tanah runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 May 2026 11:52:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tanah runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jalan Lahad Datu–Kunak dibuka semula – JKR Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/15/jalan-lahad-datu-kunak-dibuka-semula-jkr-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/15/jalan-lahad-datu-kunak-dibuka-semula-jkr-sabah/#respond Fri, 15 May 2026 11:52:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96739
Read Time:53 Second

LAHAD DATU: Laluan di Jalan Lahad Datu–Kunak yang terjejas akibat kegagalan tambakan jalan di Kilometer CH97+100 kini kembali dibuka kepada pengguna selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya menyiapkan laluan sementara dua lorong petang tadi.

JKR Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan laluan sementara itu siap sepenuhnya pada jam 6.20 petang sebelum trafik dibuka semula di kedua-dua arah.

Terdahulu, kejadian kegagalan tambakan jalan sepanjang kira-kira 40 meter pada Jalan Lahad Datu–Kunak, Pakej Kerja WP20, menyebabkan laluan trafik bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara demi keselamatan pengguna jalan raya.

Susulan itu, pihak penyelia tapak bersama kontraktor pakej kerja segera melaksanakan kerja-kerja pembinaan lencongan sementara bagi memastikan aliran trafik dapat dipulihkan secepat mungkin.

Kerja-kerja pemasangan, hamparan dan pemadatan bahan ‘crusher run’ turut dijalankan bagi memastikan laluan sementara tersebut selamat digunakan.

JKR Sabah menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan berkenaan kerana laluan yang digunakan masih bersifat sementara.

Orang ramai juga diminta mematuhi arahan papan tanda serta petugas di lokasi bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/15/jalan-lahad-datu-kunak-dibuka-semula-jkr-sabah/feed/ 0 96739
RM10,000 untuk mangsa tanah runtuh di Sandakan https://sabahmedia.com/2026/03/11/rm10000-untuk-mangsa-tanah-runtuh-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/rm10000-untuk-mangsa-tanah-runtuh-di-sandakan/#respond Wed, 11 Mar 2026 06:57:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93063
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM10,000 kepada keluarga seorang lelaki warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Sandakan awal pagi tadi.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah, Datuk Awang Shahminan Sahari berkata Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson telah diarahkan untuk mengesan waris mangsa dan menyalurkan bantuan tersebut secepat mungkin.

Mangsa dikenali sebagai Agustine J. Lingam, 76, dilaporkan cuba menghidupkan generator sebuah hotel apabila tanah dari kawasan sekitar runtuh lalu menimbusnya.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah setakat jam 12 tengah hari ini merekodkan seramai 1,306 orang terjejas akibat banjir di Kota Marudu, Paitan dan Pitas, melibatkan 40 buah kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/rm10000-untuk-mangsa-tanah-runtuh-di-sandakan/feed/ 0 93063
Tanah Runtuh Country Heights : Hanya sempat selamatkan dokumen – Emilia https://sabahmedia.com/2025/09/19/tanah-runtuh-country-heights-hanya-sempat-selamatkan-dokumen-emilia/ https://sabahmedia.com/2025/09/19/tanah-runtuh-country-heights-hanya-sempat-selamatkan-dokumen-emilia/#respond Fri, 19 Sep 2025 13:43:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81660
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PENAMPANG : “Saya hanya sempat capai dokumen penting dan keluar menyelamatkan diri,” demikian luah Emilia Josephine Masiun, 33.

Emilia merupakan antara penghuni yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Taman Country Heights pada 15 September lalu.

Beliau yang masih trauma selepas berdepan detik cemas itu berkata, sewaktu kejadian dia berada di rumah bersama adiknya sebelum terdengar bunyi hentakan kuat seperti hempasan. 

Tidak lama kemudian katanya, jeritan seorang jiran bernama ‘Uncle John’ membuatkan suasana bertambah panik.

“Saya sudah terfikir ini tanah runtuh sebab sebelum ini memang hujan beberapa hari, tapi masa itu tiada hujan langsunh. 

“Saya terus suruh adik ambil kunci kereta untuk selamatkan kenderaan, tapi laluan sudah tertutup. Masa saya keluar, tiba-tiba runtuhan kedua berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media ketika tinjauan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lokasi berkenaan petang tadi.

Hadir sama pada tinjauan itu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menceritakan lanjut detik berdepan kejadian itu, Emilia berkata, lebih 10 buah kereta dan tiga motosikal tertimbus dalam insiden itu, termasuk kenderaan miliknya yang tidak sempat diselamatkan.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan sejak itu, semua penghuni diarahkan mengosongkan rumah masing-masing.

“Kami hanya mampu ambil dokumen dan barang kecil sahaja. Barang-barang besar masih terperangkap dalam rumah. 

“Buat masa ini kami menumpang di rumah rakan sementara menunggu arahan selanjutnya,” katanya.

Tambah Emilia, sebelum ini kawasan perumahan itu pernah terjejas banjir lumpur serta runtuhan pokok, namun kejadian kali ini jauh lebih serius hingga menjejaskan laluan utama penduduk.

“Harapan kami agar kerajaan dan pihak berkaitan segera menyediakan penempatan sementara yang lebih selesa, bukan sekadar pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kami perlukan tempat tinggal yang boleh bertahan berbulan-bulan, sementara kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Katanya, insiden itu turut meninggalkan kesan trauma kepada dirinya yang kini sukar tidur malam, malah berasa mual setiap kali teringat suasana cemas ketika tanah runtuh berlaku.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan jiwa diterima, namun mangsa berharap agar pihak pengurusan serta kerajaan negeri segera tampil menyalurkan bantuan, khususnya berkaitan penempatan dan keselamatan penghuni kawasan berkenaan.

Pada tinjauan itu, Emilia berkata, Perdana Menteri meminta semua yang berkaitan  diuruskan dan segera diselesaikan selain kerja-kerja pembersihan dijalankan.

“Saya juga maklumkan kepada Perdana Menteri, harapan kami keutamaan kami sekarang untuk dapat penempatan tempat tinggal beberapa bulan sehingga selesai,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/19/tanah-runtuh-country-heights-hanya-sempat-selamatkan-dokumen-emilia/feed/ 0 81660
Dua maut termasuk seorang kanak-kanak tertimbus tanah runtuh di Kg Mook https://sabahmedia.com/2025/09/15/dua-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-tertimbus-tanah-runtuh-di-kg-mook/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/dua-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-tertimbus-tanah-runtuh-di-kg-mook/#respond Mon, 15 Sep 2025 08:47:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81306
Read Time:52 Second

PAPAR: Dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan tiga buah rumah di Kampung Mook, di sini pagi Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak awal pagi yang menyebabkan struktur tanah di kawasan berbukit menjadi tidak stabil.

Mwnurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.02 pagi menerusi talian MERS999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bersama Unit Storm dikerahkan ke lokasi sejauh 35 kilometer.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.48 pagi dan berjaya mengeluarkan dua mangsa yang tertimbus. Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Mangsa yang terlibat ialah seorang wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.25 petang dengan pemantauan berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kawasan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/dua-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-tertimbus-tanah-runtuh-di-kg-mook/feed/ 0 81306
11 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kg Cenderakasih https://sabahmedia.com/2025/09/15/11-mangsa-terlibat-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-cenderakasih/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/11-mangsa-terlibat-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-cenderakasih/#respond Mon, 15 Sep 2025 06:45:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81290
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang ditemui maut manakala 10 lagi dilaporkan terlibat dalam insiden tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Cenderakasih dekat sini, pagi Isnin.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama Unit K9 bergegas ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 10.24 pagi, didapati berlaku tanah runtuh yang menghempap rumah dengan melibatkan 11 mangsa. Empat mangsa berjaya keluar dengan selamat, manakala seorang mangsa ditemui meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya.

Selain bomba, operasi turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setakat ini operasi masih diteruskan dan maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/11-mangsa-terlibat-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-cenderakasih/feed/ 0 81290
Tanah runtuh di Jalan Sepulot–Pagalungan, tiada laluan alternatif https://sabahmedia.com/2025/05/01/tanah-runtuh-di-jalan-sepulot-pagalungan-tiada-laluan-alternatif/ https://sabahmedia.com/2025/05/01/tanah-runtuh-di-jalan-sepulot-pagalungan-tiada-laluan-alternatif/#respond Thu, 01 May 2025 05:49:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73016
Read Time:34 Second

Nabawan : Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan Sepulot – Pagalungan, sekali gus menyebabkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, lokasi runtuhan berlaku di CH16, berhampiran antara Pekan Sepulot dan Pekan Pagalungan.

Sebagai langkah keselamatan awal, pihak berkuasa telah memasang tanda amaran penutupan jalan di kawasan kejadian dan pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

“Buat masa ini, tiada jalan alternatif disediakan bagi pengguna jalan raya yang terjejas,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Orang ramai digesa agar mengelakkan kawasan tersebut dan sentiasa mematuhi arahan serta perkembangan semasa yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/01/tanah-runtuh-di-jalan-sepulot-pagalungan-tiada-laluan-alternatif/feed/ 0 73016
Pengguna jalan Keningau-Kimanis dinasihati patuhi langkah keselamatan https://sabahmedia.com/2025/03/10/pengguna-jalan-keningau-kimanis-dinasihati-patuhi-langkah-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2025/03/10/pengguna-jalan-keningau-kimanis-dinasihati-patuhi-langkah-keselamatan/#respond Mon, 10 Mar 2025 00:45:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70123
Read Time:1 Minute, 27 Second

Putatan : Pengguna laluan di kilometer 14.300 Jalan Keningau – Kimanis yang ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi langkah keselamatan yang dikeluarkan pihak berwajib.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penutupan jalan berkenaan adalah disebabkan faktor keselamatan dan mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik berlaku.

“Ya semalam tular di media sosial berkenaan dengan jalan Keningau Kimanis yang ditutup disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan yang mana kejadian tanah runtuh berisiko terjadi dan ada yang sudah terjadi.

“Justeru, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah mengambil keputusan untuk menutup sementara laluan tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak baik berlaku. Namun ada segelintir pengguna jalan raya yang cuba berkeras untuk membuka penghadang yang dipasang dan mahu meneruskan perjalanan.

“Jadi saya sebagai Menteri Kerja Raya juga ingin menasihatkan kepada pengguna jalan raya untuk berhati-hati dalam menggunakan jalan raya di kawasan-kawasan yang terlibat.  Silalah patuhi segala arahan yang dilakukan oleh pihak JKR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau suasana Bazaar Ramadan Peladang Daerah Putatan di sini petang semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihak JKR akan terus mengaktifkan Pelan Pengurusan Trafik apabila berlaku sebarang kejadian bencana alam.

“Pelan ini bukan bertujuan untuk menyusahkan ataupun menyukarkan perhubungan atau perjalanan pengguna jalan raya tetapi untuk memastikan keselamatan mereka dapat kita jaga sewaktu bencana terjadi.

“Apabila ada kawasan-kawasan yang mengalami tanah runtuh pihak kontraktor JKR Sabah telah diaktifkan untuk melakukan kerja-kerja kecemasan seperti pembersihan runtuhan tanah atau air yang tersekat dan juga apabila ada kawasan yang mempunyai tanah runtuh, jalan terbabit terlibat maka JKR dan kontraktornya akan melakukan kerja-kerja, melaksanakan jalan sementara yang selamat untuk digunakan.

“Jadi dengan kata lain, tolonglah sama-sama kita memainkan tanggungjawab kita menjaga keselamatan semua pihak,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/10/pengguna-jalan-keningau-kimanis-dinasihati-patuhi-langkah-keselamatan/feed/ 0 70123
Wanita maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kg Lok Bonu https://sabahmedia.com/2025/03/05/wanita-maut-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lok-bonu/ https://sabahmedia.com/2025/03/05/wanita-maut-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lok-bonu/#respond Wed, 05 Mar 2025 03:50:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69826
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 53 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan kediamannya di Kampung Lok Bonu, Jalan Sepanggar, awal pagi Rabu (5 Mac).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi sebelum menghantar sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, pasukan tiba pada jam 4.49 pagi dan mendapati berlaku hakisan tanah yang menyebabkan runtuhan serta menimbus rumah mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, lelaki berusia 25 tahun yang merupakan anak kepada mangsa, terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang turut melibatkan pihak KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi sebelum tamat sejam kemudian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/05/wanita-maut-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lok-bonu/feed/ 0 69826
Tanah runtuh berhampiran Pejabat KPD Mesilau https://sabahmedia.com/2025/02/09/tanah-runtuh-berhampiran-pejabat-kpd-mesilau/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/tanah-runtuh-berhampiran-pejabat-kpd-mesilau/#respond Sun, 09 Feb 2025 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68277
Read Time:37 Second

Ranau: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku berhampiran Pejabat KPD Mesilau Kundasang di sini petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan mangsa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.09 petang.

“Sepasukan tiga anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.  Tiada kecederaan mangsa dilaporkan terlibat.

“Pasukan bomba telah bertindak membuat pemantauan, memasang sawar-sawar seterusnya menasihati penduduk sekitar untuk berpindah ke tempat selamat,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi tamat pada jam 3.25 petang semalam setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi operasi ditamatkan.SABAH MEDIA / FOTO JPBM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/tanah-runtuh-berhampiran-pejabat-kpd-mesilau/feed/ 0 68277
Tanah Runtuh di Kundasang: Rumah Inap Rosak Teruk https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/ https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/#respond Thu, 16 Jan 2025 15:23:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67037
Read Time:37 Second

KUNDASANG: Sebuah rumah inap mengalami kerosakan teruk selepas dilanda kejadian tanah runtuh di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 5:32 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5:55 petang dan mendapati tanah runtuh telah menyebabkan kerosakan teruk pada sebuah rumah inap.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini. Pasukan bomba turut menasihatkan penduduk sekitar untuk segera berpindah ke kawasan selamat bagi mengelak risiko kejadian susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya operasi pemantauan dijalankan di kawasan kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6:06 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/feed/ 0 67037