tandas KKIa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 31 Jan 2026 03:04:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tandas KKIa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 196 bilik tandas di KKIA dinaik taraf, beri keselesaan penumpang https://sabahmedia.com/2026/01/31/196-bilik-tandas-di-kkia-dinaik-taraf-beri-keselesaan-penumpang/ https://sabahmedia.com/2026/01/31/196-bilik-tandas-di-kkia-dinaik-taraf-beri-keselesaan-penumpang/#respond Sat, 31 Jan 2026 02:58:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90711
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU Sebanyak 26 kemudahan tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah dan sedang menjalani kerja pengubahsuaian dan naik taraf menyeluruh, melibatkan 196 bilik tandas di seluruh terminal.

Malaysia Airport dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja naik taraf itu turut merangkumi 25 tandas untuk orang kurang upaya (OKU), empat bilik penjagaan bayi serta 26 stor bilik simpanan peralatan pembersihan.

Naik taraf kemudahan tandas itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan kebolehcapaian kemudahan lapangan terbang.

Pengubahsuaian tersebut melibatkan pembongkaran dan pembinaan semula sepenuhnya termasuk sistem paip dan sanitari, penambahbaikan kalis air dan saliran, naik taraf mekanikal dan elektrikal serta pemasangan kelengkapan yang sesuai untuk penggunaan berkapasiti tinggi.

Kerja dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan operasi lapangan terbang tidak terganggu dan kemudahan terus dapat digunakan oleh penumpang.

Fasa pertama telah siap pada Mac 2025, manakala fasa kedua dijadualkan siap pada April 2026.

Pengubahsuaian dan naik taraf kemudahan tandas di KKIA melibatkan kos sebanyak RM11.8 juta bagi menangani isu infrastruktur usang di terminal yang telah beroperasi selama lebih dua dekad dan melayani jutaan penumpang setiap tahun.

Kemudahan ini digunakan secara intensif dan berterusan, sekali gus memerlukan pembaharuan sepenuhnya bagi memenuhi piawaian operasi, kebersihan dan kebolehcapaian semasa yang dijangkakan daripada sebuah lapangan terbang antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/31/196-bilik-tandas-di-kkia-dinaik-taraf-beri-keselesaan-penumpang/feed/ 0 90711