adalah inisiatif saya untuk membantu para penjaja dan peniaga kecil di kawasan luar bandar menyediakan kemudahan yang lebih selesa.

“Sebelum ini, KUSKOP tidak pernah membina gerai-gerai atau tamu-tamu desa, hanya memberikan pembiayaan melalui agensi-agensi kementerian,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/29/projek-tamu-desa-di-sabah-perlu-disiapkan-ikut-jadual/feed/ 0 55216
RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/11/rm7-juta-disediakan-untuk-fasa-pertama-naiktaraf-38-tamu-desa-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/11/rm7-juta-disediakan-untuk-fasa-pertama-naiktaraf-38-tamu-desa-di-sabah/#respond Sat, 11 May 2024 14:21:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54283
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kuala Penyu : Sebanyak 38 tapak Tamu Desa telah dikenal pasti di seluruh Sabah untuk dinaik taraf bagi fasa pertama dengan dana sebanyak RM7 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu adalah untuk melaksanakan fasa pertama pelaksanaan Projek Tamu Desa di negeri ini.

“Bagi program ini, Pejabat Daerah akan bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana untuk memastikan pelaksanaan projek mengikut skop kerja yang ditetapkan.

“Pejabat Daerah juga akan melaporkan status pelaksanaan projek ini setiap bulan kepada KUSKOP dan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD) yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching, ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan Pengerusi TEKUN Nasional Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid.

Ewon berkata, pasar tamu komuniti atau pasar minggu adalah tempat masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah bertemu.

“Ia mempunyai keunikan tersendiri kerana pelbagai produk tempatan masyarakat Sabah yang dijual oleh para peniaga. Dalam hubungan ini, kementerian akan memulakan Program Pembangunan Premis Tamu Desa bertujuan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan pusat penjaja di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah.

“Program ini akan menyediakan atau menaik taraf ruang niaga dan pusat penjaja dengan infrastruktur yang lebih kondusif bagi memudahkan akses pemasaran produk jualan dengan lebih berkesan di tapak lokasi perniagaan,” katanya.

Ewon turut mengumumkan pelaksanaan projek Tamu Desa akan dimulakan di Kuala Penyu dengan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf dua tapak yang telah dikenal pasti.

“Saya berharap dengan pelaksanaan projek Tamu Desa di Kuala Penyu ini akan dapat menyediakan kemudahan ruang niaga yang lebih kondusif dan selesa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/11/rm7-juta-disediakan-untuk-fasa-pertama-naiktaraf-38-tamu-desa-di-sabah/feed/ 0 54283