Tandas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 02:03:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tandas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 George Hiew sedia tandas awam baharu demi keselesaan peniaga Pasar Tanah Merah https://sabahmedia.com/2025/10/14/george-hiew-sedia-tandas-awam-baharu-demi-keselesaan-peniaga-pasar-tanah-merah/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/george-hiew-sedia-tandas-awam-baharu-demi-keselesaan-peniaga-pasar-tanah-merah/#respond Tue, 14 Oct 2025 02:03:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83239
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN : Keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat terus dizahirkan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, George Hiew Vun Zin, apabila beliau mengambil langkah segera menyediakan tandas awam sementara di Pasar Tanah Merah Karamunting bagi kemudahan peniaga dan pengunjung.

Lawatan beliau ke pasar berkenaan baru-baru ini bukan sekadar tinjauan biasa, sebaliknya bukti kepimpinan berjiwa rakyat apabila beliau meluangkan masa beramah mesra, mendengar sendiri aduan serta pandangan peniaga mengenai keperluan kemudahan asas di kawasan tersebut.

“Saya amat menghargai para peniaga yang sudi berkongsi pandangan dan memberi maklum balas secara terbuka. Semua aduan akan diteliti dan tindakan akan diambil demi keselesaan rakyat serta kemajuan DUN Karamunting,” katanya ketika ditemui.

Tindakan pantas menyediakan tandas awam sementara itu disambut baik oleh para peniaga yang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan serta kecekapan beliau menangani masalah komuniti.

Mereka menyifatkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting itu sebagai pemimpin yang menepati janji, tidak hanya berkata-kata tetapi bertindak, malah sering turun ke lapangan meninjau keperluan rakyat tanpa mengira masa atau keadaan.

Pasar Tanah Merah Karamunting merupakan antara pusat tumpuan utama masyarakat sekitar Sandakan untuk mendapatkan hasil laut, sayur-sayuran serta barangan keperluan harian.

Dengan penambahbaikan kemudahan awam yang dilaksanakan, suasana pasar kini lebih selesa dan mesra pengguna.

“Kita mahu peniaga dan pengunjung menikmati persekitaran yang bersih dan kondusif. Apabila rakyat selesa, ekonomi tempatan juga akan berkembang,” tambah beliau.

Langkah kecil ini, katanya, adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memastikan kemudahan awam di kawasan Karamunting terus dipertingkat, seiring dengan aspirasi kerajaan Gagasan Rakyat Sabah untuk membina komuniti yang makmur dan sejahtera. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/george-hiew-sedia-tandas-awam-baharu-demi-keselesaan-peniaga-pasar-tanah-merah/feed/ 0 83239
Hendap wanita di tandas, lelaki didenda RM25 https://sabahmedia.com/2025/08/15/hendap-wanita-di-tandas-lelaki-didenda-rm25/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/hendap-wanita-di-tandas-lelaki-didenda-rm25/#respond Fri, 15 Aug 2025 07:44:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79305
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menghendap wanita di dalam tandas dikenakan denda RM25 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, kerana mendatangkan kegusaran dan ketakutan terhadap wanita tersebut.

Tertuduh, Terence Thien, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 7 Ogos lalu sekitar jam 6 petang, Terence telah memasuki tandas wanita di aras bawah kompleks Star City, Asia City, dan menimbulkan kegusaran serta ketakutan terhadap seorang wanita berusia 25 tahun yang berada di dalam tandas tersebut.

Terence didakwa dibawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah, yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM 25 atau dihukum penjara tidak lebih satu minggu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menyedari ada seseorang berdiri di hadapan pintu tandasnya. Pengadu terlihat kaki individu berkenaan, lalu keluar dari tandas dan mendapati tertuduh berlari keluar.

Pengadu terlihat kaki individu berkenaan, lalu keluar dari tandas dan mendapati tertuduh berlari keluar.

Pengadu cuba mengejar tetapi gagal, sebelum merujuk kepada pengawal keselamatan untuk memeriksa rakaman CCTV bangunan tersebut.

Rakaman menunjukkan tertuduh masuk dan keluar dari tandas. Kira-kira 20 minit kemudian, pengadu ternampak tertuduh di aras satu bangunan yang sama.

Pengadu memanggil tertuduh dan membawanya ke bilik kawalan CCTV untuk mengesahkan bahawa dia adalah lelaki yang dilihat lari dari tandas wanita, sebelum menghubungi pihak polis.

Laporan polis menyatakan bahawa ketika mangsa berada di dalam tandas tersebut, dia telah dihendap oleh seorang lelaki (tertuduh).

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/hendap-wanita-di-tandas-lelaki-didenda-rm25/feed/ 0 79305