tanah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Nov 2025 02:24:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tanah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hampir 40,000 ekar tanah SFI dikeluarkan untuk rizab kampung https://sabahmedia.com/2025/11/08/hampir-40000-ekar-tanah-sfi-dikeluarkan-untuk-rizab-kampung/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/hampir-40000-ekar-tanah-sfi-dikeluarkan-untuk-rizab-kampung/#respond Sat, 08 Nov 2025 14:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85311
Read Time:1 Minute, 48 Second

TENOM: Kerajaan Negeri telah mengeluarkan hampir 40,000 ekar tanah negeri daripada kawasan konsesi Sabah Forest Industry (SFI) untuk dijadikan rizab kampung, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri GRS telah mewartakan rizab kampung ini sebagai bukti bahawa kerajaan peka terhadap keperluan rakyat.

“Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu, kita telah meluluskan lebih. 40,000 ekar tanah kerajaan daripada SFI untuk tujuan ini,” katanya semasa melancarkan Jentera Pilihan Raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kemabong di Dataran Daerah Kecil Kemabong, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, di bawah Kerajaan Negeri yang diterajui GRS, tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga telah diperuntukkkan dan diberikan kepada rakyat.

“Kita mahu rakyat hidup dengan selesa. Di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), salah satu tonggaknya ialah kemakmuran rakyat, sebab itu kita mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, sebelum ini hanya sekitar 30,000 orang tersenarai sebagai penerima bantuan kebajikan, namun di bawah Kerajaan Negeri sekarang, jumlah penerima telah meningkat kepada 70,000 orang.

Hajiji turut berkata, Kerajaan Negeri telah memperoleh banyak manfaat daripada Perjanjian Kerjasama Kpmersial (CCA) dengan PETRONAS, sambil menegaskan bahawa Sabah kini mempunyai suara yang lebih besar dan penglibatan yang lebih luas dalam industri minyak dan gas.

“Dalam sektor peerkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), kini terdapat lebih 80 vendor tempatan yang terlibat dalam industri minyak dan gas berbanding hanya 10 pada tahun 2022,” katanya sambil menambah bahawa vendor-vendor ini kini menguasai 36 peratus daripada pasaran kontrak.

Hajiji berkata, tidak seperti pihak pembangkang yang bermain politik dendam apabila mengambil alih kerajaan, kerajaan pimpinan GRS menumpukan kepada pembangunan dan kemajuan melalui Hala Tuju SMJ 1.0.

“Jika rakyat memberikan semula mandat kepada GRS, kita akan meneruskan pembangunan di bawah Hala Tuju SMJ 2.0.

“Kita tidak bermain politik. Kita tidak membuat janji kosong. Kita mempunyai agenda pembangunan, sedangkan pembangkang sanggup berjanji bulan dan bintang,” katanya.

Hajiji turut mengesahkan Datuk Rubin Balang sebagai calon GRS bagi kerusi Kemabong dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-17 pada 29 November ini.

“Dengan jentera yang kukuh dan sokongan padu daripada para pengundi di Kemabong. Insyallah Datuk Rubin Balang akan sekali lagi memenangi pilihan raya ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/hampir-40000-ekar-tanah-sfi-dikeluarkan-untuk-rizab-kampung/feed/ 0 85311
Pemuliharaan tanah bencah kekal sebagai keutamaan utama https://sabahmedia.com/2025/09/24/pemuliharaan-tanah-bencah-kekal-sebagai-keutamaan-utama/ https://sabahmedia.com/2025/09/24/pemuliharaan-tanah-bencah-kekal-sebagai-keutamaan-utama/#respond Wed, 24 Sep 2025 09:02:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81908
Read Time:2 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam usaha untuk memulihara tanah bencah Sabah, yang merupakan khazanah hidup yang mesti diurus dengan bijaksana bukan sahaja untuk tujuan pemuliharaan, tetapi juga sebagai pemacu pembangunan mampan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, melalui ekopelancongan, perikanan lestari, perdagangan karbon dan perusahaan yang diterajui komuniti, tanah bencah mampu membuka peluang ekonomi sambil melindungi alam semula jadi untuk generasi akan datang.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi penekanan besar terhadap kelestarian alam sekitar dan menyedari bahawa sumber semula jadi negeri merupakan asas kepada ekonomi, budaya dan kesejahteraan masyarakat.

“Sejak beberapa tahun, kita telah mengambil langkah proaktif untuk melindungi tanah bencah dan ekosistem berkaitan.

“Antaranya termasuk pewartaan kawasan perlindungan, penetapan tanah bencah seperti Kota Kinabalu Wetland sebagai Tapak Ramsar Berkepentingan Antarabangsa, serta sokongan berterusan untuk pemuliharaan hutan bakau, tanah gambut dan ekosistem pesisir pantai di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Simposium Antarabangsa Kelima mengenai Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Bencah 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri  kepada  Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji berkata, Kerajaan turut melaksanakan inisiatif di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pertumbuhan mampan dan inklusif, dengan perlindungan alam sekitar sebagai salah satu prinsip panduan.

“Pendekatan kita bukan sahaja melindungi alam semula jadi semata-mata, tetapi juga memastikan pemuliharaan dan pembangunan dapat berjalan seiring,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri, dengan kerjasama komuniti tempatan, NGO seperti Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS), institusi penyelidikan, dan rakan antarabangsa, telah berjaya memulihkan ribuan hektar hutan bakau dan memperkenalkan projek ekopelancongan berasaskan komuniti.

Katanya, projek-projek itu bukan sahaja memperkasakan penduduk tempatan untuk mendapat manfaat secara langsung daripada aktiviti pemuliharaan tetapi juga mengukuhkan program pendidikan alam sekitar, serta menyokong penyelidikan saintifik dan pemantauan untuk membimbing dasar serta keputusan berasaskan bukti dalam pengurusan tanah bencah.

“Pada masa yang sama, kita sedar bahawa cabaran masih wujud. Perubahan iklim, pembandaran, dan amalan tidak lestari terus memberi tekanan kepada tanah bencah kita.

“Inilah sebabnya Sabah giat melaksanakan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, strategi penyesuaian iklim, dan kerjasama antarabangsa untuk memastikan usaha pemuliharaan kita kekal relevan dan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan kawasan pemuliharaan tanah bencah, meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pemantauan, serta melabur dalam mekanisme pembiayaan mampan seperti perdagangan karbon dan pampasan biodiversiti.

“Kita juga akan terus memperkukuh kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa, kerana perlindungan tanah bencah bukanlah tanggungjawab sesebuah kerajaan atau organisasi sahaja, tetapi satu amanah bersama seluruh dunia,” katanya.

Beliau turut mengiktiraf komitmen SWCS yang sedang berusaha ke arah pencalonan dua lagi Tapak Ramsar berkepentingan antarabangsa, iaitu Tanah Bencah Semenanjung Klias dan Tanah Bencah Lahad Datu.

“Usaha ini, apabila direalisasikan, akan terus mengangkat nama Sabah di peta dunia dalam pemuliharaan tanah bencah. Visi Sabah jelas, iaitu menjadi model bagaimana sumber semula jadi boleh diurus secara bertanggungjawab, di mana pemuliharaan menyokong pertumbuhan ekonomi, dan rakyat kita dapat hidup harmoni dengan alam semula jadi,” katanya.

Beliau turut berpuas hati bahawa simposium kali ini menyediakan tiga sesi: Sumber Marin (Ekonomi Biru), Rejim Kebakaran Tanah Bencah/Antara Muka Bandar-Tanah Bencah, dan Pemulihan serta Penjagaan Tanah Bencah, yang kesemuanya amat penting dan tepat pada masanya.

“Saya menggesa semua peserta untuk berkongsi idea, pengalaman, dan inovasi anda. Belajarlah antara satu sama lain, dan marilah kita membina kerjasama yang akan terus berkekalan selepas simposium ini berakhir.

“Bersama-sama, kita dapat mencari cara baharu dan mampan untuk memulihara tanah bencah, sambil memastikan ia kekal sebagai sumber kehidupan dan kemakmuran untuk generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/24/pemuliharaan-tanah-bencah-kekal-sebagai-keutamaan-utama/feed/ 0 81908
Pekerja maut tertimbus runtuhan tanah https://sabahmedia.com/2025/09/06/pekerja-maut-tertimbus-runtuhan-tanah/ https://sabahmedia.com/2025/09/06/pekerja-maut-tertimbus-runtuhan-tanah/#respond Sat, 06 Sep 2025 09:37:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80713
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki berusia 22 tahun maut selepas tertimbus runtuhan tanah sedalam kira-kira 10 kaki ketika melakukan kerja-kerja penggalian dan pemasangan paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.45 petang sebelum sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 2.03 petang dan mendapati seorang mangsa tertimbus. Operasi menyelamat dilakukan dengan menggali tanah di kawasan mangsa tertimbus sebelum mangsa dibawa keluar menggunakan stretcher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 petang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/06/pekerja-maut-tertimbus-runtuhan-tanah/feed/ 0 80713
Kerajaan Sabah utamakan pewartaan rizab kampung untuk penduduk asal https://sabahmedia.com/2025/08/28/kerajaan-sabah-utamakan-pewartaan-rizab-kampung-untuk-penduduk-asal/ https://sabahmedia.com/2025/08/28/kerajaan-sabah-utamakan-pewartaan-rizab-kampung-untuk-penduduk-asal/#respond Thu, 28 Aug 2025 09:22:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80236
Read Time:1 Minute, 3 Second

Tambunan: Kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pewartaan tanah kampung yang telah lama diduduki penduduk asal bagi memastikan mereka memperoleh hak sah terhadap tanah penempatan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu sekali gus mengiktiraf hak rakyat yang sudah menetap di kawasan terbabit sejak puluhan tahun lalu.

“Bagi saya, mereka yang sudah tinggal di situ bepuluh tahun, ada juga sampai 70 hingga 80 tahun, kenapa tidak kita jadikan kampung itu sah? Jadi kita wartakan sebagai rizab kampung,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Yayasan Sabah bersama rakyat di sini pada Khamis. 

Beliau berkata, usaha pewartaan itu juga melibatkan tanah kerajaan termasuk kawasan hutan.

“Baru-baru ini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kita keluarkan hampir 40,000 ekar tanah kerajaan termasuk kawasan hutan untuk puluhan kampung,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, beberapa kampung di kawasan pedalaman turut diluluskan dan diwartakan sebagai rizab kampung agar penduduk tidak lagi dianggap sebagai setinggan.

“Ramai orang kampung merayu kepada kerajaan kerana mereka sudah tinggal lama tetapi dianggap setinggan. Jadi ini satu inisiatif baharu kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pewartaan tanah kampung ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menjaga kebajikan rakyat di samping pelbagai inisiatif lain yang sedang dilaksanakan.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/28/kerajaan-sabah-utamakan-pewartaan-rizab-kampung-untuk-penduduk-asal/feed/ 0 80236
Lebih 313,000 permohonan tanah diselesaikan, Sabah percepatkan pengeluaran geran – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/04/16/lebih-313000-permohonan-tanah-diselesaikan-sabah-terus-percepatkan-pengeluaran-geran-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/lebih-313000-permohonan-tanah-diselesaikan-sabah-terus-percepatkan-pengeluaran-geran-hajiji/#respond Wed, 16 Apr 2025 14:32:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72117
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) terus komited dalam menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pemilikan dan pengukuran tanah, khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat dan anak negeri di seluruh Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pendigitalan dan pelaksanaan program PANTAS telah membantu mengurangkan tunggakan permohonan tanah dari tahun 1963 sebanyak 91 peratus iaitu daripada 313,543 permohonan pada 2011 kepada hanya 28,044 setakat Mac 2025.

Hajiji berkata sebanyak 1,279 geran tanah bersyarat Native Title (NT) telah diserahkan di Pulau Banggi, selain itu 2,674 lot telah selesai diukur, dan 1,562 lot lagi sedang dalam proses penyediaan geran draf. Tambahan 1,112 lot masih dalam semakan data ukur.

Di kawasan pedalaman seperti Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom, sebanyak 36,803 lot melibatkan keluasan 224,608 hektar telah diukur di bawah pengukuran biasa dan program PANTAS.

Bagi daerah Nabawan, Hajiji memaklumkan bahawa sebanyak 285 lot tanah dalam Skim Nabawan telah dikeluarkan geran melibatkan 768.66 ekar.

“Sebanyak 484 geran PANTAS bersyarat Native Title (NT) telah diserahkan kepada pemilik. Manakala, sebanyak 335 geran lagi telah dicetak dan sedia untuk diserahkan kepada bakal pemilik,” katanya dalam ucapan penggulungan beliau di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Di Tuaran pula, permohonan bagi Kg. Norowot telah disokong seluas 23 ekar, manakala Kg. Tinabakan didapati belum mempunyai permohonan tanah rasmi. Kampung tersebut termasuk dalam kawasan KKIP, dan penduduknya telah dipindahkan ke Kampung Boronuon melalui pewartaan rasmi.

Mengenai isu ketiadaan kampung yang diwartakan dalam tempoh lima tahun, Hajiji berkata terdapat 16 permohonan tanah untuk perkampungan anak negeri yang sedang diproses dan akan diwartakan selepas kelulusan Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah.

Mengulas permohonan pembinaan Pejabat Tanah dan Ukur di Tongod, Hajiji berkata permohonan pembinaan itu telah dimasukkan dalam cadangan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Menjawab cadangan berkenaan pewujudan peruntukan khas atau bantuan Persekutuan di bawah Projek Khas Anak Negeri, Hajiji berkata JTU akan meneliti cadangan tersebut secara menyeluruh dan mengambil tindakan wajar.

“Kerajaan akan terus memperkasakan peranan Jabatan Tanah dan Ukur demi memastikan hak milik tanah rakyat Sabah, khususnya anak negeri, sentiasa dilindungi dan diselesaikan secara adil dan menyeluruh,” katanya.

Manakala, dalam usaha menpercepatkan proses pindah milik tanah native title (NT), JTU telah membangunkan sistem pendigitalan Verify Land Title Information System (VLTIS).

Sistem ini memendekkan proses kebenaran pertukaran nama untuk geran tanah bersyarat NT/FR kepada 10 hingga 40 hari tertakluk kepada Interpretation (Definition of Native) Ordinance Cap. 64, Seksyen 2(1)(a) hingga (d).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/lebih-313000-permohonan-tanah-diselesaikan-sabah-terus-percepatkan-pengeluaran-geran-hajiji/feed/ 0 72117
Impian penduduk miliki geran tanah tercapai selepas lebih 30 tahun menanti https://sabahmedia.com/2025/03/26/impian-penduduk-miliki-geran-tanah-tercapai-selepas-lebih-30-tahun-menanti/ https://sabahmedia.com/2025/03/26/impian-penduduk-miliki-geran-tanah-tercapai-selepas-lebih-30-tahun-menanti/#respond Wed, 26 Mar 2025 03:57:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71121
Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Belud : Impian sebahagian penduduk Tempasuk untuk memiliki geran tanah akhirnya tercapai selepas lebih 30 tahun menanti.

Penerima geran yang terlibat mengakui dokumen pemilikan itu merupakan satu simbol hak milik yang telah lama dinantikan oleh keluarga mereka.

Meskipun ada penerima yang telah meninggal dunia sebelum sempat melihat geran sendiri, waris yang hadir menerima geran tersebut menganggapnya sebagai hadiah bermakna menjelang Aidilfitri.

Salah seorang penerima, Farid Othman, 46, berkata, permohonan bagi geran tanah ini dibuat oleh arwah bapanya ketika masih bekerja, namun hanya kini ia berjaya diperoleh hasil inisiatif kerajaan negeri.

“Sebelum ini geran ini dipohon waktu arwah bapa masih bekerja lagi. Tapi bila dia sudah bersara dan meninggal dunia, belum lagi kami dapat terima geran.

“Tapi alhamdulillah, hari ini di bawah Datuk Mohd Arsad Bistari, inisiatifnya dapat juga rakyat Tempasuk di kawasan Taun Gusi menerima geran yang sekian lama kita tunggu,” katanya.

Seorang lagi penerima, Mahmud Ansit, 57, turut berkongsi pengalaman keluarganya yang telah menunggu lebih 30 tahun untuk memperoleh hak milik tanah mereka.

“Setelah penantian selama lebih kurang 30 tahun lebih, pada hari ini kami sudah dapat geran, bermakna hak mutlak terhadap tanah tersebut.

“Kalau mengikut sejarah dulu, memang tanah ini daripada arwah bapa kami buat permohonan dan memang menunggu masa yang agak lama,” katanya.

Sementara itu, Kassim Etong, 54, menyatakan rasa syukur selepas berulang kali berusaha mendapatkan geran tanahnya sebelum akhirnya berjaya dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekarang.

“Alhamdulillah, syukur. Begitu susah payah saya berusaha untuk mendapatkan geran tanah, banyak kali berulang-alik ke Jabatan Tanah, namun berterima kasihlah dalam kerajaan GRS ini saya menerima geran tanah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari berkata, usaha kerajaan negeri bukan sahaja menyelesaikan isu permohonan tanah yang tertangguh sejak puluhan tahun lalu, tetapi juga mempercepatkan pengeluaran geran menerusi Program PANTAS yang akan memanfaatkan 400 penerima.

“Sekarang ini untuk DUN Tempasuk, kita ada tujuh mukim, dan untuk geran PANTAS ini, tiga mukim terlibat dalam proses penyukatan tanah.

“Contohnya, di Tempasuk, bulan Mei ini kita akan serahkan geran kepada 400 penerima. Fasa kedua pula di Mukim Keguraan dan fasa ketiga di Mukim Rosok,” katanya.

Majlis penyerahan 55 geran tanah melibatkan kawasan seluas 3,854 ekar telah berlangsung dalam Majlis Iftar Silaturahim anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Tempasuk di sini semalam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/26/impian-penduduk-miliki-geran-tanah-tercapai-selepas-lebih-30-tahun-menanti/feed/ 0 71121
Lebih 9,000 Geran Tanah Dikeluarkan Di Tongod https://sabahmedia.com/2021/12/25/lebih-9000-geran-tanah-dikeluarkan-di-tongod/ https://sabahmedia.com/2021/12/25/lebih-9000-geran-tanah-dikeluarkan-di-tongod/#respond Sat, 25 Dec 2021 06:31:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10280
Read Time:1 Minute, 43 Second

TONGOD: Lebih 9,000 geran tanah dikeluarkan di daerah ini yang merupakan jumlah tertinggi direkodkan di Sabah sejak 2008 dan berakhir Disember tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) daerah Tongod telah merekodkan lebih 90 ribu ekar tanah yang diluluskan kepada penduduk tempatan di daerah itu sejak tahun 2018.

“Sebahagian besar jumlah pemilikan geran itu adalah permohonan tanah adat manakala selebihnya, melibatkan hutan simpan yang telah diwartakan sebagai tapak perkampungan.

“Setiap permohonan yang memperolehi geran tanah akan mendapat tidak kurang dari 10 ekar dan memberi tempoh sehingga lima tahun bagi mereka mengusahakan tanah tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengerusan Tanah (LUC) di pejabat daerah Tongod,  semalam.

Masiung berkata, jika tanah tersebut terbiar tanpa diusahakan melebihi lima tahun,  maka kerajaan berhak membatalkan geran pemilikan mereka sambil memberi peluang kepada pemohon lain yang belum memiliki tanah.

Katanya, isu serius membabitkan pertindihan permohonan dan permohonan tertangguh selama lebih 30 tahun juga berjaya diselesaikan menerusi Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan oleh JTU.

Semasa merasmikan Program Santai bersama pemimpin di Dewan Kampung Kiliwatong petang semalan beliau mengulangi pendirian untuk membantu mempercepatkan masalah permohonan tanah penduduk yang sekian lama tertangguh.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata setakat ini terdapat lebih 600 permohonan lagi sedang diproses oleh JTU daerah Tongod untuk dianalisa sebelum program penyukatan dibuat.

“Kita akan meneliti setiap permohonan yang dikemukakan dan tidak akan mengambil langkah tergesa-gesa melainkan setelah membuat perincian yang matang terlebih dahulu.

“Kita lebih mengutamakan permohonan warga tempatan dari daerah Tongod sendiri berbanding kehendak syarikat swasta yang bercadang mau membangunkan ladang secara besar-besaran, ” katanya.

Masiung turut mengingatkan pemilik tanah yang telah memperolehi geran agar tidak mengambil kesempatan untuk menjual kepada syarikat atau individu dari luar daerah itu.

Beliau memberi amaran, mana-mana pemilik tanah yang didapati menjual tanah adat kepada orang luar, maka mereka akan disenarai hitam dan tidak akan mempunyi peluang kedua.

Beliau menasihatkan, pemilik tanah yang telah memperolehi geran hendaklah membuka tanah mereka untuk program ekonomi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/25/lebih-9000-geran-tanah-dikeluarkan-di-tongod/feed/ 0 10280
Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Kopungit https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:19:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5802
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kampung Kopungit dekat sini, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 11.19 pagi tadi ( 4 September 2021) pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu tanah runtuh di Kampung Kopungit melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan KKM dan tiga buah kenderaan dan sebuah motorsikal kakitangan KKM.

“Turut terlibat tiga buah kenderaan orang awam tertimbus dan juga sebuah motorsikal namun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian dilaporkan oleh ketua operasi ,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, tiada operasi yang dilakukan hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pihak bomba menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung berkenaan untuk mengarahkan penduduk kampung mengosongkan rumah di kawasan sekitar tanah runtuh bagi tujuan keselamatan .

Pihak Bomba juga menyarankan agar Polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh.

Operasi ditamatkan pada jam 12:30 tengahari setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/feed/ 0 5802
JTU amat penting bagi masyarakat kampung perihal berkaitan tanah https://sabahmedia.com/2021/08/02/jtu-amat-penting-bagi-masyarakat-kampung-perihal-berkaitan-tanah/ https://sabahmedia.com/2021/08/02/jtu-amat-penting-bagi-masyarakat-kampung-perihal-berkaitan-tanah/#respond Mon, 02 Aug 2021 11:02:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3978
Read Time:1 Minute, 12 Second

TUARAN: Peranan Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) amat penting dalam membantu masyarakat kampung terutamanya orang asal dari segi perkara berkaitan tanah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, bagi orang-orang kampung, tanah merupakan harta yang tidak ternilai.

“Perkara berkaitan tanah ini adalah amat sensitif bagi masyarakat kampung, terutamanya dari segi pemilikan, warisan dan sebagainya,” kata Jahid ketika membuat lawatan kerja ke pejabat JTU Daerah Tuaran, sini hari ini.

Katanya, tanah menjadi keperluan orang-orang kampung yang begitu berharga, seolah-olah nyawa bagi mereka.

“Justeru, peranan JTU sangat penting bagi memastikan kerja-kerja penyukatan tanah bagi masyarakat kampung dapat dilaksanakan sebaik mungkin, agar warisan pusaka mereka sentiasa terjaga.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, diberi taklimat ringkas mengenai keadaan terkini pejabat JTU Daerah Tuaran, termasuklah keperluan dan kemudahan yang dilihat penting untuk pejabat berkenaan.

“Dalam pemerhatian saya, memang terdapat keperluan yang dilihat penting, jadi, kita akan fikirkan apa yang boleh dibuat untuk membantu memberi mereka keselesaan, dan kita juga akan sampaikan ini kepada Pengarah dan kepimpinan negeri nanti,” tambah beliau.

Terdahulu, Penolong Kanan Juruukur Bahagian, Pantai Barat Utara (PBU), Ghani Sumbin, berkata, bangunan JTU Daerah Tuaran merupakan antara pejabat JTU yang tertua di Sabah.

Beliau menghargai kesudian Jahid melawat mereka, dengan harapan mudah-mudahan akan ada sesuatu yang boleh difikirkan, agar mereka lebih selesa untuk bekerja.

Sepanjang lawatan singkat itu, Jahid juga sempat meninjau keadaan sekeliling bangunan berkenaan.
 
Turut hadir Penolong Juruukur Daerah, Daerah Tuaran, Charles Juslin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/02/jtu-amat-penting-bagi-masyarakat-kampung-perihal-berkaitan-tanah/feed/ 0 3978
JANGAN POLITIKKAN PEMBERIAN TANAH KEPADA AGENSI PERSEKUTUAN – NIZAM https://sabahmedia.com/2021/02/22/jangan-politikkan-pemberian-tanah-kepada-agensi-persekutuan-nizam/ https://sabahmedia.com/2021/02/22/jangan-politikkan-pemberian-tanah-kepada-agensi-persekutuan-nizam/#respond Mon, 22 Feb 2021 04:26:16 +0000 http://18.136.128.23/?p=288
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tawau, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan menjawab tohmahan Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman yang  membuat kenyataan mengelirukan mengenai pemberian lebih 2,000 hektar tanah kerajaan negeri kepada agensi persekutuan di Sabah.

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri menyatakan bahawa Azis secara sengaja cuba mempolitikkan isu itu untuk mengelirukan rakyat bahawa kerajaan negeri telah memberi sejumlah besar tanah kepada agensi persekutuan.

Azis sepatutnya maklum bahawa sebahagian besar geran tanah yang diberikan kepada agensi persekutuan pada 18 Feb, sebenarnya sudah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, klinik dan balai polis, tetapi sebaliknya dia cuba memutarbelitkan fakta berkenaan.

Mengenai kenyataan Azis yang mengatakan kerajaan Warisan pada masa lalu yang menyerahkan geran tanah adat kepada kepada orang kampung sebanyak 10,000 ekar sejak tahun 2019-2020, Nizam berkata ia sama seperti “Lembu punya susu,sapi dapat nama”.

Faktanya tanah-tanah itu diukur dan sudah diberi kelulusan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan Azis tahu proses itu mengambil masa panjang, justeru geran itu hanya boleh dikeluarkan sekitar tahun 2019-2020.

“Amat memalukan lagi apabila Azis dan kerajaan Warisan secara terang mengaku bahawa pemberian geran tanah 10,000 ekar yang diberi kepada  penduduk kampung pada masa itu adalah usaha  mereka,” katanya.

Merujuk kepada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan pada tahun 2011, Nizam mengatakan bahawa program itu telah berjaya mengukur tanah NCR untuk memastikan hak orang asal untuk memiliki tanah yang menjadi tempat tinggal  dan bekerja dilindungi.

Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM20 juta kepada kerajaan GRS tahun ini untuk memastikan lebih banyak tanah adat dapat diukur sekali gus hak milik tanah  dapat diberikan kepada sebilangan besar penduduk luar bandar.  Pada tahun lalu, peruntukan hanya RM7.5 juta.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/22/jangan-politikkan-pemberian-tanah-kepada-agensi-persekutuan-nizam/feed/ 0 288