tanah pantas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Nov 2025 04:28:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tanah pantas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan GRS selesaikan isu tanah penduduk Kampung Litang https://sabahmedia.com/2025/11/07/kerajaan-grs-selesaikan-isu-tanah-penduduk-kampung-litang/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/kerajaan-grs-selesaikan-isu-tanah-penduduk-kampung-litang/#respond Fri, 07 Nov 2025 03:25:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85152
Read Time:56 Second

SUKAU : Penantian selama 35 tahun penduduk Sukau untuk memiliki tanah sendiri akhirnya berakhir apabila sebanyak 71 Permit Tanah Anak Negeri diserahkan pada petang semalam.

Majlis itu disempurnakan , Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sukau Dato’ Juhari Janan di Dewan Litang.

Dalam ucapannya, Juhari menekankan bahawa penyerahan permit tanah ini menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam memastikan rakyat luar bandar memiliki tanah sendiri dan hak milik yang sah.

“Inisiatif ini bukan sekadar memberi tanah, tetapi juga memberikan kepastian hak milik serta membuka peluang untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Langkah ini menyusul kejayaan program serupa sebelum ini, di mana 56 penduduk Kampung Tidung II dan Kampung Dagat telah menerima geran tanah mereka setelah menunggu hampir tiga dekad.

Pemberian geran tanah ini diharapkan menjadi titik tolak kepada pembangunan luar bandar yang lebih mapan, sambil memastikan generasi akan datang dapat menikmati manfaat daripada usaha kerajaan membela rakyat.

Penduduk Sukau yang hadir menganggap detik ini sebagai “hari yang tidak akan dilupakan” dalam sejarah komuniti mereka, menandakan babak baru dalam pembangunan tanah air. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/kerajaan-grs-selesaikan-isu-tanah-penduduk-kampung-litang/feed/ 0 85152